Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Ahad, 9 Januari 2011

Anugerah Juara Lagu 25!!!

Semalam menyaksikan satu pertandingan yang berprestij di Malaysia dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil dengan menampilkan 14 buah lagu sebagai finalist terakhir. Tahun ini menyaksikan kehadiran muka2 segar di AJL25. Lagu yang dipertandingkan juga menampakkan kekuatan tersendiri namun bagi aku terdapat shortlist winner yang telah aku jangkan sejak dari awal lagi. Berikut lagu yang aku shortlistkan bagi Anugerah Juara Lagu:

Yuna - Cinta Sempurna
Hafiz - Nokhtah Cinta
Faizal Tahir - Selamat Malam
MUH - Drama King
Adira - Ku ada Kamu

Senarai lagu diatas begitu mempunyai komposisi lagu yang terbaik dan manakala dari segi penulisan lirik aku pilih Cinta Sempurna dan Nokhtah Cinta. Kebanyakkan persembahan semalam agak unik dari segi gimik tapi overall aku tengok kebanyakkan lebih berunsur keganasan dengan cedera, ditembak, penjara dan lemas..

PERSEMBAHAN TERBAIK - FAIZAL TAHIR >HANYUT
Dari segi kekuatan persembahan, sememangnya layak untuk Faizal Tahir melalui lagu Hanyut untuk menang. Cuba fikirkan betapa tertipunya kita dengan gimik beliau dimana rakaman didalam air itu seolah-olah berlaku pada waktu itu namun hakikatnya rakaman itu telah dirakam dahulu cuma dilakukan secara perfect timing untuk menjadikkan real. Satu inovasi terbaru dalam penggunaan props diatas pentas.

VOCAL TERBAIK - HAFIZ > NOKHTAH CINTA
Dalam menentukkan vocal terbaik aku terpaksa mendengar semua nyanyian dahulu. Memang telah menjangkakan kemenangan Hafiz namun tetap aku dikaburi dengan Black dan Faizal Tahir. Namun setelah kesemua beraksi, aku memutuskan untuk memilih Hafiz kerana dari segi teknik nyanyiannya yang bersahaja dan kurang bermasalah dari pitching dan begitu "soul". Berbeza dengan Black dimana nyanyiannya pada malam ini nampak "lembik" dan tidak berAURA seperti yang diharapkan. Faizal Tahir pula memang gagal dalam menyampaikan vocal secara "live" dimana suaranya kedengaran "berkotak".

3RD Runner - HAFIZ > NOKHTAH CINTA
Boleh diterima pakai untuk tempat ke3, komposisi lagu yang kuat ditambah dengan kekuatan Vocal Hafiz yang memang masyuk untuk lagu ini memang kira sesuailah. Persembahan yang bestlah dengan gimik yang amat mendebarkan buat beberapa ketika.

2ND Runner - MUH > Drama King
Memang sesuai dengan Vocal Black yang agak nyaring, namun untuk persembahan malam ini vocalnya langsung tidak menjadi sehingga menjadikan lagu ini agak hambar untuk didengar. Secara generalnya lagu ini memang berpotensi untuk menang AJL25 namun dimana silapnya aku pun tak tahu.

Winner - Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Aku memang nak menyuarakan ketidakpuasan hati aku terhadap pemilihan lagu ini sebagai juara. Lagu ini memang unik namun arrangement musiknya totally lemah namun boleh dicover dengan liriknya yang aneh. Cuma apa yang aku tidak puas hati ialah, saat lagu ini didendangkan kedengaran agak lucu secara "live" dan sepatutnya tidak menjadi juara 3RD place boleh ar..

Overall ANUGERAH JUARA LAGU 25, memang mantap dikenakan pula dengan kehadiran FBI dan Ally Iskandar namun Cheryl Samad langsung tidak nampak membantu. Pentas mantap, sound best namun camera man lah agak terlampau berserabut dengan focusnya. Well, bagiku YUNA tetap telah memenangi pertandingan berprestij ini.. Go girl!!!

3 comments:

pelargonium berkata...

demikian sudah sedikit sebanyak komen yg dilontarkan oleh saudara pengkritik pena dakwat hitam

Putera Khayalan berkata...

AJL paling kontroversi...betapa ramai org x puas hati dgn Juara kali ini kerana Sambutan Jubli perak xbermakna buat kali ini..

zachosmee berkata...

nak wat macam maner M.Nasir jadi ketua juri, mmg lagu2 pelik yg jadi perhatian.. hrmmm~~