Percintaan antara Clark, Lex dan Lana semakin meruncing... Clark merupakan bekas kekasih Lana dan Lex orang yang mendambakan kasih Lana namun Lex dan Clark juga merupakan sahabat. Lex ingin menjaga hati Clark namun juga tidak mahu kehilangan Lana. Clark mungkin boleh lepaskan Lana pergi namun hakikatnya Clark masih perlukan Lana. Clark selalu bertanyakan pada Lex mengenai Lana kerana Clark mengetahui bahawa Lex sekarang teramat rapat dengan Lana.
Lex masih belum mengetahui apa yang ada dalam hati Lana, namun pelbagai soalan diajukan oleh Clark mengenai perhubungan Lana dan Lex. Lex terkaku dan terdiam dengan persoalan Clark, Lex tidak tahu macam mana ingin menjawab persoalan Clark kerana Lex sendiri masih buntu dengan situasinya dengan Lana. Akhirnya Clark bertanya sendiri pada Lana tentang soalan yang pernah diajukan kepada Lex.
Clark yang tidak berpuas hati dengan jawapan Lana, kembali menerkam Lex dengan persoalan yang sama dimana akhirnya Lex terpaksa menjawab bahawa mereka hanya "Teman Tapi Mesra". Clark berang dengan jawapan Lex kerana jawapan yang diterima oleh Clark dari Lana amat bercanggah sekali. Lex hanya bersifat jujur dengan jawapannya kerana Lex sendiri belum pernah bertanya apa-apa pada Lana. Lex pernah mencuba untuk bertanyakan hal ini namun masih terasa keraguan dek pernah dulu Lana berkata "Teman Tapi Mesra". Lex memahami keadaan Lana dan tidak pernah mendesak Lana untuk meneruskan perhubungan ini. Akan tetapi Lex merasa kecewa dengan tindakan Lana yang memberitahu kepada Clark tentang perhubungan mereka sebagai kekasih tanpa memberitahu kepada Lex terlebih dahulu.
Lex dituduh sebagai penipu dan seorang buaya darat oleh Clark, sedangkan Lex tidak mengetahui apa yang telah terjadi antara Lana dan Clark. Lex cuba bersabar dengan keadaan ini namun desakkan Clark terus menghantui Lex. Tanpa sedar timbul satu perasaan sakit hati terhadap Clark dan Lana seolah-olah Lex dipermainkan oleh keduanya, Lex mengambil keputusan untuk terus berdiam diri kerana ingin mencari kepastian dalam masalah ini dan Lana pula terasa pedih dengan tindakan Lex ini.
Lex ingin mencari kedamaian hati di sebalik segala kesulitan yang wujud namun hakikatnya Lex terlalu menyayangi Lana dan tidak sanggup kehilangan Lana dan Lex juga cuba menjernihkan keadaan dirinya dengan Clark. Lex masih mencuba dan akan terus mencuba dan berharap Lana akan berterus terang dengan Lex tentang segalanya. Lex terus menunggu............~~
p/s: Kalau korang jadi Lex apa yang korang nak buat...
p/s: aku pun naik binggung nak ending citer ni macamner.... uwaaaaaa~~
0 comments:
Catat Ulasan