Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Ahad, 2 Januari 2011

Faizal Yusuf Dalam Kenangan...

Takziah buat keluarga Faizal Yusuf dan AL FATIHAH diatas pemergian beliau pada tanggal 1.1.11 pada jam 2.3Op.m disebabkan oleh serangan jantung. Beliau juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana, mereka bercerai pada Mac 2OO9.

Beliau juga merupakan salah seorang pelakon tempatan yang aku minati kerana selalu berjaya menghidupkan watak yang diberikan kepadanya. Berita kematian beliau aku terbaca pada FC Fizo Omar dan Abby Abadi. Namun dek kerana kurang percaya, aku menghantar msg kepada PA salah seorang artis tempatan yang aku kenal untuk bertanyakan hal tersebut dan ternyata memang benar kematian beliau. Sungguh tak disangka, perginya beliau di usia yang masih muda disusuli selepas kematian penyanyi Achik Spin yang mana merupakan teman rapat kepada penyanyi Siti Nordiana. Apa2 pun sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman..Amin.

P/S: Untung jugak berkawan dengan artis.. direct call and sms jer lau nak tahu betul x cerita!!!

0 comments: