Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Sabtu, 15 Januari 2011

Kisah 14 Januari........

Banyak betul program yang telah dirancang pada tanggal 14 Januari tahun ini. Diseawal pagi lagi aku telah bangun untuk menjalankan tugas dan peranan aku pada tanggal 14 Januari namun disebalik kegembiraan aku di pagi hari ini, masih terselit sekelumit keletihan akibat berjaga sampai awal pagi dengan adikku sambil menonton Jangan Pandang Belakang Congkak 2....

Ketika aku sedang menyiapkan diri terdengar deruan kereta dan disusuli dengan bunyi hon kereta menandakan sudah waktu aku untuk bergerak dari Dungun menghalakan langkah aku ke Gambang Water Park. Perjalanan kali ini ditempuhi bersama2 Pawik, Are-pit, Jang, Botok dan aku. Sepanjang perjalanan aku ke sana, macam2 topik kitaorang bualkan dan disusuli dengan deraian ketawa yang kadang2 membingitkan telinga sesama sendiri. Sedar tak sedar kami sudah sampai ke destinasi. Teruja, begitulah perasaan kami tatkala pertama kali melangkah ke Gambang Waterpark.. Aku dan teman ku terus menuju ke kaunter tiket dan disambut dengan kurang mesra oleh seorang petugas wanita disitu. Namun dek teruja dengan keadaan disitu keegoan staff disitu kami abaikan dan apa yang membuatkan aku tersenyum puas adalah aku mendapat tiket secara percuma kerana tarikh tersebut adalah Birthday aku. Semua permainan aku bedal kat situ tak kiralah untuk budak kecik ke orang dewasa ke... semua aku bedal jer... tengah2 duk syok main air, kreoook2.... perut ku berbunyi~~ jam baru 2.OOpm and aku masih belum puas main air, so aku just carry on and ignore je kelaparan aku tu.. tepat jam 4.3o kitaorang pun cabut menghala ke kedai makan...

Laparnya tuhan sahaja yang tahu~~ sambil mengikut arahan dari botak coz time ni aku jadik driver, aku menghalakan kereta ke kedai makan yang dicari.... mencari-mencari-mencari..... rupa-rupanya telah kehilangan direction.. sioooot dahlah lapar time ni.. last2 aku suruh pawik bawak kereta dan singgah jelah kedai kat mana2 pun.. dah dapat makanan semua diam macam malaikat lalu jer maklumlah tengah lapar........ dah mentekedarah kitaorang p plak ke Kuantan Parade a.k.a KP..... Hajat dihati nak karaoke tapi tak jadiklah main snooker lagi best.. so layan game snooker... abes game tu kita pon window shopping HP... habis pusing2 kitaorang pun BLAH.. Heading straight away to Dungun... sampai je Dungun aku terus menerkam katil untuk tidur tapi terhalang sebab adik aku sibuk duk tgk TV... aku layan TV kejap dan tanpa disedari aku ZzzZZZzzZZZzzz............. the end~~

P/S: Banyak lagi yang tak diceritakan.... malas nak buat secara terperinci...

p/s2: kalaulah masa boleh dipanjangkan lagi....... mesti best~~~

0 comments: