Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Selasa, 18 Oktober 2011

Kala Hujan di Kuala Lumpur

Entry kali fasal Aku, Dia, Mereka & Kuala Lumpur..
Semenjak 2OO7 aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur... Namun kali ini aku berkesempatan untuk meluangkan masa disana. Sepanjang perjalanan memory di Kuala Lumpur mula menggamit aku. Tersenyum kembali mengingatkan memory aku bersama teman teman Universiti aku dulu. Satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan sehingga sekarang. Namun entry ini bukan fasal masa silam tapi memory terkini yang baru tempuhi bersama teman baruku.

Melewati highway pantai timur, hatiku mula berdetik macam manalah detik pertemuan aku dengan teman teman baruku nanti. Sepanjang perjalanan aku mula terasa loya akibat aircond kereta yang dicemari bauan wangian.. Aku sebenarnya alah kepada bauan yang jarang menerjah pancaindera aku. Setelah beberapa kali merehatkan badan di R&R akhirnya aku sampai ke kuala lumpur. Next destination adalah kampung jawa iaitu di Shah Alam.

Menyusuri jalan yang penuh dengan kenderaan yang tidak putus putus dan sesekali di hujani dengan bunyian hon dari kenderaan lain menyedarkan aku dari perasaan mengantuk al maklumlah jam sudah melewati angka 11 malam. Akhirnya sampai ke destinasi, aku diperkenalkan dengan Syed Rashed dan Azizul. Pertemuan kami langsung tidak menimbulkan perasaan asing bahkan terus menjadi rancak kerana kami semua satu kepala. Terkenal dengan jolokan mulut puaka kami terus bersembang. Tanpa disedari aku telah lena diulit mimpi akibat dari keletihan.

Hari kedua aku meneruskan perjalanan dengan kawan kawan aku. Selesai menunaikan solat jumaat mereka mengajak aku untuk menyumbangkan suara, tanpa menolak aku terus melaksankan hajat mereka dengan mendendangkan beberapa buah lagu seperti I Turn To You. Hahahaha.. mereka agak terkejut mendengar aku menyanyi namun tidak pernah aku bertanya sedap atau tidak. Next kita orang bersiap untuk berclubing di Shangrila Club.

Dengan fee RM25 seorang, kami memasuki bangunan tersebut dengan penuh keceriaan. Memang dulu aku boleh dikatakan pengunjung club, namun setelah beberapa tahun meninggalkan kuala lumpur, hatiku mula merasakan kelaianan terhadap situasi tersebut. Aneh dan semacam namun aku gagahi menjalani semuanya demi kawan kawan baru ku. Ku tinggalkan mereka di dalam dunia mereka dan keluar ke ruang terbuka bagi menghindari bunyi bising yang berperang didalam otak ku. Lewat jam 3 baru kami pulang dengan penuh keceriaan namun tidak bagi Sang Driver yang dalam keadaan keletihan akibat dari berjoget joget di club.

Hari ketiga aku dan kawan kawan menemankan Azizul bagi mendapatkan Jubah Konvo di UiTM Shah Alam. Tepat jam 5 kami bergerak pulang.

Segala yang terjadi di Kuala Lumpur akan memahat memori terindah bagi aku. Walaupun dalam keadaan yang singkat namun kami semua terus dapat memecahkan dinding yang berada diantara kami. Banyak rahsia yang di kongsikan, cerita yang diberitahu dan mungkin pengalaman hidup yang agihkan diantara kami. Sekalung pujian aku titipkan kepada Syed dan Azizul serta Yuarlif kerana menjayakan artis yang dah lemau ini.. Hahahaha... Korang memang the best.. nExt tiMe kita lepak lagi sesAma Okay!!! Motif??? hahaha!!

Isnin, 17 Oktober 2011

Gila Si Gila Menggila

Hari ini memang menyebabkan aku mengalami pelbagai ketensionan~~
  1. Pengarah JPJ nak datang pastu bos aku plak menggila dengan pelbagai arahan yang tak munasah
  2. Pastu Pengarah syarikat plak yang membebel dekat aku sebab dreesing aku tak kene.
  3. Punyalah kejar masa nak buat kerja, kawan sekerja plak boleh lepak and berborak.
  4. Janji nak buat itu ini tapi hasilnya haram xbuat langsung >> officemate hakoo..
  5. Aku jugak yang buat dan hasilnya "Lau buat kerja tapi tak ikhlas baik takyah buat" motif??
  6. Malas nak bergaduh just diam sudah.. Nilah bila orang pandai berkata2 tapi kerja "HARAM".
  7. Kadang2 aku rasa semua diaorang ni sama jerw~~ Kau kata dekat dia, dia kata kat kau..
  8. Sama2 sibuk nak tunjuk bagus tapi al kisahnya sama2 bodoh!!!
  9. Balik rumah plak, nak sms dengan Si Dia plak xleh, talian jem!!! Lagilh sakit hati.
  10. Last2 blog ni jugak jadik mangsa!!!
Inilah yang terjadi pada aku hari ni~~ Kesabaran memang melampaui batasnya tapi thanks to Nur Dzulaikha penyelamat hari aku!! Kurang2 sakit hati xlah terkesan sangat~~ the end~~ nite ya'all~~

Rabu, 12 Oktober 2011

Akibat Pening Lalat!!!

Sebut lalat pasti ramai yang geli akan kehadirannya~ tapi sekarang aku bukan nak cerita fasal lalat tapi aku yang sedang mengalami pening lalat kerana terlampau banyak email sehingga lupa yang mana satu email untuk blog aku nieyh~~ itulah sebab utamanya aku dah lama tak up-date blog nieyh~~ tertekan Allah je lah tahu~~ mungkin hari ini aku di beri hidayah "mendapatkan kembali email dan password" blog aku supaya aku dapat aktif berblog~~ hahahaha~~ buat sayang sorry nyeh abang da cuba dah nak ingat tp tak teringat maklumlah dah tua.. hahahahaha~~ welcome back to bloggers world~~

Ahad, 3 April 2011

Tipu, Menipu & Tertipu @ Ditipu..

Tipu.. Tipu.. Tipu.. Wah banyaknya tipu ni, apa hal?
Kenapa aku menipu?
Senangnya aku tertipu,
Memang biasa aku ditipu,

Semua soalan ini selalu merajai hari-hari aku... Cukup ke tidak KETIPUAN yang masih wujud hari ke hari?
Mengapa TIPU ini masih wujud? Sedangkan setiap hari semakin berubah.. Mungkinkah hari ini lebih buruk dari semalam? Sejujur mana semua insan ini? Terpalit lagi ke nilai keadaban kita? Mengapa drastik perubahan ini...... Semua ini bakal menjadi Tinggal Tanda Tanya..................... Hari ke hari.....

Khamis, 31 Mac 2011

Fengshui Aku.....

Tetiba je buat entry pasal fengshui... Mana taknya hari dah 2 kali aku ditilik fengshui oleh Miss Yee Fong... First tentang my date of birth a.k.a D.O.B... Secara hurain terperincinya almost 9O% boleh diterima pakai sebab ada kena mengena dengan diri aku... Secara kiraannya, dalam tarikh lahir aku wujud angka 5 sebanyak 2 kali, angka 4 sebanyak 2 kali juga manakala 9 juga terdapat 2 kali. Angka 9 ini dikaitkan dengan salah satu angka 4 yang wujud.
Kehadiran angka 5 sebanyak dua kali itu membawa makna bahawasanya aku adalah insan yang amat memilih dalam perhubungan dari segi kawan2 mahupun kekasih. Aku hanya mahukan mereka yang terpilih dan hanya yang bisa menawan amarah yang selalu menyelubungi diri aku. Dan aku akui, ini memang terjadi pada diri aku, dan mereka yang aku panggil kawan ataupun sahabat sekarang ini adalah insan yang terbaik yang pernah aku jumpa.

Angka 4 pula dikaitkan dengan keras kepala yang teramat sangat. Angka ini memberikan maksud yang aku hanya akan melakukan apa yang aku mahu dan hanya bisa melakukan sesuatu perkerjaan melalui arahan yang lengkap. Apa yang aku inginkan mesti aku dapatkan...

Angka sembilan dikaitkan dengan angka 4.. Ini membawa maksud aku seorang yang jenis mematuhi arahan dan suka membuat sesuatu plan ataupun rancangan terdahulu sebelum melaksanakan sesuatu. Dan sekiranya aku mendapat sesuatu arahan, aku mesti menyiapkan kertas kerja or sesuatu tugas tersebut pada waktu yang telah ditetapkan.

Ha... kawan2 macamtulah maksud Fengshui aku... Wah.. Complicated plak aku rasa...... Hahahahaha...

Rabu, 30 Mac 2011

Tinggi, Panjang, Lonjong, Galah....

Busank aku dengan panggilan tersebut.. Manakan tidak kemana sahaja aku pergi mesti dan wajib ada panggilan tersebut... Penat aku untuk mengendahkannya... Namun hari ini aku terasa amat tercabar dengan kutukan tersebut.. Ya Allah dugaannya hanya aku sahaja yang dapat merasai..

Sepanjang hari ini aku telah merasakan ketidak enakkan untuk meneruskan hari aku, sediah geram dan segala yang negatif telah meresapi aku.. Mood persekitaran aku menjadi hampeh, seolah2 aku just mahu menidurkan diriku buat hari ini..

Saat aku tengah menjalankan tangungjawab aku, datanglah sekor mamat nim, cuba membuat lawat sakarstiknya.. mula2 tu kira boleh layan jugak lawak bodoh mamat ni tapi bila dia cuba menyamakan aku dengan beruk dan sewaktu dengannya, hati aku mula membenci mamat ini.. aku malas untuk menjawabnya, just ignore sahaja but manakan boleh nak ignore perasaaan nak marah bila dia mengeluarkan statement orang yang tidak berakal mengatakan aku ini keturunan BERUK.. bodoh banggang dan sial!!

Andai aku beruk, pasti dia pun beruk dan sekalian kita pun beruk.. manakan tidak, aku juga mempunyai anggota yang sama sahaja dengan kamu dan dia, aku juga mempunyai akal yang hanya dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia yang membezakan kita dengan makhluk yang dipanggil BINATANG... Namun, aku hanya bersabar kerana aku tidak mahu menzahirkan amarah aku.. Terima kasih kepada kak za, yang sepantas kilat mengetahui tentang amarah aku dan puncanya... namun disebalik amarah aku ini masih ada insan yang turut tersiksa dan terseksa kerana TIDAK dapat makan tengah hari.. Maafkan aku, bukan aku sengaja namun sehingga saat sekarang ini aku masih belum menjamah sesuatu lagi..

Aku bersyukur kerana telah dianugerahakan oleh Allah dengan ketinggian yang mencecah 185cm.. bukan senang kita dapat melihat orang "melayu" mempunyai ketinggian tersebut namun ada sahaja mulut "neraka" yang selalu menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap ciptaan Allah s.w.t. Buat 3 insan yang selalu berada disamping aku setiap hari kecuali hari JUMAAT aku, ingin sekali aku ingin memohon ampun dan maaf seandainya kesunyian hari kalian hari ini telah menimbulkan perasaan yang tidak best terhadap diriku..

Ya Allah, andai ini sekali lagi dugaan dari Mu buat aku, dengan redha aku menerimanya, namun aku berdoa kepada Mu agar Kau membuka hati insan yang mempunyai akal supaya berfikir terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu kerana percakapannya amat mengguris hati hambaMU ini...

Dan buat semua, ingatlah, seandainya kita mengeluarkan sesuatu perkataan yang tidak disukai oleh seseorang wajiblah kita meminta maaf kerana ianya boleh menjadi DOSA.. jangan topup dosa kita dengan perkara yang remeh dan temeh ini... sekian....

Selasa, 29 Mac 2011

Jom Main Air!!!

Tetibe jer kat Terengganu ini dilanda hujan yang teramat lebat.. Selama hampir 48 jam hujan turun tanpa henti dan telah menyebabkan banjir kilat berlaku. Aku secara langsung telah menjadi salah seorang mangsa banjir -walaupun tidak dipindahkan ke pusat penempatan banjir- merasakan banjir kali ini telah TIDAK sama sekali mengikut seperti yang selalunya.

Manakan tidak, jikalau dahulunya banjir hanya akan terjadi pada bulan December ataupun January saban tahun namun sekarang hujan dan banjir boleh terjadi pada bila bila masa sahaja. Mengimbau kembali keadaan banjir yang lepas, seorang budak perempuan ditemui mati lemas akibat banjir yang mayatnya hanya ditemui setelah sekian lama usaha mencari dijalankan. Natijahnya, musim banjir ini mungkin menjadi satu musim kegembiraan bagi kanak-kanak namun kita sebagai orang dewasa WAJIBlah memantau keadaan semasa anak-anak mahupun adik-adik kita.

Hari ini, perjalanan aku menuju ke tempat kerja hanya ditemanai dengan deraian hujan, namun disuatu saat aku dikejutkan oleh banjir yang telah berlaku hanya kurang 5OO meter dari tempat kerja aku. Ada yang terpaksa menaiki pacuan empat roda yang berat untuk melintasi banjir tersebut dan tidak kurang yang mengharungi banjir tersebut dengan meredah menggunakan kaki ayam sahaja. Satu kenangan indah tercipta... Hahahahaha...



Balik rumah aku tengok rumah aku pulak dah jadik macam pulau dikelilingi oleh air. Hujan2 perut lapar, nak makan jer kerja tapi aku ni malas bab2 makan so kira tidak makan sangatlah. Sampai time ni dah sampai time aku nak tidow.. So c ya all.. NitezZZZzzzz

Ahad, 20 Mac 2011

Kembali M.E.R.A.P.U

Hahahahahahaha........... Lamanya aku tak check aku punyer blog nim... Naperlah aku bertambah malas nak update entry aku... Tetiba plak nak check blog.. Huhuhuhuhuhu... Dugaan betul hidup aku kebelakangan ini.. Semenjak dapat kerja baru, hidup aku terus berubah, mana taknya cuma aku jer seekor KUMBANG yang dikelilingi oleh BUNGA-BUNGAAN... Hari2 semakin ceria namun, disebalik semua itu aku semakin "jauh" dari semua apa yang sering aku lakukan.... Semakin terlalu jauh sehingga dia tertinggal dan terbiar dan terus hanyut... Aku cuba kembali berpaut pada dahan yang kukuh dan cuba menggapainya kembali namun aku terasa terlalu lemah pegangan aku itu, dia masih lagi terhanyut dengan semua itu.... Ya Allah bantulah aku bagi menolongnya.... Kerna dia sudah tiada lagi tempat untuk bergantung.. Andai Kau jauhkan dia dariku pasti dia akan tersimpang jauh kerna begitu banyak lagi yang perlu dia belajar dalam kehidupan ini.. Aku memanjatkan doa pada Mu YA ALLAH... Amin...