Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Selasa, 18 Oktober 2011

Kala Hujan di Kuala Lumpur

Entry kali fasal Aku, Dia, Mereka & Kuala Lumpur..
Semenjak 2OO7 aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur... Namun kali ini aku berkesempatan untuk meluangkan masa disana. Sepanjang perjalanan memory di Kuala Lumpur mula menggamit aku. Tersenyum kembali mengingatkan memory aku bersama teman teman Universiti aku dulu. Satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan sehingga sekarang. Namun entry ini bukan fasal masa silam tapi memory terkini yang baru tempuhi bersama teman baruku.

Melewati highway pantai timur, hatiku mula berdetik macam manalah detik pertemuan aku dengan teman teman baruku nanti. Sepanjang perjalanan aku mula terasa loya akibat aircond kereta yang dicemari bauan wangian.. Aku sebenarnya alah kepada bauan yang jarang menerjah pancaindera aku. Setelah beberapa kali merehatkan badan di R&R akhirnya aku sampai ke kuala lumpur. Next destination adalah kampung jawa iaitu di Shah Alam.

Menyusuri jalan yang penuh dengan kenderaan yang tidak putus putus dan sesekali di hujani dengan bunyian hon dari kenderaan lain menyedarkan aku dari perasaan mengantuk al maklumlah jam sudah melewati angka 11 malam. Akhirnya sampai ke destinasi, aku diperkenalkan dengan Syed Rashed dan Azizul. Pertemuan kami langsung tidak menimbulkan perasaan asing bahkan terus menjadi rancak kerana kami semua satu kepala. Terkenal dengan jolokan mulut puaka kami terus bersembang. Tanpa disedari aku telah lena diulit mimpi akibat dari keletihan.

Hari kedua aku meneruskan perjalanan dengan kawan kawan aku. Selesai menunaikan solat jumaat mereka mengajak aku untuk menyumbangkan suara, tanpa menolak aku terus melaksankan hajat mereka dengan mendendangkan beberapa buah lagu seperti I Turn To You. Hahahaha.. mereka agak terkejut mendengar aku menyanyi namun tidak pernah aku bertanya sedap atau tidak. Next kita orang bersiap untuk berclubing di Shangrila Club.

Dengan fee RM25 seorang, kami memasuki bangunan tersebut dengan penuh keceriaan. Memang dulu aku boleh dikatakan pengunjung club, namun setelah beberapa tahun meninggalkan kuala lumpur, hatiku mula merasakan kelaianan terhadap situasi tersebut. Aneh dan semacam namun aku gagahi menjalani semuanya demi kawan kawan baru ku. Ku tinggalkan mereka di dalam dunia mereka dan keluar ke ruang terbuka bagi menghindari bunyi bising yang berperang didalam otak ku. Lewat jam 3 baru kami pulang dengan penuh keceriaan namun tidak bagi Sang Driver yang dalam keadaan keletihan akibat dari berjoget joget di club.

Hari ketiga aku dan kawan kawan menemankan Azizul bagi mendapatkan Jubah Konvo di UiTM Shah Alam. Tepat jam 5 kami bergerak pulang.

Segala yang terjadi di Kuala Lumpur akan memahat memori terindah bagi aku. Walaupun dalam keadaan yang singkat namun kami semua terus dapat memecahkan dinding yang berada diantara kami. Banyak rahsia yang di kongsikan, cerita yang diberitahu dan mungkin pengalaman hidup yang agihkan diantara kami. Sekalung pujian aku titipkan kepada Syed dan Azizul serta Yuarlif kerana menjayakan artis yang dah lemau ini.. Hahahaha... Korang memang the best.. nExt tiMe kita lepak lagi sesAma Okay!!! Motif??? hahaha!!

0 comments: