Tetiba je buat entry pasal fengshui... Mana taknya hari dah 2 kali aku ditilik fengshui oleh Miss Yee Fong... First tentang my date of birth a.k.a D.O.B... Secara hurain terperincinya almost 9O% boleh diterima pakai sebab ada kena mengena dengan diri aku... Secara kiraannya, dalam tarikh lahir aku wujud angka 5 sebanyak 2 kali, angka 4 sebanyak 2 kali juga manakala 9 juga terdapat 2 kali. Angka 9 ini dikaitkan dengan salah satu angka 4 yang wujud.
Kehadiran angka 5 sebanyak dua kali itu membawa makna bahawasanya aku adalah insan yang amat memilih dalam perhubungan dari segi kawan2 mahupun kekasih. Aku hanya mahukan mereka yang terpilih dan hanya yang bisa menawan amarah yang selalu menyelubungi diri aku. Dan aku akui, ini memang terjadi pada diri aku, dan mereka yang aku panggil kawan ataupun sahabat sekarang ini adalah insan yang terbaik yang pernah aku jumpa.
Angka 4 pula dikaitkan dengan keras kepala yang teramat sangat. Angka ini memberikan maksud yang aku hanya akan melakukan apa yang aku mahu dan hanya bisa melakukan sesuatu perkerjaan melalui arahan yang lengkap. Apa yang aku inginkan mesti aku dapatkan...
Angka sembilan dikaitkan dengan angka 4.. Ini membawa maksud aku seorang yang jenis mematuhi arahan dan suka membuat sesuatu plan ataupun rancangan terdahulu sebelum melaksanakan sesuatu. Dan sekiranya aku mendapat sesuatu arahan, aku mesti menyiapkan kertas kerja or sesuatu tugas tersebut pada waktu yang telah ditetapkan.
Ha... kawan2 macamtulah maksud Fengshui aku... Wah.. Complicated plak aku rasa...... Hahahahaha...
0 comments:
Catat Ulasan