Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Isnin, 17 Januari 2011

O.M.B.A.K

Selamat pagi semua!!!!

Tetiba jer aku terasa nak entry pasal ombak... Kenapa yer?? Sebab semalam aku ada pergi jenjalan sekitar Dungun bagi menghilangkan kepuasan(sambil meninggalkan adikku sbb dia nak sekolah da...)... Al-kisahnya macamni...

Aku, Wafi, Ju dan Shima keluar berjalan2 dengan semua kereta semalam.. Tengah2 ronda tu tetiba kreoook2!!! perut kami mengeluarkan lagu semulajadi.. So kitaorang pun berpakatlah nak makan tapi tak tahu nak pergi makan kat mana... Perah otak kami berempat nak makan kat mana... Ting!!! Lampu idea datang, wafi pun memberikan idea untuk makan sambil melihat ombak... So kitaorang setuju untuk melayan kehendak budak kecik tu...

Erm... Kitaorang pun menghala terus ke kawasan "benteng" untuk mencari kedai makan.. Dah sampai si Shima plak memilih kedai... satu-satu dia tawaf kedai.. Katanya kedai yang ramai orang mesti sedap.. Malas nak disagree aku pun ikut jelah.. Settle up kat meja yang paling dekat dengan jalan kitaorang pun terus order makan.. Nasi Goreng Ayam 2 and Nasi Goreng Paprik 2.. Hanya 3 order coz Ju tak nak makan.. Menikmati hidangan makan malam sambil mata memerhatikan kepada ombak yang tinggi menjulang dan menghempas ke pemecah ombak.... Best jer pemandangan malam ni... Saat diakhir makan malam kami, kami dikejutkan dengan satu aksi drift dari sebuah kereta old fashion yang cuba melakukan aksi drift di kawasan ombak tu, aksi mereka mendapat perhatian kerana hanya kereta mereka sahaja yang berada dalam kawasan itu... Drifting mereka mendapat sambutan dengan gelak ketawa oleh pengunjung kedai makan termasuklah kami.. Mana taknya mereka drift dalam keadaan penuh satu kereta around 4-5 peoples inside that car.. Pastu tengah2 drift kereta mereka stuck kat pasir... Vroooommm..Vrommmm.. deruan kereta memecah suasana sepi malam.. banyak kali hal tersebut terjadi namun mereka buat slumber jer.. busan dengan aski yang ntah apa2 kami pun blah setelah membayar bil makan kami..

Setelah kenyang berlagu perut, kami terus meronda2 sampai jam 1 pagi.... Mengantuk tuhan je tahu time tu.. Balik jer terus amik selimut dan tidow.. tapi sebelum tidow aku terlanggar meja yang digunakan oleh adik aku untuk buat homework.. lebam kaki aku.. sampai sekarang berdenyut... then ZzzzZZZzzzZZZzzz..

p/s: Lewat pulak semalam aku tidow!!!

Nurani: Best jugak sekali sekala meronda2.. Tapi sakit hati sebab lutut aku dah bengkak!!! Sioot!!!


0 comments: