Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Jumaat, 24 Disember 2010

Jom semak Fakta Tentang Diriku!!

Disini akan aku nyatakan beberapa FAKTA tentang diriku yang besar kemungkina masih belum diketahui umum. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:

  • Seorang yang teramat kuat elegi pada: Seafood,Habuk,Hujan,Ikan2 tertentu, Daging Lembu sehingga menjadikan aku seorang yang begitu cerewet dalam pemakanan.
  • Suka tidur awal, biasa tepat pada jam 1Omalam dah ZzZzZzZzZzZz...
  • Adik aku kata aku tidur macam mayat, xbergerak!! -fakta @ auta-
  • Gila kan warna PURPLE!! Bagi je apa2 kaler purple memang jadi barang keutamaan akulah.
  • Kuat berangan a.k.a BLURR..
  • Karaoke almost 24hours.. even tengah time sedih ke, gembira ke, takde mood ker.. sama jer..
  • Boleh dikira pendiam,peramah,panas baran,dan pendendam.
  • Tipu aku, xbayar hutang aku, aku tak berapa kisah, tapi mungkir janji dengan aku.. Hah SIAP KO!!! Silent Treatment sampai bertahun2lah jawapannya!!
  • Handyman, semua kerja boleh buat, bagi je task dan dateline sure SIAP on time!
  • Pemurah bab2 duit sebab tu ramai orang hutang dengan aku - takde riba..
  • Suka melancong, teringin nak pergi TOKYO!! Tapi lepas dari pergi MEKAH lah..
  • Suka sangat2 suasana sunyi..........!! Aman je rasa hidup...
  • Anak2 sedara takut kat aku, coz mata aku yang suka di jenggilkan kearah diaorang..
  • KUYA.. aneh dan pelik tapi inilah nama gelaran aku bagi anak2 sedara aku..
  • Kalau salah aku, aku admit dan diam, lau bukan salahku Hah!! tunggulah peluru penabur dariku!!
  • Ramai kenalan tapi masih kurang kawan..FAHAM X??
  • Aku ni lefthanded sebenarnya, main guitar, menukul or sesuatu yang bab2 memerlukan kekemasan pegangan memang sebelah kiri, tapi menulis righthanded plak.. Heran? Xyahlah..
  • Dulu masa sekolah sangat tak pandai main football, pas SPM baru start main dan dah jadik kegilaan aku plak.
  • Aku terror main takraw!! Bowling!!
  • Novel and komik aku penuh satu almari tapi telah dijual oleh abang aku!! Sioot dia tak tahu sentimental value komik and novel tu!!
  • Barang yang aku miliki sekarang ni semua hasil dari titik peluh aku sendiri, xde mintak dengan siapa2, macam motor, kereta (dah jual balik), laptop, TV,PS2, Speaker, dapur gas dan etc.
  • Suka beli perfume tak kira yang perempuan ke lelaki, asalkan sedap pakai dan memang bakal habis dalam masa sebulan jer..
  • Sepanjang zaman persekolahan aku dimaki,dicerca, diherdik oleh semua orang, tapi aku tak kisah sebab aku ada pegangan hidup; "Takkan mati dengan cacian; takkan hidup dengan pujian". So this is me!!
  • Bab2 percintaan ni, aku memang menjauhkan diri sepanjang sekolah, pas sekolah baru lah ada makwe, lama jugak couple dalam 5 tahun tapi takde jodoh ada masalah antara family kitaorang then putus.. So sekarang ni tengah complicated sebab sidia (baru punyer) sorang ni masih belum bagi kata putus tentang perhubungan kami.. 5O-5Olah..
  • Dari darjah satu sampai form 5 aku tak pernah ke tandas. Rehat pun boleh bilang berapa kali, sebab aku ni jenis penyendiri.
  • Paling benci air milo yang dibuat dengan GULA!!! takkan ku minum punye!!
  • Tak suke kawasan crowded a.k.a sesak!! boleh lemas!!
  • Phobia dengan cicak!! Tolong jauhkan aku dari binatang ini!!
  • Gula2 aku tak makan punye.. TIDAK SUKA!!
  • Nombor telefon yang tak dikenali memang takkan aku layan.......
  • Aku tak suka keluar rumah, tapi bila dah keluar, pagilah baru balik - tak pernah kene marah sebab MUMMY aku percaya dengan aku!! Anak diakan BAIK!!
  • Roti makanan ruji a.k.a harian aku!!
  • 2 Bahasa utama aku English dan Malay.. Bahasa sampingan aku Arabic and Chinese so kira terror jugaklah koz boleh menguasai 4 bahasa.
ErmmmMmm.. Rasanya ni pun dah ok kot untuk korang mengenali aku.. Lau ade lagi yang korang nak tambah komen jelah.. Neway "I'M HAPPY WITH WHO AM I"

1 comments:

pelargonium berkata...

bab elergi tu...
kenapa IKAN2 TERTENTU???
maknenya ade ikan lain yg boleh dimakan ke??
anak ikan???