Mengukir Senyuman Bersama..
- zachosmee
- Dungun, Terengganu, Malaysia
- Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!
Rabu, 15 Disember 2010
Ramadhani Kadir
Ermm...
Semalam tanggal 15.12.2O1O, pulangnya anakku Ramadhani Kadir ke Indonesia. Apa yang boleh aku katakan selamat pulang anak papa. Begitu banyak kenangan yang terukir antara kami berdua walaupun hanya sebentar cuma kita dapat bersama. Kisah pengenalan ku bermula ketika dhani dan rakan-rakannya datang ke Malaysia untuk menjalani latihan practikal di sebuah hotel di melaka, iaitu di tempat aku bekerja.
Menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang melaka bersama dengan guru pengiring mereka iaitu ibu Ferlinda, aku tidak langsung merasakan kekok untuk bermesra dengan mereka dek kerana aku juga mempunyai keturunan ke-indonesiaan dan boleh dikatakan aku agak fasih berbicara indonesia. Ini amat memudahkan bagi mereka untuk berinteraksi denganku. Mereka aku bawa menaiki Van ke Hotel dan diberi taklimat tentang tempat tinggal dan jadual harian mereka. Namun mereka terpaksa dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang akan tinggal di Headquaters dan kumpulan yang akan bekerja disampingku. Diawal pertemuan kami, aku sudah dapat merasakan yang ada "kimia" diantara kami namun aku cuba untuk tidak memilih kasih diantara mereka. Aku bertanya siapa yang mahu pulang mengikuti aku nanti, dan ternyata, Ramadhani Kadir, Rizki Kurniawan dan Frans William begitu bersungguh-sungguh untuk mengikutku pulang.
Semua berjalan lancar sehinggalah suatu hari aku terdengar tangisan kecil yang datang dari kamar mereka dan aku menjenguk, terlihat dhani sedang menyapu airmata, luluh hatiku melihat tangisannya, tanpa segan silu aku mendakapnya untuk menenangkan dia. Bertanya aku kepada dhani, kenapa menangis? Jawapannya "Ibu dhani nelepon tadi bang, kangen sama ibu..." Aku terus bertanya lagi papamu? "Udah lama bang, dhani gag ketemu papa dhani hampir 7 taun.." Kemana papa mu pergi dhani? "Lagi kerja di Malaysia bang, gag tahu dimana.." Kerja apa dhani??? "dulu papa saya askar tapi udah ke malaysia gag tau kerja ngapain.." Owh macamtu, Dhani, kalau ada masalah bagitahu ke abang, jangan malu2, abangni udah macam papa kamu semua.. abang yang akan menjaga kalian disini.. tanpa semena-mena dhani terus memelukku dengan erat sambil memanggil papa. Dari saat itulah aku terus menjadi akrab dengan mereka bahkan tanpa segan silu mereka memanggil aku papa.. Bahagia tak terkira saat itu namun bahagiaku selalu cuma sementara,akhirnya aku nekad untuk berhenti kerja dek kerana pergaduhan aku dengan manager, tanpa toleh ke belakang aku pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anakku.. Sampai di kampung berduyun duyun aku mendapat sms dari anak-anakku minta untuk kembali bersama mereka namun aku tidak berdaya, lebih meruntun hati apabila dhani menelefon aku sambil menangis, "Papa, sampai hati papa, pergi gag pamit!! Dhani udah kembali gag punya Papa lagi, dhani sayang bangat sama papa!!!" aku pun turut menangis.. tanpa bisa berkata apa-apa..........
Dan cukup tanggal 15.12.2O1O mereka terpaksa pulang, dan aku bahagia bila mengetahui yang mereka akan pulang dengan selamat dan dhani menghantar sms kepada ku "Papa, dhani udah mau pulang yach, kangen sama papa, kapan kita bisa bertemu lagi??".. dengan senyuman masih terukir dibibir aku menelefon dhani dan mengucapkan tahnia kerana berjaya menamatkan latihan. Kenangan kita akan kekal selamanya!!!
Posted by
zachosmee
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah berkorban nyawa... sy rindu ayah sy.. :(
Catat Ulasan