Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Ahad, 26 Disember 2010

Imtiaz the best!!!

Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang (SMIKB) muncul sekolah paling cemerlang di negeri ini apabila mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi dengan nilai 1.03 berbanding 129 buah sekolah lain yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Biarpun terletak di kawasan luar bandar, ia tidak menjadi halangan untuk sekolah tersebut menduduki tangga teratas dalam keputusan peperiksaan itu berbanding tahun lalu apabila hanya menduduki tangga ketiga dengan nilai GPS 1.10.

Sekolah itu turut tersenarai antara sekolah yang mencatatkan keputusan 100 peratus calon lulus semua mata pelajaran selain Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, SM Imtiaz Kuala Terengganu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit, Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam dan SMK Chukai.

Dua sekolah dari Besut turut tersenarai iaitu SM Imtiaz Besut dan SMK Tengku Mahmud manakala dari daerah Dungun, SM Sains Dungun dan SM Imtiaz Dungun serta dua sekolah dari Setiu, SMk Pelong dan SMK Lembah Bidong dan sebuah sekolah lagi dari daerah Hulu Terengganu iaitu SMK Tengku Ampuan Intan.

Menurut Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Imtiaz, Musa Mamat, keputusan PMR sekolah tersebut amat memberangsangkan pada tahun ini apabila seramai 36 daripada 41 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut berjaya memperoleh keputusan 9A.

Katanya, walaupun ramai calon PMR tahun ini terdiri daripada mereka yang berkeluarga kurang berkemampuan, ia tidak menghalang mereka memperoleh keputusan yang cemerlang.
"Pada tahun ini, semua calon mendapat 100 peratus lulus selain tiga orang mendapat 8A dan a masing-masing seorang calon memperoleh 6A dan 5A.

"Berbanding tahun lalu, walaupun seramai 64 calon menduduki peperiksaan tersebut, hanya 37 orang mendapat 9A, 17 orang (8A), enam orang (7A) dan masing-masing dua orang mendapat 6A dan 5A," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di SM Imtiaz Kuala Berang, baru-baru ini.

Menurut Musa, GPS sekolah terbabit menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun dalam peperiksaan berkenaan.

Ujarnya, pada tahun 2007 sekolah itu mencacat nilai GPS 1.26, GPS 1.19 pada 2008 dan tahun lalu terus menunjukkan keputusan cemerlang dengan nilai GPS 1.10 dan pada tahun ini muncul sekolah terbaik dengan nilai GPS 1.03 mengatasi 129 sekolah lain.

Berdasarkan prestasi mata pelajaran pula, Musa berkata, lapan mata pelajaran menunjukkan peningkatan untuk gred A iaitu Bahasa Melayu (95.1%), Bahasa Inggeris (95.1%), Sejarah (100%), Geografi (100%), Bahasa Arab (100%), Pendidikan Islam (100%), Sains (97.6%) dan Kemahiran Hidup (100%) dan hanya satu mata pelajaran menurun iaitu Matematik (97.6%).

Ditanya mengenai rahsia kejayaan sekolah tersebut, Musa memberitahu, semua pelajar sekolah Imtiaz di seluruh negeri diwajibkan menghafaz al-Quran sehingga tamat persekolahan.

Ujarnya, dia percaya pendekatan tersebut merupakan satu rahsia mengapa sekolah Imtiaz di seluruh negeri mampu mencapai kejayaan yang besar dalam peperiksaan yang diadakan.

Tambahnya, pihak sekolah turut mengadakan pelbagai program motivasi dan sahsiah diri bagi memantapkan para pelajar.

"Kita memang memfokuskan semua pelajar dan bukan hanya mereka yang menduduki peperiksaan besar seperti PMR sahaja.

"Selain itu, kita juga merancang waktu cuti mereka agar tidak dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah sebaliknya menganjurkan kelas tambahan, kelas menghafaz dan program keagamaan," jelasnya.

--petikan dari blog Teganuku Disini--

0 comments: