Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Isnin, 27 Disember 2010

Oh Nasi Oh Lemak!!!



Memang tak sah kalau tak makan nasi lemak di pepagi hari.. Tengah sejuk2 pagi, dapat plak makan nasi lemak yang panas.. Perghhh.. Terangkat... Memang dah sinonim dah nasi lemak dengan orang melayu.. Bahkan sekarang ni Cina, India and etc pun dah makan nasi lemak nak tambah "power" sikit, diaorang pun dah pandai masak sendiri lor..
Macam2 jenis nasi lemak sekarang ni, ada yang dikukus, dimasak biasa tapi tetap yang paling best nasi lemak Mak aku ler.. hahahaha.. Sambal sekarang ni pun dah macam2 pilihan, ikan, ikan bilis, sotong, kerang, ayam macam2lah lagi.. Tapi mesti korang tak pernah rasa nasi lemak sambal taufukan..

Sebelum aku pergi dengan lebih mendalam jom kita semak resepi nasi lemak, bolehlah korang masak sendiri lepas ini. Bahan2nya seperti berikut:

  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


Ni yang aku bawa masuk nasi lemak ni sebab semalam ada cerita pasal nasi lemak ni.. Aku dengan sepupu2ku baru je pulang dari membeli persiapan sekolah diaorang.. tengah2 lepak tup tup ada yang kelaparan so bercadang nak beli nasi lemak. Kitaorang pun tong-tong lah duit sikit sorang dan hasilnya mencecah ke RM12.. Aku dengan Badrul Hisyam (anak buah aku) pun pergilah membeli nasi lemak
, nak dijadikan cerita kedai tu tutup dan hujan pulak time tu. So aku pun datanglah akal nak mengenakan budak2 nieyh.. So berpakat dengan Hisyam kitaorang pun bercadang nak cakap nasi tu tumpah sebab kitaorang jatuh motor.. So dengan muka yang serious giler kitaorang cakaplah kat diaorang, dengan tak semena suasana jadi riuh, yelah masing2 dah pokai takde duit lain dah nak beli so agak kecewalah dengan apa yang terjadi. Ada yang nak menangis, ada yang bergaduh sebab tak pergi beli sendiri dan macam2lah lagi.. Aku just boleh buat muka ketat sebab nak cover penipuan aku.. Agak lama mereka bergaduh, dan akhirnya mereka sekali lagi men-tong-tong duit nak beli nasi lemak.. Bergaduh sebab sorang2 nak 2 bungkus, tapi duit tak cukup.. Aku pun cakaplah meh nak tambah duit kasi cukup, dengan muka slumber gila aku mengeluarkan duit seringgit2 sebanyak 12 keping dan memberi kepada Imran.. Diaorang dah agak pelik sebab duit tu sebijik dengan duit diaorang kasi tadi, tapi dek kerana tak tahan aku ketawa secara besar-besaran.. Aku pun bagitahulah perkara sebenar kat diorang, hangin semua orang kat aku dan Hisyam.. Pastu Imran pun pergi beli nasi lemak.. Akhirnya pas makan diaorang ketawa balik sebab mengingati balik pembohongan yang telah aku lakukan pada mereka.. Hahahahahaha.. Percaya BULAT-BULAT dengan cerita aku... Nampak sangat aku ni memang diaorang percaya tapi lepas ni tak tahulah macamner.. Kah kah kah kah..

1 comments:

pelargonium berkata...

nasi lemak kangkung...yummmyummm..