Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Jumaat, 10 Disember 2010

Sioot!!!

Memang kehidupan memang tak seindah yang di impikan.. Kita hanya boleh merancang namun segalanya terletak pada kuasaNYA samada terjadi atau tidak. Begitulah terjadi pada seorang insan yang masih bernyawa.

Namanya harus dirahsiakan namun aku ini telah menjadi tempat dia meluahkan perasaan zaman berzaman sudah. Namun setelah SPM aku terputus hubungan dengannya bukan kerna apa, beliau sudah mendirikan rumah tangga, jadi aku tak naklah nanti suaminya ada syak wasangka plak dengan perhubungan kitaorang sebab kita orang memang rapat giler!!!

tapi semalam aku dapat sms dari nombor yang tak dikenali, mula2 tu aku malas nak melayan tapi bila dia hantar sms kali kedua menyatakan namanya aku terus berdetik dihati mungkin dia ada masalah. Ternyata aku betul, dia ternyata memilih aku dari ibu bapanya untuk bercerita masalah dia. Aku terharu dengan pengakuan dier, sudah hampir 5 tahun aku tidak berhubungan namun hakikatnya dia masih mencari aku dan aku pula cuba melenyapkan diri dari kehidupan mereka..

Dulu aku cuba menghalang beliau dari melangsungkan perkahwinan kerna aku tak percaya yang dia akan berjaya, dan ternyata sekarang apa yang aku jangkakan hampir menjadi dan aku berdoa agar rumah tangganya selamat.. aku tak tahu nak duduk di pihak yang mana, kerna aku masih belum mendengar dari kedua belah pihak lagi tapi aku yakin apa yang aku nasihatkan hanyalah untuk kebaikkan kedua anak mereka yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang kedua orang tuanya.

buat insan yang aku amat amik berat ni, aku harap kau tabah dalam melayari bahtera kehidupan yang telah kau pilih, dan jangan lupa aku masih berdiri kukuh dibelakang kau untuk memberikan segala apa yang kau perlukan!! percayalah antara kita takkan ada apa2 yang boleh rosakkan persahabatan kita hanya maut!!! insyaAllah..

sama2lah kita berdoa agar perkahwinannya bertahan hingga keakhirnya!!!! amin!!!

0 comments: