Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

New Year 2O11!!!

Happy New Year!!! Happy New Year!!

Sebut je pasal New Year mesti berkait rapat dengan A.Z.A.M. Lau tanya pasal azam memang sampai tahun baru depan pun belum tentu habis lagi nak story2 nim.. Tapi bagi yang sudah memasang azam tu kira ok lah kurang2 ada azam, bagi mereka yang belum tercapai azam tahun lepas haaa.. amacam nak sambung kejar tahun ni ker?? Dan yang lebih teruk yang xder azam.. Apa nak jadi?? Kurang2 jadikanlah pemangkin kehidupan.. Takyah nak target azam tinggi cam KLCC tu.. Susah nak capai dan jatuh gedebuk!! Susah nanti nak kembali bangkit..

Tahun Baru juga dikaitkan dengan firecrackers!!! Bunga Api warna-warni.. Cantik ke?? So-so jelah.. Semalam bagai nak rak pergi mencari Happy New Year punya celebration dekat sura gate.. Tapi hampeh.. tak de apa2 pown.. Tapi boleh gak keluar dengan Mohammad Sabri Abdullah and Arif Yaacob but not forgetting my adik.. Lepak2 until 2am then basah kehujanan but enjoyed!! Balik umah makan nasi lemak and layan cerita Mak Yah Pening.. Then fall asleep.. Bangun pagi pergi kerja macam sial jer... Pening xcukup tidow...

P/S: Saper suruh ENGKAU tidor jam 4 pagi!!!!

Selasa, 28 Disember 2010

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

HosssssPPPitaLLLLL!!!

Menyampah betul aku dengan Sister kat Hospital Dungun semalam. Bukan main kurang hajar lagi dengan pesakit. Orang dah tengah sakit tapi tak pandai nak berbudi bahasa kalau aku, aku sound je, ingat tinggi sangat ke dia tu nak kata orang macam tu... Aku dah komplain kat Hospital Dungun pasal Sister Kerek ni.. Jangan main2 dengan aku, terus aku kasi kaw2 punye pendapat.

Al-Kisahnya macamni, semalam family aku dengan sepupu aku keluar membeli barangan persiapan untuk sesi sekolah yang bakal terbuka beberapa hari je lagi. On the way balik rumah, sepupu aku ni mengadu sakit dada takleh nafas, so my sis ingatkan dia bergurau, so just ignore jelah, dia plak cakap main2, nak mati malam ni katanya, lagilah my sis and my mum buat dono jer.. Sampai kat umah dia dah takleh bangun, lemah longlai.. So terpaksalah angkat dia ke atas rumah, dah letak ubat tapi still tak elok.. Nak kata asthma cuma aku je yang ada asthma, so decide bawak dia pergi HOSPITAL DUNGUN. Dah sampai, terus Imran dibawa ke ICU -Intensive Care Unit- a.k.a Wad Kecemasan..Keadaannya 6O-4O ar leh katakan. So aku pun, register lah dia, tetiba aku terdengar bunyi pekikan SISTER BANGANG tu, "Hoi, awak datang kat tempat saya kene ikut cara saya jangan nak memandai2 buat itu ini".. What THE FUC* for the SISTER BABI tu.. Aku pun dengan meluat menyound SISTER JAHANAM tersebut.. "Wei, mung sedor dok orang tengoh sakit, guaner yang dok reti base ngat, rasa tinggi doh pangkat mu tu?, ke mu rasa mu tu boss sini, base BODO, ce cakap molek dokleh, aku hok dok sakit pun naik angin dengor, kang aku bagi buah freekan.." Begitulah, aku mengatakannya dengan nada JACKLYN VICTOR dan semua orang tengok jer... Peduli ape aku...

Pastu adelah dua orang sister datang pada aku, menenangkan keadaan, sejuk sikit dengan percakapan diaorang, yang SISTER SIAL tu dah keluar sebab aku dah cabut kemaluannya.. Imran pun diberikan bantuan pernafasan dimasukkan air ke dalam tubuhnya, aku yang berdiri tiba2 terasa lemah jua, tetibe dapat serangan asthma.. mengigau aku mencari kerusi untuk duduk bagi meredakan asthma.. dahlah inhealer tak bawak.. sioot jer.. hampir sejam jugak dalam keadaan macamtu, tiba2 aku terpandang doktor yang aku kenal, ape lagi meluru aku pergi pada doktor tu bukan nak bagitahu aku asthma tapi aku melaporkan pasal SISTER KURANG HAJAR tu.. lastly doktor tu suh tulis, aku pun tulis panjang lebar kat atas kertas tu siap NAMA dia lagi aku tulis.. Hurm...Puas hati aku.. dengan cara tu aku harap, dia diambil tindakan sepatutnya..

By the way, back to Imran, dia dah sedar and dibenarkan pulang, so aku hantar dia balik umah, dan aku balik umah dengan keadaan masih Ber-Asthma, sakit hati punya pasal sampai lupa ASTHMA.. Balik, aku tak tidow lagi, buat laundry, basuh pinggan mangkuk dulu, kemas dapur then baru aku tidow... Hampir jam 2 baru aku tidow... Tu pun tak lena coz adik aku berdengkur macam2 lagu.. tertidow juga akhirnya..... ~~the end...........

Isnin, 27 Disember 2010

Gambar Penyuluh Laser Masa Indonesia VS Malaysia!!!


Saat kemenangan MALAYSIA menewaskan INDONESIA pada perlawanan bola sepak beberapa hari LEPAS dikecohkan dengan gangguan dari pancaran laser.. Sampai nak bergaduh dua negara satu rumpun ni pasal laser.. Semalam aku carik jugaklah kat internet sal Si Penyuluh Laser ni.. Dan percaya atau tak, CCTV Bukit Jalil berjaya merakamkan SI PELAKU perkara kejam ini..

Ni dia PELAKU tersebut!!!


HATI2 masa ingin menjatuhkan hukuman pada dier ni.. Kang tak pasal2 kene FIRE!!!! Hamek ko nak main sangat laser!!! Harap gambar ini menjelaskan segalanya... ~~~peace~~

Oh Nasi Oh Lemak!!!



Memang tak sah kalau tak makan nasi lemak di pepagi hari.. Tengah sejuk2 pagi, dapat plak makan nasi lemak yang panas.. Perghhh.. Terangkat... Memang dah sinonim dah nasi lemak dengan orang melayu.. Bahkan sekarang ni Cina, India and etc pun dah makan nasi lemak nak tambah "power" sikit, diaorang pun dah pandai masak sendiri lor..
Macam2 jenis nasi lemak sekarang ni, ada yang dikukus, dimasak biasa tapi tetap yang paling best nasi lemak Mak aku ler.. hahahaha.. Sambal sekarang ni pun dah macam2 pilihan, ikan, ikan bilis, sotong, kerang, ayam macam2lah lagi.. Tapi mesti korang tak pernah rasa nasi lemak sambal taufukan..

Sebelum aku pergi dengan lebih mendalam jom kita semak resepi nasi lemak, bolehlah korang masak sendiri lepas ini. Bahan2nya seperti berikut:

  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


Ni yang aku bawa masuk nasi lemak ni sebab semalam ada cerita pasal nasi lemak ni.. Aku dengan sepupu2ku baru je pulang dari membeli persiapan sekolah diaorang.. tengah2 lepak tup tup ada yang kelaparan so bercadang nak beli nasi lemak. Kitaorang pun tong-tong lah duit sikit sorang dan hasilnya mencecah ke RM12.. Aku dengan Badrul Hisyam (anak buah aku) pun pergilah membeli nasi lemak
, nak dijadikan cerita kedai tu tutup dan hujan pulak time tu. So aku pun datanglah akal nak mengenakan budak2 nieyh.. So berpakat dengan Hisyam kitaorang pun bercadang nak cakap nasi tu tumpah sebab kitaorang jatuh motor.. So dengan muka yang serious giler kitaorang cakaplah kat diaorang, dengan tak semena suasana jadi riuh, yelah masing2 dah pokai takde duit lain dah nak beli so agak kecewalah dengan apa yang terjadi. Ada yang nak menangis, ada yang bergaduh sebab tak pergi beli sendiri dan macam2lah lagi.. Aku just boleh buat muka ketat sebab nak cover penipuan aku.. Agak lama mereka bergaduh, dan akhirnya mereka sekali lagi men-tong-tong duit nak beli nasi lemak.. Bergaduh sebab sorang2 nak 2 bungkus, tapi duit tak cukup.. Aku pun cakaplah meh nak tambah duit kasi cukup, dengan muka slumber gila aku mengeluarkan duit seringgit2 sebanyak 12 keping dan memberi kepada Imran.. Diaorang dah agak pelik sebab duit tu sebijik dengan duit diaorang kasi tadi, tapi dek kerana tak tahan aku ketawa secara besar-besaran.. Aku pun bagitahulah perkara sebenar kat diorang, hangin semua orang kat aku dan Hisyam.. Pastu Imran pun pergi beli nasi lemak.. Akhirnya pas makan diaorang ketawa balik sebab mengingati balik pembohongan yang telah aku lakukan pada mereka.. Hahahahahaha.. Percaya BULAT-BULAT dengan cerita aku... Nampak sangat aku ni memang diaorang percaya tapi lepas ni tak tahulah macamner.. Kah kah kah kah..

Ahad, 26 Disember 2010

Imtiaz the best!!!

Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang (SMIKB) muncul sekolah paling cemerlang di negeri ini apabila mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi dengan nilai 1.03 berbanding 129 buah sekolah lain yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Biarpun terletak di kawasan luar bandar, ia tidak menjadi halangan untuk sekolah tersebut menduduki tangga teratas dalam keputusan peperiksaan itu berbanding tahun lalu apabila hanya menduduki tangga ketiga dengan nilai GPS 1.10.

Sekolah itu turut tersenarai antara sekolah yang mencatatkan keputusan 100 peratus calon lulus semua mata pelajaran selain Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, SM Imtiaz Kuala Terengganu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit, Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam dan SMK Chukai.

Dua sekolah dari Besut turut tersenarai iaitu SM Imtiaz Besut dan SMK Tengku Mahmud manakala dari daerah Dungun, SM Sains Dungun dan SM Imtiaz Dungun serta dua sekolah dari Setiu, SMk Pelong dan SMK Lembah Bidong dan sebuah sekolah lagi dari daerah Hulu Terengganu iaitu SMK Tengku Ampuan Intan.

Menurut Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Imtiaz, Musa Mamat, keputusan PMR sekolah tersebut amat memberangsangkan pada tahun ini apabila seramai 36 daripada 41 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut berjaya memperoleh keputusan 9A.

Katanya, walaupun ramai calon PMR tahun ini terdiri daripada mereka yang berkeluarga kurang berkemampuan, ia tidak menghalang mereka memperoleh keputusan yang cemerlang.
"Pada tahun ini, semua calon mendapat 100 peratus lulus selain tiga orang mendapat 8A dan a masing-masing seorang calon memperoleh 6A dan 5A.

"Berbanding tahun lalu, walaupun seramai 64 calon menduduki peperiksaan tersebut, hanya 37 orang mendapat 9A, 17 orang (8A), enam orang (7A) dan masing-masing dua orang mendapat 6A dan 5A," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di SM Imtiaz Kuala Berang, baru-baru ini.

Menurut Musa, GPS sekolah terbabit menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun dalam peperiksaan berkenaan.

Ujarnya, pada tahun 2007 sekolah itu mencacat nilai GPS 1.26, GPS 1.19 pada 2008 dan tahun lalu terus menunjukkan keputusan cemerlang dengan nilai GPS 1.10 dan pada tahun ini muncul sekolah terbaik dengan nilai GPS 1.03 mengatasi 129 sekolah lain.

Berdasarkan prestasi mata pelajaran pula, Musa berkata, lapan mata pelajaran menunjukkan peningkatan untuk gred A iaitu Bahasa Melayu (95.1%), Bahasa Inggeris (95.1%), Sejarah (100%), Geografi (100%), Bahasa Arab (100%), Pendidikan Islam (100%), Sains (97.6%) dan Kemahiran Hidup (100%) dan hanya satu mata pelajaran menurun iaitu Matematik (97.6%).

Ditanya mengenai rahsia kejayaan sekolah tersebut, Musa memberitahu, semua pelajar sekolah Imtiaz di seluruh negeri diwajibkan menghafaz al-Quran sehingga tamat persekolahan.

Ujarnya, dia percaya pendekatan tersebut merupakan satu rahsia mengapa sekolah Imtiaz di seluruh negeri mampu mencapai kejayaan yang besar dalam peperiksaan yang diadakan.

Tambahnya, pihak sekolah turut mengadakan pelbagai program motivasi dan sahsiah diri bagi memantapkan para pelajar.

"Kita memang memfokuskan semua pelajar dan bukan hanya mereka yang menduduki peperiksaan besar seperti PMR sahaja.

"Selain itu, kita juga merancang waktu cuti mereka agar tidak dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah sebaliknya menganjurkan kelas tambahan, kelas menghafaz dan program keagamaan," jelasnya.

--petikan dari blog Teganuku Disini--

Aku tanya Aku Jawab!!

Q: Zaman sekolah, subject apa korang selalu ponteng? Kenapa?
A: Aku jarang ponteng tapi ada satu kelas yang aku paling suka ponteng, time tu Form 2. PJ a.k.a Pendidikan Jasmani.. Selalu aku ponteng dengan Saifullah dan Yuarlifh sebab malas nak g main2 kat padang coz nampak orang bodoh jer.. hahahahahaha...

Q: Cikgu yang korang paling anti? Kenapa?
A: Ermmm.... Cikgu sorang ni memang aku anti dalam Sekolah AIZEK. Cikgu Kemahiran Hidup Cikgu Azman dan Ustazah Aminah Tambon Cikgu Tasawur Islam. Azman tu aku tak suka sebab CIKGU LUCAH.. Ustazah tu plak, dia memang anti dengan aku, ada je dia kutuk aku depan2.. Memang aku anti dengan 2 ekor nim.. Hahahaha.. Tgk aku sangat anti siap bagi EKOR kat 2-2 tu...

Q: Saat diambang kemarahan kamu akan ___________??
A: Amik pil tidow dan tidow!! Takpun aku makan banyak2 supaya sakitkan diri, so tak ingatlah pada kemarahan. Tapi tanda2 awal aku marah, aku akan DIAAAAAAAAAAAAAAAMMMM je....

Q: Pernah kencing malam??? Last sekali bila??
A: Kencing malam??? Selalu jer.. Sebelum tidur mesti nak kencing, tapi lau kencing atas tilam tu masa umur 5 tahun paling last ar... -yeke??? sambil menggarukan kepala-

Q: Couple kamu yang paling ROMANTIK, sebutkan nama.
A: Setakat ni just ade sorang jer... Tu pun dah jadik tunang orang.. Kira ala2 romantik jugaklah..

Q: 5 fakta pelik tapi benar tentang diri kamu yang orang lain belum ketahui.
A: >Mempunyai elergi yang kuat pada seafood dan habuk!!
>Xleh pakai glasses sebab cepat sneezing..
>Xsuka makan nasi...
>Suka pasang lagu sama jer... Ulang dan ulang lagi... Xpernah jemu..setiap satu lagu aku akan putar ulang-ulang..
>Orang yg X kenal mmg cakap aku SOMBONG!!! Coz aku pun cakap aku SOMBONG!! tapi dah kamceng NAHAS ko, tak brenti aku membebel kat ko!!!

Q: Kentut di khalayak ramai? Pernah buat? Dimana?
A: Alah macam xbiasa kentut.. Mana2 leh kentut.. Tapi perlahan2 sudah... Hahahahahaha...

Q: Andai diberi peluang putarkan masa ke zaman lama. Anda akan ______?
A: Nak jump to darjah 3.. Masa tu hidup aku paling happy.. Ada Naqiuddin, Nurul Syazwani, Wan Suriani, Yusrizal... semua kawan aku yang paling best!!! Tapi kini dah terpisah, semua sekolah lain2 pas darjah 5.. Sedih jer..

Q: Lagu lama yang masih menjadi kegilaan dirimu sampai sekarang?
A: >Menaruh Harapan - Zaiton Sameon - Lagu ini banyak memberi erti pada aku, putar lagu ni sampai CD rosak,kaset macam robot bunyi.. Sekarang download jer!!!

Q: Anda pernah menjadi Secret Admire kepada siapa / kenapa?
A: Xpernah...... Seriously xpernah..

Q: Anda ingin membuang air besar tapi tiada tandas anda akan _________?
A: Cover line... Berak je kat mana2.. Yang penting LEGA......

Q: Bangga jadi Anak Ganu? Kenapa? Ayat Terengganu paling pemes???
A: Bangga kerw?? Entah... Yang penting aku Happy.. Ayat paling pemes bagi aku.. >>> Natang ni... Krek2..

Sabtu, 25 Disember 2010

Tekanan Adalah Pembunuh Senyap!!


Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.

Bayangkan anda kehilangan orang dikasihi dan sukar mengatasi kemurungan berbulanbulan. Tanpa disedari anda berada dalam tegangan—tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda lemah, tidak bermaya dan ketika ini juga anda mudah dihinggapi penyakit —sakit perut, sakit tekak, selesema atau demam.

Kenapa ia berlaku? Apabila perasaan anda tertekan berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah, mudah baginya dihinggapi penyakit. Jika dikata penyakit itu datang macam ribut, pergi umpama semut, perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan doktor anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil.

Sungguhpun banyak sebab tegangan dikaitkan tuntutan dan tekanan hidup, ada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, raguragu, risau dan murung, ia juga meninggalkan kesan pada tubuh badan. Tegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.

Sifat Fizikal ketika dibawah Tekanan:

  • Sistem saraf simpatetik, salah satu daripada dua cabang utama sistem sar f automatik, menggerakkan kimia yang menyusun rembesan hormon.
  • Kelenjar pituari (di bawah otak) mengeluarkan hormon biasa ACTH ormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah.
  • Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal yang terletak di atas buah ping'&ng, ia membentuk satu tindakan lalu n empergiat pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpulhormon dipanggil corticoids. Kumpulan hormon ini menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang.
  • Aliran darah—sistem perhubungan dan pengangkutan am bagi tubuh imembawa kimia tekanan kepada setiap sel walaupun jauh kedudukannya, dalam tempoh lapan saat.
  • Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui prat saraf. Kesannya sistem saraf simpatetik yang giat:
  • Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah. Pada waktu sama arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jarijari fangan dan kaki sejuk.
  • Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan otot lebih cekap dan cepat.
  • Hati menukar glikogen yang tersimpan dalam bentuk glukosa yang diperlukan dengan banyak oleh otot dan otak.
  • Pemafasan deras dan berat, menmgkatkan oksigen dalam darah supaya otot dan otak dapat membakar glukosa dengan berkesan.
  • Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.
  • Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjqas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.
  • Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerbu ke kepala. Ini membolehkan pengawalan kesedaran optimum tindakan tubuh badan. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.
  • Pendengaran menjadi tajam.
  • Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif.
  • Agen pembekuan meningkat pemekatan darah.

Tekanan berpanjangan menyebabkan otot berkaitan membentuk simpula. dan menyebabkan kesakitan. Kesannya pening kepala atau migrain, sakit ditengkuk dan bahu serta sakit bahagian belakang badan. Simpulan ini boleh terjadi di kulit kepala (menimbul. kan pening kepala), rongga oral, tengkuk, bahu dan di bahagian belakang badan. Kenapa aku menulis artikel tentang tekanan?? Sebab sekarang ini aku dibawah tahap kemurungan melampau.. Macam nak mampus je saat ni.. Adui.. So beware dengan tekanan...

Jumaat, 24 Disember 2010

Jom semak Fakta Tentang Diriku!!

Disini akan aku nyatakan beberapa FAKTA tentang diriku yang besar kemungkina masih belum diketahui umum. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:

  • Seorang yang teramat kuat elegi pada: Seafood,Habuk,Hujan,Ikan2 tertentu, Daging Lembu sehingga menjadikan aku seorang yang begitu cerewet dalam pemakanan.
  • Suka tidur awal, biasa tepat pada jam 1Omalam dah ZzZzZzZzZzZz...
  • Adik aku kata aku tidur macam mayat, xbergerak!! -fakta @ auta-
  • Gila kan warna PURPLE!! Bagi je apa2 kaler purple memang jadi barang keutamaan akulah.
  • Kuat berangan a.k.a BLURR..
  • Karaoke almost 24hours.. even tengah time sedih ke, gembira ke, takde mood ker.. sama jer..
  • Boleh dikira pendiam,peramah,panas baran,dan pendendam.
  • Tipu aku, xbayar hutang aku, aku tak berapa kisah, tapi mungkir janji dengan aku.. Hah SIAP KO!!! Silent Treatment sampai bertahun2lah jawapannya!!
  • Handyman, semua kerja boleh buat, bagi je task dan dateline sure SIAP on time!
  • Pemurah bab2 duit sebab tu ramai orang hutang dengan aku - takde riba..
  • Suka melancong, teringin nak pergi TOKYO!! Tapi lepas dari pergi MEKAH lah..
  • Suka sangat2 suasana sunyi..........!! Aman je rasa hidup...
  • Anak2 sedara takut kat aku, coz mata aku yang suka di jenggilkan kearah diaorang..
  • KUYA.. aneh dan pelik tapi inilah nama gelaran aku bagi anak2 sedara aku..
  • Kalau salah aku, aku admit dan diam, lau bukan salahku Hah!! tunggulah peluru penabur dariku!!
  • Ramai kenalan tapi masih kurang kawan..FAHAM X??
  • Aku ni lefthanded sebenarnya, main guitar, menukul or sesuatu yang bab2 memerlukan kekemasan pegangan memang sebelah kiri, tapi menulis righthanded plak.. Heran? Xyahlah..
  • Dulu masa sekolah sangat tak pandai main football, pas SPM baru start main dan dah jadik kegilaan aku plak.
  • Aku terror main takraw!! Bowling!!
  • Novel and komik aku penuh satu almari tapi telah dijual oleh abang aku!! Sioot dia tak tahu sentimental value komik and novel tu!!
  • Barang yang aku miliki sekarang ni semua hasil dari titik peluh aku sendiri, xde mintak dengan siapa2, macam motor, kereta (dah jual balik), laptop, TV,PS2, Speaker, dapur gas dan etc.
  • Suka beli perfume tak kira yang perempuan ke lelaki, asalkan sedap pakai dan memang bakal habis dalam masa sebulan jer..
  • Sepanjang zaman persekolahan aku dimaki,dicerca, diherdik oleh semua orang, tapi aku tak kisah sebab aku ada pegangan hidup; "Takkan mati dengan cacian; takkan hidup dengan pujian". So this is me!!
  • Bab2 percintaan ni, aku memang menjauhkan diri sepanjang sekolah, pas sekolah baru lah ada makwe, lama jugak couple dalam 5 tahun tapi takde jodoh ada masalah antara family kitaorang then putus.. So sekarang ni tengah complicated sebab sidia (baru punyer) sorang ni masih belum bagi kata putus tentang perhubungan kami.. 5O-5Olah..
  • Dari darjah satu sampai form 5 aku tak pernah ke tandas. Rehat pun boleh bilang berapa kali, sebab aku ni jenis penyendiri.
  • Paling benci air milo yang dibuat dengan GULA!!! takkan ku minum punye!!
  • Tak suke kawasan crowded a.k.a sesak!! boleh lemas!!
  • Phobia dengan cicak!! Tolong jauhkan aku dari binatang ini!!
  • Gula2 aku tak makan punye.. TIDAK SUKA!!
  • Nombor telefon yang tak dikenali memang takkan aku layan.......
  • Aku tak suka keluar rumah, tapi bila dah keluar, pagilah baru balik - tak pernah kene marah sebab MUMMY aku percaya dengan aku!! Anak diakan BAIK!!
  • Roti makanan ruji a.k.a harian aku!!
  • 2 Bahasa utama aku English dan Malay.. Bahasa sampingan aku Arabic and Chinese so kira terror jugaklah koz boleh menguasai 4 bahasa.
ErmmmMmm.. Rasanya ni pun dah ok kot untuk korang mengenali aku.. Lau ade lagi yang korang nak tambah komen jelah.. Neway "I'M HAPPY WITH WHO AM I"

ChurpChurp | Social Share » Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

Jom Makan Satay!!!


Satay, bunyi perkataan ini memang simple dan sesimple makanannya jua. Sebut sahaja satay mesti yang ramai akan tertelan air liur, mana taknya satay memang salah satu juadah yang digilai ramai tak kiralah kecik ke besar, tua atau pun muda. Macam mana satay dibuat? Korang tahu ker? Kat sini aku nak share sikit cara aku membuat satay, bukan orang lain tapi aku sendiri. So, mungkin ada sikit perbezaan dari resipi korang kowt?



Bahan2 untuk satay: Ayam yang telah siap dibuang tulang dan kulit, serai, kunyit hidup dan kunyit debu, chilie paste, bawang putih, bawang merah, garam, gula, kicap cair dan lidi pencucuk.


Bahan2 diatas hendaklah dicampur gaulkan agar sebati. Cuma petua aku, aku suka letak banyak serai dan bawang putih, dan sukatan gula plak, aku selalu amalkan 1 ekor ayam nisbah kepada 4 sudu besar gula. Garam, kicap cair, kunyit hidup dan debu pandai2lah agak sendiri coz aku pun main hentam jer. Bila dah gaul sebati, perapkan lebih kurang 2 jam, jangan terlampau lama takut masam, kalau nak bakar dihari keesokkanya baik letak dalam fridge, lepas dah perap, korang cucuklah kat lidi tu then bakar gunakan arang.. Jangan lupa percikkan kuah kacang satay kat atas satay time bakar tu.. Perghhhh.. masyuk kalau makan pagi2 ni...

Macamner aku leh tulis pasal satay kat blog aku ni?Sebab semalam aku kene habiskan satu bundle satay hampir 3O cucuk semuanya "all by myself".. Buncit perut aku makan dahlah time tu dah nak kul 12 malam dah.. Satay tu mak aku yang belikan, suh makan dengan adik, tapi adik aku dah Kroooohhh..kRooohh time tu.. nak kejutkan kesian, so makanlah soang sampai habis nak dibuang sayang sebab mahal jugak satay dan banyak plak tu... Makanlah sampai hampir tak bernyawa aku.. Dan hasilnya pagi perut aku asyik memulas jer.. Satay tengah gaduh dalam perutku.. Sioot jer.. Satu lagi yang aku bimbangkan paras kolestrol yang bakal meningkat dek pengambilan satay tersebut. So terpaksalah aku diet dari makan makanan berkolestrol lagi.

Eh, tapi korang jangan lupa try resepi aku tuh.. Nanti aku kasik resepi yang lain plak.. huhuhuhu.. Satay.. Satay.. Kau buatkan perutku jadi memulas dipagi hari....... lalalalalala.. end~

Rabu, 22 Disember 2010

Beli Burger!!!

Semalam walaupun dalam keadaaan hujan yang teramat lebat aku tetap meneruskan perniagaan burger.. Naik semangat balik jual burger lening.. Bukan apa, buat hilang puas malam-malam, kurang-kurang dapat gop posen dua..

set-up barangan burger sebelah petang, tak sampai 1Ominit aku duk situ, adalah sorang makcik ni, tak pernah hayat aku tgk dia sebelum ni kat kawasan umah aku la datang berhajat membeli burger. 2 burger daging, 1 burger daging xnak sayur.. So aku pun buatlah, sambil aku buat tu mak cik tu pun dengan banyak mulut mengajukan soalan seperti dibawah:

MC: Dah lama jual burger?
Aku: Baru jer sebulan mak cik..

MC: oOOooWh.. Semalam tutup pukul berapa??
Aku: Biasa tutup dalam kul 1O malam..

MC: Awalnyer... patutlah semalam mak cik datang dah tutup..
Aku: Nak wat macamner mak cik, siang keje plak.. datang kowpe semalam??

MC: Dalam 11.3o malam...
Aku: Memang dah tutup..

MC: Rajinnyerlah awak ni yer.. Siang malam keje.. Untung dapat menantu macam awak??
Aku: -just senyum-

MC: Mak cik ada anak perempuan 22tahun.. Nak kenal?? Solo lagi dia tu?
Aku: Eh.. Apalah mak cik ni.. Segan saya... -dengan slumber-

MC: Mak cik nampak awak ni budak baik, tu yang nak anak mak cik kawan dengan awak..
Aku: Hahahahahaha...-dalam hati baiklah sangat-

MC: ...........................
Aku: Dah siap burgernya makcik.. RM6.OO semua..

MC: Terima kasih, nanti mak cik datang bawak anak sekali.. sambil tersenyum..
Aku: hahahahah.. yelah....

Tak faham betul aku, semenjak dua ni,asyik diperjodohkan oleh ibu2 yang langsung ku tak kenali.. Kelakar pun ader.. Apasal ae... Budak sekarang dah tak laku ker? Ke terlampau jahat??
Huhuhuhuhuhuhuhu....

Sabtu, 18 Disember 2010

Tag Untuk Noraida Radzi, Suria Sulong, & Mar Feeza

Mari kita mengenali teman2 kita!!!

Q: Zaman sekolah, subject apa korang selalu ponteng? Kenapa?

Q: Cikgu yang korang paling anti? Kenapa?

Q: Saat diambang kemarahan kamu akan ___________??

Q: Pernah kencing malam??? Last sekali bila??

Q: Couple kamu yang paling ROMANTIK, sebutkan nama.

Q: 5 fakta pelik tapi benar tentang diri kamu yang orang lain belum ketahui.

Q: Kentut di khalayak ramai? Pernah buat? Dimana?

Q: Andai diberi peluang putarkan masa ke zaman lama. Anda akan ______?

Q: Lagu lama yang masih menjadi kegilaan dirimu sampai sekarang?

Q: Anda pernah menjadi Secret Admire kepada siapa / kenapa?

Q: Anda ingin membuang air besar tapi tiada tandas anda akan _________?

Q: Bangga jadi Anak Ganu? Kenapa? Ayat Terengganu paling pemes???

Jom jawab soalan diatas dengan penuh kejujuran. Kewajipan anda menjawab menjadi tanggungjawab bersama. Tq!!!!



MtoAtoRtoFtoEtoEtoZtoA

Kau selalu meninggalkanku

Sehingga ku bederai

Ku kehilangan semua

Untuk kenangan

Demi menyatakan aku amat memerlukan kamu

Kau perlu melepaskannya

Kerana ku memahami

Walaupun mengharungi rintangan

Demi merungkai sebuah sumpahan

Kenapa pernah aku pernah melepaskan kau pergi

Mungkinkah ku bertahan tanpa dirimu

Tanpa merasakan perasaanku

Setelah ku mengetahui

Menangis aku tersedu

Menangis aku sendirian

Menangis aku tidak berdaya

Kerana ku tahu, tidak mungkin lagi ku menerima kasihmu

Menangis aku

Kerana kau tiada lagi disisiku

Menangis aku

Kerana keseorangan

Menangis aku tiada daya lagi
Kerana aku tahu, cintamu bukan lagi buatku




If you could see me now
You would know just how
How hard I try
Not to wonder why

If I could have you back tomorrow
If I could lose the pain and sorrow
I would do just anything
To make you see
You still love me

Jumaat, 17 Disember 2010

Question and Answer for my Prem!!!


Q:kalo anda bosan yang teramat sgt, pe yg anda laku kan.
A:Kalo bosan, ku akan baca novel sampai tertidur!! best tidow2 nim!!

Q:kalo org kate muka awk ni mcm artis la.agak2 awk tanya x sape artis 2 or buat2 malu.
A:Xyah tanya dah tahu dah, konpem macam Ashraf Muslim punyer.. hahahaha -dengan bangga-

Q:perkara paling kelakar pernah berlaku sepanjang anda hidup :)
A:G masuk hutan pastu sesat then nangis padahal hutan xlah besar sangat - secret nim..

Q:senaraikan 5 yg sweet tentang Miss NorAida Radzi ;)
A:caring, sweet mcam gula2, gila-gila, mmg amik berat sal kawan, open-minded person-jujur dari hati

Q:senaraikan plak 5 yg buruk lg huduh sal Miss NorAida Radzi :)
A:stakat ni lau tgk ada 1 lah, lau nak marah SIAP KO... HAMEK ko... xleh lari dah!!!

Q:bila anda nak tamatkan zaman bujang anda.
A:Mungkin bulan 6 ni kowt... - ko bila plak??

Q:anda seorg yang ........ ?
A:saya??? Mesra Ceria...

Q:anda sedar x yang anda sedang diperhatikan ? sape kah gerangannye?
A:Weh saper??? Hantooooooo!!!

Q:kalo anda sedang bercakap pah2 ade lak menyampuk, reaksi anda....
A:You shut up!!-sambil angkat kening mcm ziana zain...

Q:jika diberi peluang melancong ngan percuma, di mana destinasi anda.
A:hajat di hati MEKAH!!!

Q:anda sudi kapel ngan brat pitt / halle berry x.
A:Xmolah nnt mesti hilang TERUNA... DOSA2!!

Q:" nah amik duit 10 sen ni, p main jauh2 " . "jauh2" cmne anda fikirkan.
A:Ke kedai sbb nak beli eskem POP.. Kita bagi dua nak x??? Ko sebelah aku sebelah..

Suria Sulong And Noraida Radzi - hamek Ko!!!

    S:nama penuh spt dlm ic serta tarikh lahir
    -MOHD SABREE BIN MOHD TAHIR -14.o1.1987 (lain dari kat FB sbb kawan2 sejati je yg akan perasan)

    S:nama tadika anda / tahun bila
    -Tabika Kemas Pak Sabah/1992-rasanya

    S:pertama kali anda jatuh cinta dan becinta / sila sebut nama pasangan anda
    -ermm.. xsilap darjah 4 kowt -jatuh cinta je, Nama lau xsilap SUNITA/bercinta pas SPM.. Nur Suhaila tunang orang dah
          S:sbb anda putus / siapa tinggal kan siapa
          -entah terlampau subjective - senang xde jodohlah..

          S:sekolah /kolej/universiti terakhir anda
          S.M.K.Tengku Intan Zaharah/Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -UIAM-

          S:apa yg sdg anda lakukan skrg
          -duk mikir mende lagilah dia ni nak suh jawab...

          S:lagu faberet anda masa kini
          -i love the way you lie - Rihanna

          S:dgn siapa kali terakhir anda keluar
          -dengan adik saya

          S:siapa kali terakhir anda text
          -ermmm... baru tadi dengan adk angkat -oux oppiey

          S:kali terakhir anda menangis syahdu, mengapa
          -ermm.. time arwah nenek meninggal.. xleh tahan sebak sioot.. macam nak gile tapi ttp redha..

          S:kali terakhir anda marah
          -pagi tadi!!! celaka!! minyak moto aku abes.. siapa naik xpandai isi aku nak g keje ni.. macamtulah aku marah..

          S:siapa anda rasa nk tumbuk kl ade peluang, mengapa
          -Taufek -Resort Manager Mayangsari, sakit hati macam setan dengan dia.. perosak bangsa!!! lau nak bunuh blh x???

          S:benda yg membuatkan anda rasa cool giler
          -perfume haku... pakai mesti layan je kepala... hahahaha..

          S:hadiah yg anda masih simpan hingga kini, berapa tahun, siapa hadiahkan
          -sapu tangan 2OO4 dari bekas makwe Suhaila/ jam tangan 2OO8 dari RosHaiki

          S:subjet yg plg susah masa zaman sekolah / kolej / universiti
          -eKonoMi AsaS!!/Syariah Law -Tahap Gaban

          S:dgn siapa anda kali terakhir anda b'ckp di telefon
          -Adik saya, suh saya balik!!! -siot nak g jenjalan pom xleh..

          S:msg siapa plg byk dlm inbox anda
          -Mar Feeza.. Susah nak delete!!! Kaku tangan nak delete kecuali inbox penoh!!! - bocor rahsia lau die baca..

          S:warna baju yg anda pakai skrg
          -Hitam itu anggun..

          S:wallpaper ape yg anda gunakan di skrin laptop / destop anda, terang kan pasal gambar
          -Lappyku?? gambo KETE!!! Sbb xjupe gambo motorsikal!!

          tunjuk kan gambar kegemaran anda

                                          TERIMA KASIH SEBAB BANYAK BOCORKAN RAHSIAKU KEPADA UMUM... WAAAAAAAAAA....

                                          Jurang Kasih dan Sayang

                                          HARUSKAH AKU?????????





                                          Nama: AHMAD NUR FAIZUWAN
                                          Umur:14Tahun
                                          Sekolah: S.M.K.Balai Besar Dungun.

                                          Pening aku dengan gelegat adikku sorang ni, perangainya memang mengalahkan orang perempuan, kuat membebel, kaki merajuk, kuat makan, kaki merendet yang paling tak tahan kaki jealous. Kadang-kadang aku rasa naik geram dengan dia mana taknya selalu jer berkata-kata tanpa memikirkan kesudahannya. Aku ni memang jenis yang penyabar dengan adik-adikku, selagi boleh sabar aku sabar bcoz aku memang sayangkan adik-adikku. Apa yang diaorang nak akan aku usahakan agar mereka lebih happy. Tapi yang masalah sekarang ni aku takleh nak ketepikan Mohd Izzul Faiz, sebab aku rasa dia lebih memerlukan aku dari adik aku. Namun adik aku ni memang kaki jealous dan tak mungkin dia akan benarkan aku merapatkan perhubungan dengan "Angah" sebab dia akan cepat terasa kehilangan aku. huhuhuhuhuhu... lantaklah adik..



                                          Nama: MOHD IZZUL FAIZ
                                          Umur: 14Tahun
                                          Sekolah: S.M.K.Tengku Intan Zaharah

                                          Izzul@Ejoe atau aku panggil angah, seorang yang tabah dalam menjalani kehidupan. Kehilangan ayah diakhir Bulan Syaaban dulu begitu menambahkan kerumitan dalam hidup. Mana tidaknya, mamanya tidak bekerja dan dialah anak sulung lelaki. Begitu besar dugaan dia hadapi namun selalu tergambar keriangan dimuka bagi menutupi kekurangan diri. Budak ni memang banyak mengajar aku erti hidup, tak padan kecik namun mempunyai pemikiran orang dewasa. Antara kami dah macam adik beradik, saling memerlukan, tak lengkap satu hariku kalau tak berjumpa. Macam2 pengalaman yang kami tempuhi bersama suka dan duka, bergaduh biasalah adik beradik, memang selalu tapi taklah sampai bermasam muka. Aku suka dengan budak ni, sebab dia seorang yang begitu bertanggungjawab dalam hal keluarga serta apa jua masalah peribadi dan seringkali aku menjadi tempat rujukkan jikalau terdapat sebarang kemusykilan dalam hatinya.


                                          DUA-DUA INSAN INI MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TERSENDIRI NAMUN KEDUA-DUANYA TETAP DIANTARA INSAN-INSAN KESAYANGAN AKU....... "aku tak memilih kasih, semua akan aku layan seadanya................."

                                          Rabu, 15 Disember 2010

                                          Lapor2!!!

                                          Saat ini aku tengah terasa kelaparan!!!!!



                                          Ni laksa shack yang memang untuk di Makan!!!


                                          Pekena plak dengan air buah gelas yang teramat besar!!!


                                          Tambah lauk sikit dengan Nasi Panas.....






                                          Diakhiri dengan Kepok Lekor Ganung!!!
                                          Memang "nyengga" ar orang ganu KATE!!

                                          LAPOR2!!!!


                                          Ramadhani Kadir



                                          Ermm...

                                          Semalam tanggal 15.12.2O1O, pulangnya anakku Ramadhani Kadir ke Indonesia. Apa yang boleh aku katakan selamat pulang anak papa. Begitu banyak kenangan yang terukir antara kami berdua walaupun hanya sebentar cuma kita dapat bersama. Kisah pengenalan ku bermula ketika dhani dan rakan-rakannya datang ke Malaysia untuk menjalani latihan practikal di sebuah hotel di melaka, iaitu di tempat aku bekerja.

                                          Menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang melaka bersama dengan guru pengiring mereka iaitu ibu Ferlinda, aku tidak langsung merasakan kekok untuk bermesra dengan mereka dek kerana aku juga mempunyai keturunan ke-indonesiaan dan boleh dikatakan aku agak fasih berbicara indonesia. Ini amat memudahkan bagi mereka untuk berinteraksi denganku. Mereka aku bawa menaiki Van ke Hotel dan diberi taklimat tentang tempat tinggal dan jadual harian mereka. Namun mereka terpaksa dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang akan tinggal di Headquaters dan kumpulan yang akan bekerja disampingku. Diawal pertemuan kami, aku sudah dapat merasakan yang ada "kimia" diantara kami namun aku cuba untuk tidak memilih kasih diantara mereka. Aku bertanya siapa yang mahu pulang mengikuti aku nanti, dan ternyata, Ramadhani Kadir, Rizki Kurniawan dan Frans William begitu bersungguh-sungguh untuk mengikutku pulang.

                                          Semua berjalan lancar sehinggalah suatu hari aku terdengar tangisan kecil yang datang dari kamar mereka dan aku menjenguk, terlihat dhani sedang menyapu airmata, luluh hatiku melihat tangisannya, tanpa segan silu aku mendakapnya untuk menenangkan dia. Bertanya aku kepada dhani, kenapa menangis? Jawapannya "Ibu dhani nelepon tadi bang, kangen sama ibu..." Aku terus bertanya lagi papamu? "Udah lama bang, dhani gag ketemu papa dhani hampir 7 taun.." Kemana papa mu pergi dhani? "Lagi kerja di Malaysia bang, gag tahu dimana.." Kerja apa dhani??? "dulu papa saya askar tapi udah ke malaysia gag tau kerja ngapain.." Owh macamtu, Dhani, kalau ada masalah bagitahu ke abang, jangan malu2, abangni udah macam papa kamu semua.. abang yang akan menjaga kalian disini.. tanpa semena-mena dhani terus memelukku dengan erat sambil memanggil papa. Dari saat itulah aku terus menjadi akrab dengan mereka bahkan tanpa segan silu mereka memanggil aku papa.. Bahagia tak terkira saat itu namun bahagiaku selalu cuma sementara,akhirnya aku nekad untuk berhenti kerja dek kerana pergaduhan aku dengan manager, tanpa toleh ke belakang aku pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anakku.. Sampai di kampung berduyun duyun aku mendapat sms dari anak-anakku minta untuk kembali bersama mereka namun aku tidak berdaya, lebih meruntun hati apabila dhani menelefon aku sambil menangis, "Papa, sampai hati papa, pergi gag pamit!! Dhani udah kembali gag punya Papa lagi, dhani sayang bangat sama papa!!!" aku pun turut menangis.. tanpa bisa berkata apa-apa..........

                                          Dan cukup tanggal 15.12.2O1O mereka terpaksa pulang, dan aku bahagia bila mengetahui yang mereka akan pulang dengan selamat dan dhani menghantar sms kepada ku "Papa, dhani udah mau pulang yach, kangen sama papa, kapan kita bisa bertemu lagi??".. dengan senyuman masih terukir dibibir aku menelefon dhani dan mengucapkan tahnia kerana berjaya menamatkan latihan. Kenangan kita akan kekal selamanya!!!

                                          Jumaat, 10 Disember 2010

                                          Sioot!!!

                                          Memang kehidupan memang tak seindah yang di impikan.. Kita hanya boleh merancang namun segalanya terletak pada kuasaNYA samada terjadi atau tidak. Begitulah terjadi pada seorang insan yang masih bernyawa.

                                          Namanya harus dirahsiakan namun aku ini telah menjadi tempat dia meluahkan perasaan zaman berzaman sudah. Namun setelah SPM aku terputus hubungan dengannya bukan kerna apa, beliau sudah mendirikan rumah tangga, jadi aku tak naklah nanti suaminya ada syak wasangka plak dengan perhubungan kitaorang sebab kita orang memang rapat giler!!!

                                          tapi semalam aku dapat sms dari nombor yang tak dikenali, mula2 tu aku malas nak melayan tapi bila dia hantar sms kali kedua menyatakan namanya aku terus berdetik dihati mungkin dia ada masalah. Ternyata aku betul, dia ternyata memilih aku dari ibu bapanya untuk bercerita masalah dia. Aku terharu dengan pengakuan dier, sudah hampir 5 tahun aku tidak berhubungan namun hakikatnya dia masih mencari aku dan aku pula cuba melenyapkan diri dari kehidupan mereka..

                                          Dulu aku cuba menghalang beliau dari melangsungkan perkahwinan kerna aku tak percaya yang dia akan berjaya, dan ternyata sekarang apa yang aku jangkakan hampir menjadi dan aku berdoa agar rumah tangganya selamat.. aku tak tahu nak duduk di pihak yang mana, kerna aku masih belum mendengar dari kedua belah pihak lagi tapi aku yakin apa yang aku nasihatkan hanyalah untuk kebaikkan kedua anak mereka yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang kedua orang tuanya.

                                          buat insan yang aku amat amik berat ni, aku harap kau tabah dalam melayari bahtera kehidupan yang telah kau pilih, dan jangan lupa aku masih berdiri kukuh dibelakang kau untuk memberikan segala apa yang kau perlukan!! percayalah antara kita takkan ada apa2 yang boleh rosakkan persahabatan kita hanya maut!!! insyaAllah..

                                          sama2lah kita berdoa agar perkahwinannya bertahan hingga keakhirnya!!!! amin!!!

                                          Rabu, 8 Disember 2010

                                          Aku xboh MATI!!

                                          aku xboh mati saat ini..
                                          aku xboh mati minit ini..
                                          aku xboh mati detik ini..
                                          aku xboh mati jam ini..
                                          aku xboh mati bulan ini..
                                          aku xboh mati tahun ini..

                                          aku xboh mati tinggalkan beban di bahu mak & abah ku..
                                          aku xboh mati tinggakan dosa di bahu mak & abah ku..
                                          aku xboh mati tinggalkan tanggungjawap sebagai anak..
                                          aku xboh mati tinggalkan tanggungjawap sebagai abang..
                                          aku xboh mati sebagai seorg yg kalah..
                                          ku xboh mati sebagai insan yg rugi..

                                          biar la aku dapat buktikan dahulu yg aku blh membanggakan mak & abah..
                                          bukan membanggakan di mata org ramai & bukan juga membanggakan di mata dunia..
                                          cukuplah membanggakan mak & abah..

                                          tapi andai saat ini aku menghembuskan nafas yg terakhir,
                                          anak mu ini memohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..
                                          halalkan makan minum selama ini..

                                          maafkan anak mu ini jgk kerana tidak dapat membanggakan mak & abah..

                                          Selasa, 7 Disember 2010

                                          Musuh ketat = Kawan baik

                                          Mohammad Sabri Abdullah and Arif Yaacob, dua orang insan yang agak rapat dengan ku, apa yang aku nak describe tentang diaorang ni adalah mereka ini ialah MUSUH KETAT dan MUSUH TRADISI aku dalam apa jua perkara.

                                          Aku dipertemukan dengan mereka ini sewaktu aku berada di tingkatan 1 oleh sepupu aku yang merupakan kawan baik kepada Mohammad Sabri Abdullah, atau sinonim aku panggil byte atau noott. Aku sebenarnya amatlah tidak suka bergaul dengan insan lain namun dek kerana aku selalu mengikut sepupu aku kemana dia pergi aku jadi terserasi dengan dia. macam2 aku lakukan dengan noott, sepanjang 2 tahun aku kenal memang selalu disulami dengan pergaduhan mana taknya aku kan jenis pantang beralah, dan dia plak jenis yang dengar jer, so fight kitaorang taklah lama sangat paling lama pun cuma 3 bulan tak bertegur sapa, next reach next level form 3 kalau tak silap, aku mula berkenalan dengan si arif yaacob nickname binatang comel atau arif jelly, kami bertiga dah macam adik beradik asyik bersama jer. dari seorang yag tak keluar rumah aku kini menjadi pengunjung pantai di tengah malam secara tetap dengan mereka berdua. tempat tuisyen pun samer jer, tapi yang lucunya aku, noott and jelly tak sama kelas, tapi boleh last until sekarang friendship kitaorang.

                                          aku selalu jer menimbulkan masalah pada diaorang sebab bagi aku diaorang tu sebenarnya musuh aku dalam apa jua perkara, apa yang kitaorang lakukan aku mesti nak dapat lebih dan terbaik, sampailah saat kitaorang bergaduh fasal satu perkara ni, kira memang besar punya isulah ni (hanya mereka yang tahu)berbulan2 jugak aku jadik lone ranger time tu tapi aku tak kisah, tapi yang aku lucu, mereka berdua ni asyik hantar surat apologize, sedang aku yang bersalah, aku just ignore jer until we'all face to face then perkara tu pun settle. Perhubungan kami pun makin akrab bila selalu jer melepak kat umah mereka dan aku sampai family mereka dah jadik macam family aku dan sebaliknya (agaknyalah bagi mereka kowt). Sampai waktu SPM aku mendapat result yang paling ok diantara kami dan melanjutkan pelajaran ke UIAM, saat itu aku terasa yang persahabatan kami bakal akan goyah, Noott ke Form 6, dan Jelly ke POLITEKNIK KOTA, namun masa tidak pernah memutuskan perhubungan kami pantang ada cuti aku akan pulang bertemu mereka, kadang2 tanpa Jelly.

                                          Tamat tempoh pengajian aku, aku pulang bekerja di dungun dan merasakan untuk tidak menyambung lagi pengajian ku, time tu noott dah bekerja gitu jugak Jelly, namun aku berusaha agar kami bekerja bawah satu bumbung dan akhirnya aku just berjaya memujuk Noott untuk bekerja dibawah satu bumbung. Saat itu perhubungan aku dan mereka semakin renggang, tak tahu dimana silapnya atau mungkin mereka dah bertemu dengan kawan yang lebih baik dari aku kowt? aku just bersabar, then aku berhenti kerja bersama2 namun just aku sahaja yang menuju ke melaka dan Nott kekal di dungun, saat itu aku dah nekad yang aku tak nak putuskan perhubungan dengan mereka. hampir 3 bulan aku dimelaka aku merasakan kesepian dan kosong hidup aku, akhirnya aku putuskan untuk pulang sahaja, namun apa yang aku dapat disini adalah kesibukkan mereka dengan hal mereka, dan kawan baru mereka, Jelly semakin berjaya setelah mendapat pekerjaan yang bagus, Noott semakin happy dengan kawan dia, namun aku??????? mungkin memang takdir aku macamni kowt? aku redha, setiap hari aku menunggu sms dan panggilan dari mereka untuk mengajak keluar minum, namun hampa, mungkin telah melupakan aku, hari ini, esok ataupun selamanya...

                                          namun bagi aku mereka adalah kawan yang terbaik dan merangkap musuh aku yang akan aku kekalkan dalam hatiku hari ini, esok dan selamanya. Buat Mohammad Sabri Abdullah & Arif Yaacob, aku begitu bangga pernah berteman dengan kalian, walaupun aku sudah jauh dari ingatan kamu, namun kalian tetap dekat dalam hati aku dan aku berdoa agar kamu semua akan mendapat perkara yang terbaik dalam hidup... InsyaAllah... dari temanmu yang di kejauhan.........