Mengukir Senyuman Bersama..
- zachosmee
- Dungun, Terengganu, Malaysia
- Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!
Jumaat, 31 Disember 2010
New Year 2O11!!!
Selasa, 28 Disember 2010
HosssssPPPitaLLLLL!!!
Isnin, 27 Disember 2010
Gambar Penyuluh Laser Masa Indonesia VS Malaysia!!!
Saat kemenangan MALAYSIA menewaskan INDONESIA pada perlawanan bola sepak beberapa hari LEPAS dikecohkan dengan gangguan dari pancaran laser.. Sampai nak bergaduh dua negara satu rumpun ni pasal laser.. Semalam aku carik jugaklah kat internet sal Si Penyuluh Laser ni.. Dan percaya atau tak, CCTV Bukit Jalil berjaya merakamkan SI PELAKU perkara kejam ini..
Oh Nasi Oh Lemak!!!
Memang tak sah kalau tak makan nasi lemak di pepagi hari.. Tengah sejuk2 pagi, dapat plak makan nasi lemak yang panas.. Perghhh.. Terangkat... Memang dah sinonim dah nasi lemak dengan orang melayu.. Bahkan sekarang ni Cina, India and etc pun dah makan nasi lemak nak tambah "power" sikit, diaorang pun dah pandai masak sendiri lor..
- Bahan untuk nasi:-
- @ 2 cawan beras
- @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
- @ 1 helai daun pandan - disimpul
- @ 3 hirisan halia
- @ secubit garam
- Bahan untuk sambal:-
- * 6 sudu besar cili kering mesin
- * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
- * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
- * 1 biji bawang besar -dihiris
- * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
- * sedikit air asam jawa
- * sedikit belacan (jika suka)
- * garam n gula
- Bahan sampingan lain :-
- Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
Cara-cara
- Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
- Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
- Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
- Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.
Ahad, 26 Disember 2010
Imtiaz the best!!!
Biarpun terletak di kawasan luar bandar, ia tidak menjadi halangan untuk sekolah tersebut menduduki tangga teratas dalam keputusan peperiksaan itu berbanding tahun lalu apabila hanya menduduki tangga ketiga dengan nilai GPS 1.10.
Sekolah itu turut tersenarai antara sekolah yang mencatatkan keputusan 100 peratus calon lulus semua mata pelajaran selain Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, SM Imtiaz Kuala Terengganu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit, Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam dan SMK Chukai.
Dua sekolah dari Besut turut tersenarai iaitu SM Imtiaz Besut dan SMK Tengku Mahmud manakala dari daerah Dungun, SM Sains Dungun dan SM Imtiaz Dungun serta dua sekolah dari Setiu, SMk Pelong dan SMK Lembah Bidong dan sebuah sekolah lagi dari daerah Hulu Terengganu iaitu SMK Tengku Ampuan Intan.
Menurut Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Imtiaz, Musa Mamat, keputusan PMR sekolah tersebut amat memberangsangkan pada tahun ini apabila seramai 36 daripada 41 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut berjaya memperoleh keputusan 9A.
Katanya, walaupun ramai calon PMR tahun ini terdiri daripada mereka yang berkeluarga kurang berkemampuan, ia tidak menghalang mereka memperoleh keputusan yang cemerlang.
"Pada tahun ini, semua calon mendapat 100 peratus lulus selain tiga orang mendapat 8A dan a masing-masing seorang calon memperoleh 6A dan 5A.
"Berbanding tahun lalu, walaupun seramai 64 calon menduduki peperiksaan tersebut, hanya 37 orang mendapat 9A, 17 orang (8A), enam orang (7A) dan masing-masing dua orang mendapat 6A dan 5A," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di SM Imtiaz Kuala Berang, baru-baru ini.
Menurut Musa, GPS sekolah terbabit menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun dalam peperiksaan berkenaan.
Ujarnya, pada tahun 2007 sekolah itu mencacat nilai GPS 1.26, GPS 1.19 pada 2008 dan tahun lalu terus menunjukkan keputusan cemerlang dengan nilai GPS 1.10 dan pada tahun ini muncul sekolah terbaik dengan nilai GPS 1.03 mengatasi 129 sekolah lain.
Berdasarkan prestasi mata pelajaran pula, Musa berkata, lapan mata pelajaran menunjukkan peningkatan untuk gred A iaitu Bahasa Melayu (95.1%), Bahasa Inggeris (95.1%), Sejarah (100%), Geografi (100%), Bahasa Arab (100%), Pendidikan Islam (100%), Sains (97.6%) dan Kemahiran Hidup (100%) dan hanya satu mata pelajaran menurun iaitu Matematik (97.6%).
Ditanya mengenai rahsia kejayaan sekolah tersebut, Musa memberitahu, semua pelajar sekolah Imtiaz di seluruh negeri diwajibkan menghafaz al-Quran sehingga tamat persekolahan.
Ujarnya, dia percaya pendekatan tersebut merupakan satu rahsia mengapa sekolah Imtiaz di seluruh negeri mampu mencapai kejayaan yang besar dalam peperiksaan yang diadakan.
Tambahnya, pihak sekolah turut mengadakan pelbagai program motivasi dan sahsiah diri bagi memantapkan para pelajar.
"Kita memang memfokuskan semua pelajar dan bukan hanya mereka yang menduduki peperiksaan besar seperti PMR sahaja.
"Selain itu, kita juga merancang waktu cuti mereka agar tidak dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah sebaliknya menganjurkan kelas tambahan, kelas menghafaz dan program keagamaan," jelasnya.
Aku tanya Aku Jawab!!
A: Nak jump to darjah 3.. Masa tu hidup aku paling happy.. Ada Naqiuddin, Nurul Syazwani, Wan Suriani, Yusrizal... semua kawan aku yang paling best!!! Tapi kini dah terpisah, semua sekolah lain2 pas darjah 5.. Sedih jer..
Sabtu, 25 Disember 2010
Tekanan Adalah Pembunuh Senyap!!
Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.
Bayangkan anda kehilangan orang dikasihi dan sukar mengatasi kemurungan berbulanbulan. Tanpa disedari anda berada dalam tegangan—tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda lemah, tidak bermaya dan ketika ini juga anda mudah dihinggapi penyakit —sakit perut, sakit tekak, selesema atau demam.
Kenapa ia berlaku? Apabila perasaan anda tertekan berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah, mudah baginya dihinggapi penyakit. Jika dikata penyakit itu datang macam ribut, pergi umpama semut, perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan doktor anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil.
Sungguhpun banyak sebab tegangan dikaitkan tuntutan dan tekanan hidup, ada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, raguragu, risau dan murung, ia juga meninggalkan kesan pada tubuh badan. Tegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.
Sifat Fizikal ketika dibawah Tekanan:
- Sistem saraf simpatetik, salah satu daripada dua cabang utama sistem sar f automatik, menggerakkan kimia yang menyusun rembesan hormon.
- Kelenjar pituari (di bawah otak) mengeluarkan hormon biasa ACTH ormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah.
- Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal yang terletak di atas buah ping'&ng, ia membentuk satu tindakan lalu n empergiat pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpulhormon dipanggil corticoids. Kumpulan hormon ini menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang.
- Aliran darah—sistem perhubungan dan pengangkutan am bagi tubuh imembawa kimia tekanan kepada setiap sel walaupun jauh kedudukannya, dalam tempoh lapan saat.
- Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui prat saraf. Kesannya sistem saraf simpatetik yang giat:
- Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah. Pada waktu sama arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jarijari fangan dan kaki sejuk.
- Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan otot lebih cekap dan cepat.
- Hati menukar glikogen yang tersimpan dalam bentuk glukosa yang diperlukan dengan banyak oleh otot dan otak.
- Pemafasan deras dan berat, menmgkatkan oksigen dalam darah supaya otot dan otak dapat membakar glukosa dengan berkesan.
- Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.
- Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjqas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.
- Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerbu ke kepala. Ini membolehkan pengawalan kesedaran optimum tindakan tubuh badan. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.
- Pendengaran menjadi tajam.
- Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif.
- Agen pembekuan meningkat pemekatan darah.
Jumaat, 24 Disember 2010
Jom semak Fakta Tentang Diriku!!
- Seorang yang teramat kuat elegi pada: Seafood,Habuk,Hujan,Ikan2 tertentu, Daging Lembu sehingga menjadikan aku seorang yang begitu cerewet dalam pemakanan.
- Suka tidur awal, biasa tepat pada jam 1Omalam dah ZzZzZzZzZzZz...
- Adik aku kata aku tidur macam mayat, xbergerak!! -fakta @ auta-
- Gila kan warna PURPLE!! Bagi je apa2 kaler purple memang jadi barang keutamaan akulah.
- Kuat berangan a.k.a BLURR..
- Karaoke almost 24hours.. even tengah time sedih ke, gembira ke, takde mood ker.. sama jer..
- Boleh dikira pendiam,peramah,panas baran,dan pendendam.
- Tipu aku, xbayar hutang aku, aku tak berapa kisah, tapi mungkir janji dengan aku.. Hah SIAP KO!!! Silent Treatment sampai bertahun2lah jawapannya!!
- Handyman, semua kerja boleh buat, bagi je task dan dateline sure SIAP on time!
- Pemurah bab2 duit sebab tu ramai orang hutang dengan aku - takde riba..
- Suka melancong, teringin nak pergi TOKYO!! Tapi lepas dari pergi MEKAH lah..
- Suka sangat2 suasana sunyi..........!! Aman je rasa hidup...
- Anak2 sedara takut kat aku, coz mata aku yang suka di jenggilkan kearah diaorang..
- KUYA.. aneh dan pelik tapi inilah nama gelaran aku bagi anak2 sedara aku..
- Kalau salah aku, aku admit dan diam, lau bukan salahku Hah!! tunggulah peluru penabur dariku!!
- Ramai kenalan tapi masih kurang kawan..FAHAM X??
- Aku ni lefthanded sebenarnya, main guitar, menukul or sesuatu yang bab2 memerlukan kekemasan pegangan memang sebelah kiri, tapi menulis righthanded plak.. Heran? Xyahlah..
- Dulu masa sekolah sangat tak pandai main football, pas SPM baru start main dan dah jadik kegilaan aku plak.
- Aku terror main takraw!! Bowling!!
- Novel and komik aku penuh satu almari tapi telah dijual oleh abang aku!! Sioot dia tak tahu sentimental value komik and novel tu!!
- Barang yang aku miliki sekarang ni semua hasil dari titik peluh aku sendiri, xde mintak dengan siapa2, macam motor, kereta (dah jual balik), laptop, TV,PS2, Speaker, dapur gas dan etc.
- Suka beli perfume tak kira yang perempuan ke lelaki, asalkan sedap pakai dan memang bakal habis dalam masa sebulan jer..
- Sepanjang zaman persekolahan aku dimaki,dicerca, diherdik oleh semua orang, tapi aku tak kisah sebab aku ada pegangan hidup; "Takkan mati dengan cacian; takkan hidup dengan pujian". So this is me!!
- Bab2 percintaan ni, aku memang menjauhkan diri sepanjang sekolah, pas sekolah baru lah ada makwe, lama jugak couple dalam 5 tahun tapi takde jodoh ada masalah antara family kitaorang then putus.. So sekarang ni tengah complicated sebab sidia (baru punyer) sorang ni masih belum bagi kata putus tentang perhubungan kami.. 5O-5Olah..
- Dari darjah satu sampai form 5 aku tak pernah ke tandas. Rehat pun boleh bilang berapa kali, sebab aku ni jenis penyendiri.
- Paling benci air milo yang dibuat dengan GULA!!! takkan ku minum punye!!
- Tak suke kawasan crowded a.k.a sesak!! boleh lemas!!
- Phobia dengan cicak!! Tolong jauhkan aku dari binatang ini!!
- Gula2 aku tak makan punye.. TIDAK SUKA!!
- Nombor telefon yang tak dikenali memang takkan aku layan.......
- Aku tak suka keluar rumah, tapi bila dah keluar, pagilah baru balik - tak pernah kene marah sebab MUMMY aku percaya dengan aku!! Anak diakan BAIK!!
- Roti makanan ruji a.k.a harian aku!!
- 2 Bahasa utama aku English dan Malay.. Bahasa sampingan aku Arabic and Chinese so kira terror jugaklah koz boleh menguasai 4 bahasa.
Jom Makan Satay!!!
Satay, bunyi perkataan ini memang simple dan sesimple makanannya jua. Sebut sahaja satay mesti yang ramai akan tertelan air liur, mana taknya satay memang salah satu juadah yang digilai ramai tak kiralah kecik ke besar, tua atau pun muda. Macam mana satay dibuat? Korang tahu ker? Kat sini aku nak share sikit cara aku membuat satay, bukan orang lain tapi aku sendiri. So, mungkin ada sikit perbezaan dari resipi korang kowt?
Rabu, 22 Disember 2010
Beli Burger!!!
Sabtu, 18 Disember 2010
Tag Untuk Noraida Radzi, Suria Sulong, & Mar Feeza
MtoAtoRtoFtoEtoEtoZtoA
Kau selalu meninggalkanku
Sehingga ku bederai
Ku kehilangan semua
Untuk kenangan
Demi menyatakan aku amat memerlukan kamu
Kau perlu melepaskannya
Kerana ku memahami
Walaupun mengharungi rintangan
Demi merungkai sebuah sumpahan
Kenapa pernah aku pernah melepaskan kau pergi
Mungkinkah ku bertahan tanpa dirimu
Tanpa merasakan perasaanku
Setelah ku mengetahui
Menangis aku tersedu
Menangis aku sendirian
Menangis aku tidak berdaya
Kerana ku tahu, tidak mungkin lagi ku menerima kasihmu
Menangis aku
Kerana kau tiada lagi disisiku
Menangis aku
Kerana keseorangan
Menangis aku tiada daya lagi
Kerana aku tahu, cintamu bukan lagi buatku
If you could see me now
You would know just how
How hard I try
Not to wonder why
If I could have you back tomorrow
If I could lose the pain and sorrow
I would do just anything
To make you see
You still love me
Jumaat, 17 Disember 2010
Question and Answer for my Prem!!!
A:Xyah tanya dah tahu dah, konpem macam Ashraf Muslim punyer.. hahahaha -dengan bangga-
A:G masuk hutan pastu sesat then nangis padahal hutan xlah besar sangat - secret nim..
A:caring, sweet mcam gula2, gila-gila, mmg amik berat sal kawan, open-minded person-jujur dari hati
A:stakat ni lau tgk ada 1 lah, lau nak marah SIAP KO... HAMEK ko... xleh lari dah!!!
A:Mungkin bulan 6 ni kowt... - ko bila plak??
A:saya??? Mesra Ceria...
A:Weh saper??? Hantooooooo!!!
A:You shut up!!-sambil angkat kening mcm ziana zain...
A:hajat di hati MEKAH!!!
A:Xmolah nnt mesti hilang TERUNA... DOSA2!!
A:Ke kedai sbb nak beli eskem POP.. Kita bagi dua nak x??? Ko sebelah aku sebelah..
Suria Sulong And Noraida Radzi - hamek Ko!!!
S:nama tadika anda / tahun bila
S:pertama kali anda jatuh cinta dan becinta / sila sebut nama pasangan anda
S:apa yg sdg anda lakukan skrg
S:lagu faberet anda masa kini
S:dgn siapa kali terakhir anda keluar
S:siapa kali terakhir anda text
S:kali terakhir anda menangis syahdu, mengapa
S:kali terakhir anda marah
S:siapa anda rasa nk tumbuk kl ade peluang, mengapa
S:benda yg membuatkan anda rasa cool giler
S:hadiah yg anda masih simpan hingga kini, berapa tahun, siapa hadiahkan
S:subjet yg plg susah masa zaman sekolah / kolej / universiti
S:dgn siapa anda kali terakhir anda b'ckp di telefon
S:msg siapa plg byk dlm inbox anda
S:warna baju yg anda pakai skrg
S:wallpaper ape yg anda gunakan di skrin laptop / destop anda, terang kan pasal gambar
Jurang Kasih dan Sayang
Rabu, 15 Disember 2010
Lapor2!!!
Ramadhani Kadir
Ermm...
Semalam tanggal 15.12.2O1O, pulangnya anakku Ramadhani Kadir ke Indonesia. Apa yang boleh aku katakan selamat pulang anak papa. Begitu banyak kenangan yang terukir antara kami berdua walaupun hanya sebentar cuma kita dapat bersama. Kisah pengenalan ku bermula ketika dhani dan rakan-rakannya datang ke Malaysia untuk menjalani latihan practikal di sebuah hotel di melaka, iaitu di tempat aku bekerja.
Menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang melaka bersama dengan guru pengiring mereka iaitu ibu Ferlinda, aku tidak langsung merasakan kekok untuk bermesra dengan mereka dek kerana aku juga mempunyai keturunan ke-indonesiaan dan boleh dikatakan aku agak fasih berbicara indonesia. Ini amat memudahkan bagi mereka untuk berinteraksi denganku. Mereka aku bawa menaiki Van ke Hotel dan diberi taklimat tentang tempat tinggal dan jadual harian mereka. Namun mereka terpaksa dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang akan tinggal di Headquaters dan kumpulan yang akan bekerja disampingku. Diawal pertemuan kami, aku sudah dapat merasakan yang ada "kimia" diantara kami namun aku cuba untuk tidak memilih kasih diantara mereka. Aku bertanya siapa yang mahu pulang mengikuti aku nanti, dan ternyata, Ramadhani Kadir, Rizki Kurniawan dan Frans William begitu bersungguh-sungguh untuk mengikutku pulang.
Semua berjalan lancar sehinggalah suatu hari aku terdengar tangisan kecil yang datang dari kamar mereka dan aku menjenguk, terlihat dhani sedang menyapu airmata, luluh hatiku melihat tangisannya, tanpa segan silu aku mendakapnya untuk menenangkan dia. Bertanya aku kepada dhani, kenapa menangis? Jawapannya "Ibu dhani nelepon tadi bang, kangen sama ibu..." Aku terus bertanya lagi papamu? "Udah lama bang, dhani gag ketemu papa dhani hampir 7 taun.." Kemana papa mu pergi dhani? "Lagi kerja di Malaysia bang, gag tahu dimana.." Kerja apa dhani??? "dulu papa saya askar tapi udah ke malaysia gag tau kerja ngapain.." Owh macamtu, Dhani, kalau ada masalah bagitahu ke abang, jangan malu2, abangni udah macam papa kamu semua.. abang yang akan menjaga kalian disini.. tanpa semena-mena dhani terus memelukku dengan erat sambil memanggil papa. Dari saat itulah aku terus menjadi akrab dengan mereka bahkan tanpa segan silu mereka memanggil aku papa.. Bahagia tak terkira saat itu namun bahagiaku selalu cuma sementara,akhirnya aku nekad untuk berhenti kerja dek kerana pergaduhan aku dengan manager, tanpa toleh ke belakang aku pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anakku.. Sampai di kampung berduyun duyun aku mendapat sms dari anak-anakku minta untuk kembali bersama mereka namun aku tidak berdaya, lebih meruntun hati apabila dhani menelefon aku sambil menangis, "Papa, sampai hati papa, pergi gag pamit!! Dhani udah kembali gag punya Papa lagi, dhani sayang bangat sama papa!!!" aku pun turut menangis.. tanpa bisa berkata apa-apa..........
Dan cukup tanggal 15.12.2O1O mereka terpaksa pulang, dan aku bahagia bila mengetahui yang mereka akan pulang dengan selamat dan dhani menghantar sms kepada ku "Papa, dhani udah mau pulang yach, kangen sama papa, kapan kita bisa bertemu lagi??".. dengan senyuman masih terukir dibibir aku menelefon dhani dan mengucapkan tahnia kerana berjaya menamatkan latihan. Kenangan kita akan kekal selamanya!!!
Jumaat, 10 Disember 2010
Sioot!!!
Namanya harus dirahsiakan namun aku ini telah menjadi tempat dia meluahkan perasaan zaman berzaman sudah. Namun setelah SPM aku terputus hubungan dengannya bukan kerna apa, beliau sudah mendirikan rumah tangga, jadi aku tak naklah nanti suaminya ada syak wasangka plak dengan perhubungan kitaorang sebab kita orang memang rapat giler!!!
tapi semalam aku dapat sms dari nombor yang tak dikenali, mula2 tu aku malas nak melayan tapi bila dia hantar sms kali kedua menyatakan namanya aku terus berdetik dihati mungkin dia ada masalah. Ternyata aku betul, dia ternyata memilih aku dari ibu bapanya untuk bercerita masalah dia. Aku terharu dengan pengakuan dier, sudah hampir 5 tahun aku tidak berhubungan namun hakikatnya dia masih mencari aku dan aku pula cuba melenyapkan diri dari kehidupan mereka..
Dulu aku cuba menghalang beliau dari melangsungkan perkahwinan kerna aku tak percaya yang dia akan berjaya, dan ternyata sekarang apa yang aku jangkakan hampir menjadi dan aku berdoa agar rumah tangganya selamat.. aku tak tahu nak duduk di pihak yang mana, kerna aku masih belum mendengar dari kedua belah pihak lagi tapi aku yakin apa yang aku nasihatkan hanyalah untuk kebaikkan kedua anak mereka yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang kedua orang tuanya.
buat insan yang aku amat amik berat ni, aku harap kau tabah dalam melayari bahtera kehidupan yang telah kau pilih, dan jangan lupa aku masih berdiri kukuh dibelakang kau untuk memberikan segala apa yang kau perlukan!! percayalah antara kita takkan ada apa2 yang boleh rosakkan persahabatan kita hanya maut!!! insyaAllah..
sama2lah kita berdoa agar perkahwinannya bertahan hingga keakhirnya!!!! amin!!!
Rabu, 8 Disember 2010
Aku xboh MATI!!
aku xboh mati minit ini..
aku xboh mati detik ini..
aku xboh mati jam ini..
aku xboh mati bulan ini..
aku xboh mati tahun ini..
aku xboh mati tinggalkan beban di bahu mak & abah ku..
aku xboh mati tinggakan dosa di bahu mak & abah ku..
aku xboh mati tinggalkan tanggungjawap sebagai anak..
aku xboh mati tinggalkan tanggungjawap sebagai abang..
aku xboh mati sebagai seorg yg kalah..
ku xboh mati sebagai insan yg rugi..
biar la aku dapat buktikan dahulu yg aku blh membanggakan mak & abah..
bukan membanggakan di mata org ramai & bukan juga membanggakan di mata dunia..
cukuplah membanggakan mak & abah..
tapi andai saat ini aku menghembuskan nafas yg terakhir,
anak mu ini memohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..
halalkan makan minum selama ini..
maafkan anak mu ini jgk kerana tidak dapat membanggakan mak & abah..
Selasa, 7 Disember 2010
Musuh ketat = Kawan baik
Aku dipertemukan dengan mereka ini sewaktu aku berada di tingkatan 1 oleh sepupu aku yang merupakan kawan baik kepada Mohammad Sabri Abdullah, atau sinonim aku panggil byte atau noott. Aku sebenarnya amatlah tidak suka bergaul dengan insan lain namun dek kerana aku selalu mengikut sepupu aku kemana dia pergi aku jadi terserasi dengan dia. macam2 aku lakukan dengan noott, sepanjang 2 tahun aku kenal memang selalu disulami dengan pergaduhan mana taknya aku kan jenis pantang beralah, dan dia plak jenis yang dengar jer, so fight kitaorang taklah lama sangat paling lama pun cuma 3 bulan tak bertegur sapa, next reach next level form 3 kalau tak silap, aku mula berkenalan dengan si arif yaacob nickname binatang comel atau arif jelly, kami bertiga dah macam adik beradik asyik bersama jer. dari seorang yag tak keluar rumah aku kini menjadi pengunjung pantai di tengah malam secara tetap dengan mereka berdua. tempat tuisyen pun samer jer, tapi yang lucunya aku, noott and jelly tak sama kelas, tapi boleh last until sekarang friendship kitaorang.
aku selalu jer menimbulkan masalah pada diaorang sebab bagi aku diaorang tu sebenarnya musuh aku dalam apa jua perkara, apa yang kitaorang lakukan aku mesti nak dapat lebih dan terbaik, sampailah saat kitaorang bergaduh fasal satu perkara ni, kira memang besar punya isulah ni (hanya mereka yang tahu)berbulan2 jugak aku jadik lone ranger time tu tapi aku tak kisah, tapi yang aku lucu, mereka berdua ni asyik hantar surat apologize, sedang aku yang bersalah, aku just ignore jer until we'all face to face then perkara tu pun settle. Perhubungan kami pun makin akrab bila selalu jer melepak kat umah mereka dan aku sampai family mereka dah jadik macam family aku dan sebaliknya (agaknyalah bagi mereka kowt). Sampai waktu SPM aku mendapat result yang paling ok diantara kami dan melanjutkan pelajaran ke UIAM, saat itu aku terasa yang persahabatan kami bakal akan goyah, Noott ke Form 6, dan Jelly ke POLITEKNIK KOTA, namun masa tidak pernah memutuskan perhubungan kami pantang ada cuti aku akan pulang bertemu mereka, kadang2 tanpa Jelly.
Tamat tempoh pengajian aku, aku pulang bekerja di dungun dan merasakan untuk tidak menyambung lagi pengajian ku, time tu noott dah bekerja gitu jugak Jelly, namun aku berusaha agar kami bekerja bawah satu bumbung dan akhirnya aku just berjaya memujuk Noott untuk bekerja dibawah satu bumbung. Saat itu perhubungan aku dan mereka semakin renggang, tak tahu dimana silapnya atau mungkin mereka dah bertemu dengan kawan yang lebih baik dari aku kowt? aku just bersabar, then aku berhenti kerja bersama2 namun just aku sahaja yang menuju ke melaka dan Nott kekal di dungun, saat itu aku dah nekad yang aku tak nak putuskan perhubungan dengan mereka. hampir 3 bulan aku dimelaka aku merasakan kesepian dan kosong hidup aku, akhirnya aku putuskan untuk pulang sahaja, namun apa yang aku dapat disini adalah kesibukkan mereka dengan hal mereka, dan kawan baru mereka, Jelly semakin berjaya setelah mendapat pekerjaan yang bagus, Noott semakin happy dengan kawan dia, namun aku??????? mungkin memang takdir aku macamni kowt? aku redha, setiap hari aku menunggu sms dan panggilan dari mereka untuk mengajak keluar minum, namun hampa, mungkin telah melupakan aku, hari ini, esok ataupun selamanya...
namun bagi aku mereka adalah kawan yang terbaik dan merangkap musuh aku yang akan aku kekalkan dalam hatiku hari ini, esok dan selamanya. Buat Mohammad Sabri Abdullah & Arif Yaacob, aku begitu bangga pernah berteman dengan kalian, walaupun aku sudah jauh dari ingatan kamu, namun kalian tetap dekat dalam hati aku dan aku berdoa agar kamu semua akan mendapat perkara yang terbaik dalam hidup... InsyaAllah... dari temanmu yang di kejauhan.........