Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Sabtu, 19 Jun 2010

Terasa Nikmat Dalam Pekerjaan

Hurm..
3 Hari lepas memang antara hari yang paling memenatkan aku dalam sepanjang tempoh aku bekerja. Mana taknya semua kerja aku kene buat disebabkan oleh ramai staff yang bercuti so, terpaksalah aku cover semua kerja2 mereka dan termasuk kerja aku sendiri yang sudah banyak lagi bertimbun.

Yang jadi menyusahkan aku lagi adalah kerana aku telah berpindah rumah yang agak baharu cuma masih dalam keadaan 40% ready untuk diduduki. Selebihnya terpaksa aku pejam mata dan butakan hati untuk membersihkan di sebabkan terlampu-busy. Setiap hari bekejar kesana kesini, dengan perjalanan yang berulang kali dan agak jauh dan ini meletihkan aku.. Namun di sebalik keletihan itu aku terasa nikmat bekerja kerana kerja sememangnya memerlukan kudrat kita.. Dan yang paling lucu apabila orang melaka sendiri boleh sesat di melaka. Pecah berderai aku ketawa tatkala aku dan abang faredh sesat di melaka sedangkan abang faredh sendiri sudah hampir 5 tahun disini dan selok belok jalan disini sudah diingatinya. Namun dek pemanduan yang konfident yang di tunjukkan dari aku dia terus membiarkan aku membawa van.. Anehnya dia tidak sedikit pun menunjukkan reaksi yang bahwa kami sedang sesat malah senyuman masih jelas terpancar dari bibirnya..Lucu.. selepas menyedari kami telah sesat kami sama2 menjerit memarahi sesama sendiri.. Ya Allah ini juga pengalaman berharga aku di tempat orang.. Memang akan menjadi ingatan aku sepanjang aku berada di sini..

Hurm.. Hari ini sekali lagi aku akan merasakan kepenatan kerana hari ini aku ingin menjalankan lagi kesemua tugas mereka supaya aku dapat membuktikan yang aku adalah seorang PEKERJA yang UNGGUL dimata mereka semua.. InsyaAllah.. Huhuhuhu.. Peace!!!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

kadang2 cm workaholic je....