Salam...
Dikejutkan dengan deringan telefon bimbit di pagi membuatkan aku menjadi malas untuk bangkit dari lenaku.. Namun aku gagahi bangkit dari tidurku dan mengejutkan Abang Faredh supaya beliau dapat memulakan tugasnya. Namun ini bukan masa bagi aku untuk memulakan tugas aku.. So dari aku tidak berbuat apa-apa lebih baik aku menyambung tidurku supaya badan aku dapat merehatkan diri aku yang agak letih semalam.
Terbuai dek mimpi yang indah aku dikejutkan oleh sinaran matahari yang sudah membasahi ruangan kamar tidurku. Namun kehangatannya tidak pernah aku rasai kerana kamar aku telah dipenuhi dengan wap wap kesejukkan akibat putaran angin sejuk dari kipas dan aircond. Perasaan begitu malas telah merayap ke jiwa aku ketika itu. COba menghalang dari terus merajai diri aku, aku terus bangkit dan terus ke kamar mandi. Bermandikan dengan pancuran air panas mmebuatkan tubuh badan dan jiwa terus menjadi segar, sesegar kuntuman bunga yang mulai kembang.
Masa yang terluang dikamar mandi itu terlalu lama bagi aku sehinggakan secara sedarnya jam telah pun menghampiri 12.30 tengah hari.. Fuh.. memang terlampau lama.. hampir ke dua jam aku dibuai oleh pancuran air panas yang begitu mengasyikkan. Berseiap ke tempat kerja dengan hati yang penuh kuntuman senyuman. Namun dibatasi dengan kelaparan aku enggan memulakan tugas aku.
0 comments:
Catat Ulasan