Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Jumaat, 25 Jun 2010

F.Y.I

Dugaan demi dugaan aku tempuhi disini dan ini menyedarkan aku akan makna berdikari. Bayangkanlah mula-mula aku datang ke Melaka cuma berbekalkan RM 20.00 dek kerana masih belum tidak dapat gaji (Gaji disekat oleh HR &^$^$&^%$). Namun sekarang aku lebih berbangga kerana sudah mendapat berlipat kali ganda dari gaji lama. Alhamdulillah..

Waktu duit tersebut di tangan aku, aku mula memikirkan pelbagai igauan aku namun yang paling aku turuti ialah Big Apple's Donuts. Aku memang seorang maniac dengan DONUT!!! Memang nak makan jer keje aku bila tengok donut. Apa lagi pergi satu dozen + mini donut 18 biji!!! Makan dan makan itu sahaja apa yang aku buat sepanjang hari dengan donut tersebut. Bukan main banyak lagi aku makan. Semalam aku ada ke Poliklinik Ayer Keroh buat medical check-up dan hasil nothing sangat but ada dua perkara yang membimbangkan aku hasil dari medical check-up tu. 1st tekanan darah aku sangat rendah (mungkin disebabkan aku trauma dengan hospital or etc) dan sememangya aku menghidap tekanan darah rendah dan 2ndly berita paling buruk aku terima!!! berat badan aku semakin menaik!!! 5.02kg naik!!! berderau darah aku tengok angka kat meter tu tak berhenti!!! Aku dah semakin gemuk!!!

Aku tak nak gemuk!! So aku start to plan nak diet nasi (kabohidrat) supaya kurang sikit berat aku. Masuk hari dah hari ketiga aku tak makan nasi dan aku tak sabar nak pergi check berat aku!! Harap turun 10kg!!! hahahaha!!!

0 comments: