Salam...
Semenjak aku telah berjauhan dari keluarga aku main terasa kosong dalam hati.. Rutin harian aku telah berubah dari A-Z.. Segalanya tidak sama seperti dahulu... Aku cuba ingin melupakan segalanya dan ingin membuktikan kepada keluarga aku akan aku berjaya membuat mereka berbangga dengan aku. Namun kadang-kadang aku merasakan seolah-olah satu perasaan yang aneh setiap aku teringatkan keluarga aku. Mungkin aku jarang berjauhan dengan mereka namun aku ingin mencuba setakat mana yang aku mampu.. Salahkah aku berjauhan dengan mereka demi masa depan ku dan masa depan mereka juga.. Aku tidak pernah mengharapkan mereka memahami keputusanku namun cukuplah sekadar mereka merelai kehidupan aku disini.
Aku merasakan kehadiran aku disini amatlah dialu-alukan, tidak pernah aku begitu mesra dengan mereka yang berada disekelilingku dengan sekelip mata. Aneh tapi itulah hakikatnya, seolah-olah aku telah lama mengenali mereka semua.. Mulanya kehadiran aku disini ternyata amatlah tidak seperti anggapan aku namun aku terus berusaha untuk tidak berpatah semangat untuk meneruskannya. "Alah bisa tegal biasa", aku dahulu pun sudah pernah berjauhan dengan keluarga tatkala meneruskan pengajian aku di IPTA, namun kenapa perasaan aku berbeza tika ini... Saat menaiki bas ke sini hatiku melonjak kegembiraan namun menjejakkan kaki ke bumi melaka hati ku terus berubah, terlampau mahu berada di zon selamat aku.. Kuatkan hati.. Akhirnya aku telah berjaya menakluki perasaan itu dengan kemesraan orang-orang disekeliling ku.. Ya Allah semoga KAU tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus berjuang disini.
Jika ternyata rezeki aku disini kau peliharakanlah hambaMu ini dengan sewajarnya.
0 comments:
Catat Ulasan