Mengukir Senyuman Bersama..
- zachosmee
- Dungun, Terengganu, Malaysia
- Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!
Memaparkan catatan dengan label My Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Life. Papar semua catatan
Selasa, 8 Jun 2010
Aku Rindu Sayang Kamu..
Mengapa tatkala aku ingin beradu Tuhan akan menghadiahkan aku dengan wajah-wajah insan yang aku sayangi? Adakah aku merindui mereka atau mereka yang merindui aku? Berbaloikah aku dirindui sedangkan ketika aku wujud dihadapan mereka, aku langsung tidak menunjukkan yang aku begitu menghargai mereka. Maklumlah aku pada dasarnya ini adalah seorang yang pendiamdan teramat keseorangan. Aku jarang keluar dari bilik malah untuk berinteraksi diantara ahli keluarga pun aku amat susah apa lagi dengan mak ayah. Biasanya mereka akan memulakan dahulu pertanyaan dan akan dijawab oleh aku seringkas yang mungkin. Ayah aku selalu menegur aku “Tanya sepatah, jawab sepatah”. Nak buat macam mana itulah hakikatnya aku dimana diluarnya akan nampak segala keriangan. Malah aku pernah dianugerahkan sebagai student “termurai” disekolah, berbezakan personaliti aku. Aku sebenarnya seorang yang amat suka pada kedamaian dan seboleh-bolehnya ingin mengelakkan dari sebarang perhubungan dengan semua orang. Namun begitu terdapat beberapa orang-orang yang begitu penting dalam hidup aku sekarang ini selain dari keluarga aku sendiri. Kehadiran mereka sebenarnya mewarnai kehidupan aku sepanjang aku mengenali mereka. Begitu banyak mereka merubah nilai hidup aku dari kekosongan kepada penuh dengan nilai kasih sayang. Begitu kagum aku dengan mereka, walaupun bukan dari darah daging aku sendiri mereka tetap mencurahkan kasih saying mereka terhadap aku. Wah, sekarang aku adalah insan yang paling beruntung dalam dunia, mendapat kasih sayang percuma dari insan-insan yang begitu bermakna dalam hidup aku. Ya Allah aku begitu berterima kasih kepada Engkau kerana telah menemukan aku dengan insan-insan yang begitu prihatin terhadap aku. Ingin juga aku berterima kasih kepada Mohd Abi Bukri Zakaria, Suriya Kamaruddin, Al-Bakri, Mohd Izzul Faiz, Mohd Muiz, Nor Jannah, Syuhada, Mohd Arif Yaacob, Mohammad Sabri Abdullah, dan terutama kepada Marhafiza. Terima kasih kalian kerana sudi menerima aku walaupun aku bukanlah insan yang boleh dikatakan yang terbaik namun aku ingin mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk korang semua. Semoga perjalanan kita bersama tidak akan berhenti disini dan tidak akan sesekali menemui nokhtah penghujungnya. Andai ada kesilapan aku bersamamu MAAFKANLAH kerana aku hanya seorang insan yang tidak pernah sempurna dan penuh dengan kekhilafan.
Sabtu, 5 Jun 2010
New Chapter Of My Life
Salam...
Semenjak aku telah berjauhan dari keluarga aku main terasa kosong dalam hati.. Rutin harian aku telah berubah dari A-Z.. Segalanya tidak sama seperti dahulu... Aku cuba ingin melupakan segalanya dan ingin membuktikan kepada keluarga aku akan aku berjaya membuat mereka berbangga dengan aku. Namun kadang-kadang aku merasakan seolah-olah satu perasaan yang aneh setiap aku teringatkan keluarga aku. Mungkin aku jarang berjauhan dengan mereka namun aku ingin mencuba setakat mana yang aku mampu.. Salahkah aku berjauhan dengan mereka demi masa depan ku dan masa depan mereka juga.. Aku tidak pernah mengharapkan mereka memahami keputusanku namun cukuplah sekadar mereka merelai kehidupan aku disini.
Aku merasakan kehadiran aku disini amatlah dialu-alukan, tidak pernah aku begitu mesra dengan mereka yang berada disekelilingku dengan sekelip mata. Aneh tapi itulah hakikatnya, seolah-olah aku telah lama mengenali mereka semua.. Mulanya kehadiran aku disini ternyata amatlah tidak seperti anggapan aku namun aku terus berusaha untuk tidak berpatah semangat untuk meneruskannya. "Alah bisa tegal biasa", aku dahulu pun sudah pernah berjauhan dengan keluarga tatkala meneruskan pengajian aku di IPTA, namun kenapa perasaan aku berbeza tika ini... Saat menaiki bas ke sini hatiku melonjak kegembiraan namun menjejakkan kaki ke bumi melaka hati ku terus berubah, terlampau mahu berada di zon selamat aku.. Kuatkan hati.. Akhirnya aku telah berjaya menakluki perasaan itu dengan kemesraan orang-orang disekeliling ku.. Ya Allah semoga KAU tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus berjuang disini.
Jika ternyata rezeki aku disini kau peliharakanlah hambaMu ini dengan sewajarnya.

Langgan:
Catatan (Atom)