Semalam sewaktu nak tidur aku dah beberapa kali merasakan sesuatu yang tidak enak akan berlaku.. Terasa diri ini akan dikejutkan oleh sesuatu yang mungkin diluar jangkaan aku. Dalam lena ditidurku, aku merasakan seolah-olah diri ku betul betul wujud dalam situasi itu. Separa sedar, aku sedang memandu kereta ingin pulang ke Terengganu keseorangan, di dalam hati ingin berjumpa kedua orang tua ku yang sudah lama aku tidak bersua muka, hasrat di hati ingin mengejutkan mereka. Namun seketika aku memandu aku menerima sms dari teman aku lalu aku memberhentikan kereta di tepi jalan yang agak suram dan gelap, aku terus memhubunginya dan untuk seberapa ketika kami berbual. Tatkala aku ingin meneruskan perjalanan aku, setitis air jatuh ke mata yang entah dari mana datangnya, bingung aku memikirkan tentang kehadiran air itu namun aku membiarkan sahaja, sewaktu aku ingin menyusur ke simpang, sebuah lori minyak memintas aku dan kelihatan pemandu lori tersebut senyum terhadap aku.
Aku teruskan perjalanan ku dengan hati yang begitu melonjak kegembiraan, tergambar wajah kegembiraan keluarga aku dengan kepulangan aku yang mengejut. Sedang khayal memandu yang diiringi lagu aku akhirnya dilanggar oleh lori yang baru seketika aku temui tadi, badan ku hancur lerai, angoota badan bersepah di jalan, hayatku berakhir disitu juga. Namun aku dibangkitkan sebagai roh dan pulang memerhati kejadian itu, saat anggota badan aku dikutip dari jalan aku terasa dipegang oleh tangan-tangan anggota polis, mereka seolah tidak percaya dengan kejadian tersebut manakan tidak tiada pun kenderaan yang melanggar aku disitu. Aku dibungkus kedalam plastik hitam dan dibawa ke hospital. Saat memasuki hospital telefon aku berdering dan ternyata itu adalah panggilan dari adik kesayangan aku yang ingin berbual dengan aku, namun panggilan itu dijawab oleh anggota polis dan menyatakan aku sudah "tiada lagi". Saat itu berderai air mata aku mengenangkan betapa sedihnya adik aku, dan berita ini sampai ke pengetahuan ibu dan ayah aku. Mereka begitu terkejut dan keluarga aku diselubungi tangisan dan raungan meratap pemergian aku dari dunia fana ini.
Jenazah aku dibawa ke rumah aku dan ternyata orang yang paling sedih adalah ibuku kerana melihat keadaan jenazah yang begitu memeritkan hatinya untuk melihat. Sekilas aku dapat menatap wajah ibu ku seolah olah masih belum meredhai pemergian aku, namun digagahi ibuku untuk memegang wajahku yang sudah tidak lagi terletak. Berita kematianku telah tersebar dikalangan seluruh rakan rakan aku dan ternyata mereka juga tidak percaya dengan ketiadaan aku lagi. Aku dimandi dan disembahyangkan di rumah aku, saat aku dikafan itu terdengar seribu raungan dan tangisan yang meratapi pemergian aku kedunia barzakh dan tidak mungkin akan kembali lagi. Akhirnya aku dibawa ke tanah perkuburan dan saat aku di ingin disemadikan aku terdengar suatu suara yang amat gempita seluruh alam!! Akhirnya aku terbangkit dari lenaku dan baru aku sedar bahawa aku terbuai oleh mimpi!! Sewaktu sekarang sekalipun aku masih mengingati mimpi itu dengan jelas dan masih terasa kesedihan ibu bapa aku!! Aku sekarang meitiskan air mata saat sedang menulis blog ini, dan diharap perkara ini tidak akan berlaku sama sekali.... Sedihnyer!!!!!
0 comments:
Catat Ulasan