Salam,
Alhamdulillah sudah hampir sebulan aku bekerja di Melaka, dan keadaan semakin baik dan semangat untuk bekerja dalam diriku juga semakin bertambah. Cuma kebelakangan ini aku terlalu di himpit pelbagai situasi yang kurang menyenangkan aku. Sedih bagi diri aku sendiri namun bagi aku setiap pekerjaan harus ada pengorbanannya sendiri. begitu juga dalam pekerjaan aku, dalam usaha aku untuk meniti ruang kerjaya aku, aku harus memegang hampir lima jawatan dalam satu-satu masa.. Satu bebanan yang perlu aku pikul dan itu memang menjadi tanggungjawab aku supaya semuanya berjalan dengan keadaan yang sebaiknya.
Namun disebalik segala yang ingin aku lakukan masih belum dapat memuaskan hati semua orang. Contohnya hari ini sudah masuk hari yang ketiga untuk aku menyiap satu " Event Order" (mereka yang bergelumang dalam bidang perhotelan pasti arif). Berbundle2 kertas terpaksa aku guna demi menyiapkan satu event order, namun setiap kali aku mengikut arahan setiap kali itulah aku terpaksa untuk merubanya kembali, ini kerana setiap arahan yang diberikan memang tidak pernah lengkap dan sering kali berubah. Apa yang aku boleh katakan cuma sakit hati... Namun bagi aku itu semua hanyalah di bibir tidak pernah terlintas dihati untuk tidak sesekali mengendahkan sebarang arahan dari orang atasan.
Hari sekali lagi aku dikejutkan oleh satu berita yang agak mengejutkan aku, mana taknya sudah hampir empat tahun aku berjaya memboloskan diri dari PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) namun sekarang aku telah dipanggil untuk menjalani latihan tersebut di kem cheneh kemaman. Hati begitu melonjak gembira untuk kesana namun tergambar juga sedikit keresahan di dalam hati, kerana sekarang aku baru sahaja memulakan kerja aku disini dan aku terpaksa mengambil cuti selama 3 bulan tanpa gaji untuk menghadiri latihan tersebut. Boss aku sedaya upaya akan berusaha untuk mendapatkan pengesahan doktor untuk membolehkan aku tidak dapat menjalani kem tersebut. Harap ianya berjaya. Dulu aku terpilih namun terpaksa di tangguhkan dek kerana aku ingin meneruskan pelajaran aku dan sekarang aku sekali lagi memaksa diri untuk menyahut kembali panggilan dari kerajaan.
Aku sekarang sudah hampir tidak lagi mengenali diri aku lagi. Siapakah aku? Sampai bila aku harus berterusan sebegini? Ya Allah Kau mudahkan perjalanan hidup aku dan jauhi aku dari segala sengsara dunia yang tidak sesekali pun aku ingin merasainya.
1 comments:
cmne..dh dpt kepastian lum??g atau x PLKN 2?
Catat Ulasan