Demam Lagenda Budak Setan sedang melanda di Malaysia. Sebuah karya novel dari Ahadiat Akashah yang diterbitkan pada tahun 1986(kalau tak silap) namun baru sekarang diterjemahkan kepada filem. Apa yang hebat sangat tentang cerita ini? Mungkinkah setanding dengan cerita Ali Setan lakonan Ogy Ahmad Daud? Bagaimana garapan pengarah terhadap cerita ini?
Semua persoalan ini membuatkan aku pun turut menonton cerita ini. Macam mana aku nak mulakan nukilan aku terhadap cerita ini. Mengikut tajuk cerita sepatutnya memang boleh dikategorikan sebagai filem terulung 2010 namun segalanya bertukar menjadi satu persoalan apabila tayangan bermual. Mula diperkenalkan dengan watak Akshah(Farid Kamil)sebagai budak setan di sebuah IPTS/IPTA. Kebersanan farid membawa watak memang tidak dapat disangkal dengan perangai yang amat menimbulkan perasaan benci terhadap watak tersebut. Kemudian muncul pula watak Ayu (Lisa Surhani), dengan wajah yang cukup pakej ayu begitu hidup dalam wataknya yang tersendiri. Berbanding dengan farid kamil, lisa cuma muncul dipermulaan filem sahaja kerana akhirnya watak ayu dilakonkan oleh seorang pelakon wanita yang lain. Ini adalah kerana Ayu telah terlibat dalam kemalangan dan mengubah wajahnya secara total(logik akal ker). Bermula dari titik ini filem ini menjadi semakin suram dan layu dek kerana plot-plotnya tidak dapat dikembangkan dengan baik dan ditambah dengan kekayuan lakonan Ayu. Semakin ke penghujung, adunan bunyinyer semakin bercelaru. Bunyi gagak ketika Akashah mendapat tahu tentang perkahwinan Ayu dengan Azmi (perlukah bunyian sedemikian) dengan out of no where GAGAK ini muncul.. Bunyi monyet ketika membawa Ayu pulang dari hospital walaupun kawasan rumah Ayu nampak seperti hutan namun perlukah runut sedemikian dimasukkan? Tangisan baby(anak Ayu) dengan shoot baby dalam keadaan tidur, wajarkah? Perkara2 ini menambahkan lagi kekeliruan dalam plot cerita. Tidak lupa isu gay yang ditimbulkan di penghujung cerita, motivenya? Apakah semua ini dipandang enteng oleh pengarah? atau memang sengaja dimasukkan?
Apa yang boleh dibanggakan dalam filem ini adalah kebersanan Que Haidar melakonkan watak Azmi. Hidup!! Itu sahaja apa yang boleh diperkatakan. Namun menjadi persoalan yang besar bagi adalah dimanakah SETANnya dalam cerita ini? Terlampau lemah dan mendatar garapan yang dihasilkan oleh pengarahnya. Mungkin nukilan hati saya tidak sama dengan mereka yang mengatakan cerita ini bagus, namun bagi cerita ini cuma BOLEH LA....
Hope In Future,
Cerita yang menarik,
Di kembangkan dengan cara yang paling baik,
Supaya tak membazir beli tiket,
untuk menyokong industri tempatan...
Sekian..
0 comments:
Catat Ulasan