Mengukir Senyuman Bersama..
- zachosmee
- Dungun, Terengganu, Malaysia
- Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!
Rabu, 30 Jun 2010
Penuh Kedukaan..
Hurm... Hari ini mata aku bengkak, sebab dah 24 jam aku tak tidur.. mana taknyer bola sepak punyer pasal sanggup bersengkang mata untuk menonton.. dah lah kerja jam 6 pagi tapi still nak menonton.. Minat sangat kat Portugal kan.. Tunggu perlawananya dah lah jam 2.30 pagi.. Nonton punyer nonton last hati aku berkecai mana taknyer pasukan sandaran aku tersungkur seolah olah kalah sebelum berjuang.. Nak2 CR tu.. seolah olah macam malas nak bermain.. maki hamun sepanjang pagi aku tatkala menonton perlawanan tersebut. Teman menonton juga, tapi TV yang menonton dier plak.. Siap berdengkur lagi.. Apa apa ajalah tapi memang aku tak puas hati lau ikutkan hati nak jer aku bunuh CR tu tapi nasib baik dier duduk jauh dari aku.. Tapi kalau aku ingatkan kembali hari semalam aku ketawa sorang2.. pas balik keje jer aku terus balik rumah.. tup budak budak pulak ajak keluar pergi mandi kolam.. ingatkan just nak temankan dia orang tapi dengan aku aku sekali mandi malam tersebut. syok juga aku mandi malam tu mana taknya dah hampir satu bulan tak berenang.. wahahaha.. balik umah aku berlakon jadik hantu pulak menakutkan budak2 ini.. kecut perut semuanya.. hantu berkelubung putih.. mengetuk ngetuk tingkap bilik mereka dan berada di segenap penujuru rumah.. lawak2.. ketawa aku sorang sorang.. dah habis jadi hantu aku masuk bilik budak2 trainee dengar diaorang bercerita tapi malam tu aku gelak sampai pecah perut terburai isi perut aku ketawa.. ada ke patut tanda ini " di bilang kutip-kutip... tak tahan aku aku ketawa hampir setengah jam.. tegang siot urat perut aku.. hurm.. tapi bila time nak pergi kerja bukan main mengantuk lagi mata namun aku gagahi juga untuk ke kerja... dan alhamdulillah sampai sekarang aku masih berjaya TIDAK TIDUR... nak masuk lagi 12 jam tambahan ini.. hahaha.. dah kene insomnia nieyh.. lantaklah yang penting aku happy!!! huahuahaua~ ahaks~
Isnin, 28 Jun 2010
Mimpi Yang Menakutkan!!
Semalam sewaktu nak tidur aku dah beberapa kali merasakan sesuatu yang tidak enak akan berlaku.. Terasa diri ini akan dikejutkan oleh sesuatu yang mungkin diluar jangkaan aku. Dalam lena ditidurku, aku merasakan seolah-olah diri ku betul betul wujud dalam situasi itu. Separa sedar, aku sedang memandu kereta ingin pulang ke Terengganu keseorangan, di dalam hati ingin berjumpa kedua orang tua ku yang sudah lama aku tidak bersua muka, hasrat di hati ingin mengejutkan mereka. Namun seketika aku memandu aku menerima sms dari teman aku lalu aku memberhentikan kereta di tepi jalan yang agak suram dan gelap, aku terus memhubunginya dan untuk seberapa ketika kami berbual. Tatkala aku ingin meneruskan perjalanan aku, setitis air jatuh ke mata yang entah dari mana datangnya, bingung aku memikirkan tentang kehadiran air itu namun aku membiarkan sahaja, sewaktu aku ingin menyusur ke simpang, sebuah lori minyak memintas aku dan kelihatan pemandu lori tersebut senyum terhadap aku.
Aku teruskan perjalanan ku dengan hati yang begitu melonjak kegembiraan, tergambar wajah kegembiraan keluarga aku dengan kepulangan aku yang mengejut. Sedang khayal memandu yang diiringi lagu aku akhirnya dilanggar oleh lori yang baru seketika aku temui tadi, badan ku hancur lerai, angoota badan bersepah di jalan, hayatku berakhir disitu juga. Namun aku dibangkitkan sebagai roh dan pulang memerhati kejadian itu, saat anggota badan aku dikutip dari jalan aku terasa dipegang oleh tangan-tangan anggota polis, mereka seolah tidak percaya dengan kejadian tersebut manakan tidak tiada pun kenderaan yang melanggar aku disitu. Aku dibungkus kedalam plastik hitam dan dibawa ke hospital. Saat memasuki hospital telefon aku berdering dan ternyata itu adalah panggilan dari adik kesayangan aku yang ingin berbual dengan aku, namun panggilan itu dijawab oleh anggota polis dan menyatakan aku sudah "tiada lagi". Saat itu berderai air mata aku mengenangkan betapa sedihnya adik aku, dan berita ini sampai ke pengetahuan ibu dan ayah aku. Mereka begitu terkejut dan keluarga aku diselubungi tangisan dan raungan meratap pemergian aku dari dunia fana ini.
Jenazah aku dibawa ke rumah aku dan ternyata orang yang paling sedih adalah ibuku kerana melihat keadaan jenazah yang begitu memeritkan hatinya untuk melihat. Sekilas aku dapat menatap wajah ibu ku seolah olah masih belum meredhai pemergian aku, namun digagahi ibuku untuk memegang wajahku yang sudah tidak lagi terletak. Berita kematianku telah tersebar dikalangan seluruh rakan rakan aku dan ternyata mereka juga tidak percaya dengan ketiadaan aku lagi. Aku dimandi dan disembahyangkan di rumah aku, saat aku dikafan itu terdengar seribu raungan dan tangisan yang meratapi pemergian aku kedunia barzakh dan tidak mungkin akan kembali lagi. Akhirnya aku dibawa ke tanah perkuburan dan saat aku di ingin disemadikan aku terdengar suatu suara yang amat gempita seluruh alam!! Akhirnya aku terbangkit dari lenaku dan baru aku sedar bahawa aku terbuai oleh mimpi!! Sewaktu sekarang sekalipun aku masih mengingati mimpi itu dengan jelas dan masih terasa kesedihan ibu bapa aku!! Aku sekarang meitiskan air mata saat sedang menulis blog ini, dan diharap perkara ini tidak akan berlaku sama sekali.... Sedihnyer!!!!!

Jumaat, 25 Jun 2010
F.Y.I
Dugaan demi dugaan aku tempuhi disini dan ini menyedarkan aku akan makna berdikari. Bayangkanlah mula-mula aku datang ke Melaka cuma berbekalkan RM 20.00 dek kerana masih belum tidak dapat gaji (Gaji disekat oleh HR &^$^$&^%$). Namun sekarang aku lebih berbangga kerana sudah mendapat berlipat kali ganda dari gaji lama. Alhamdulillah..
Waktu duit tersebut di tangan aku, aku mula memikirkan pelbagai igauan aku namun yang paling aku turuti ialah Big Apple's Donuts. Aku memang seorang maniac dengan DONUT!!! Memang nak makan jer keje aku bila tengok donut. Apa lagi pergi satu dozen + mini donut 18 biji!!! Makan dan makan itu sahaja apa yang aku buat sepanjang hari dengan donut tersebut. Bukan main banyak lagi aku makan. Semalam aku ada ke Poliklinik Ayer Keroh buat medical check-up dan hasil nothing sangat but ada dua perkara yang membimbangkan aku hasil dari medical check-up tu. 1st tekanan darah aku sangat rendah (mungkin disebabkan aku trauma dengan hospital or etc) dan sememangya aku menghidap tekanan darah rendah dan 2ndly berita paling buruk aku terima!!! berat badan aku semakin menaik!!! 5.02kg naik!!! berderau darah aku tengok angka kat meter tu tak berhenti!!! Aku dah semakin gemuk!!!
Aku tak nak gemuk!! So aku start to plan nak diet nasi (kabohidrat) supaya kurang sikit berat aku. Masuk hari dah hari ketiga aku tak makan nasi dan aku tak sabar nak pergi check berat aku!! Harap turun 10kg!!! hahahaha!!!

Selasa, 22 Jun 2010
Chinese!!!
Salam,
Hari ni tetibe aku terasa bengang jer dengan aku punyer HOD yang berbangsa cina ini. Ini kerana dia selalu tidak faham apa yang aku cakapkan dan selalu juga dia mengulang balik apa yang dia cakapkan manyak kali woo.. sakit hati ma...
Kene closed folio within 48 hourslah apa lah.. Kadang-kadang memang aku rasa nak tampal jer selotep kat mulut dia, aku dah cakap ok faham pun dia masih ulang memder yang sama. Dia dulu kerja kat kilang ni dah dapat kerja hotel makin manyak songeh pulak. Terasa jugak aku nak flying kick jer minah nieyh sekor!!
Dahlah mood aku hari ini tak elok, dengan kepala yang pening, suhu badan yang meningkat so apa yang aku boleh katakan adalah jangan buat hidup aku serabut hari ni kalau tak nahaslah semuanya.
Ditambah plak staff yang ada beberapa ekor yang tak makan saman sampai budak trainee pun ngikut sama perangai diaorang. Hari padan muka aku dah kasi last warning and harap boleh bukak ler mata tu awal2 sikit. Ada ke patut aku sebagai Admin yang pergi kejutkan diaorang untuk bekerja? Hari2 plak tu.. Saper tak sakit hati? Tuhan jelah yang tahu.. dah berbuih mulut aku menegurnya tapi nampak still sama tapi hari ini aku dah start menengking dan terkezut beruk sekor2 tengok perangai aku hari ini.. "Tak nak kerja dah boleh berambus"!!!

Sabtu, 19 Jun 2010
Terasa Nikmat Dalam Pekerjaan
Hurm..
3 Hari lepas memang antara hari yang paling memenatkan aku dalam sepanjang tempoh aku bekerja. Mana taknya semua kerja aku kene buat disebabkan oleh ramai staff yang bercuti so, terpaksalah aku cover semua kerja2 mereka dan termasuk kerja aku sendiri yang sudah banyak lagi bertimbun.
Yang jadi menyusahkan aku lagi adalah kerana aku telah berpindah rumah yang agak baharu cuma masih dalam keadaan 40% ready untuk diduduki. Selebihnya terpaksa aku pejam mata dan butakan hati untuk membersihkan di sebabkan terlampu-busy. Setiap hari bekejar kesana kesini, dengan perjalanan yang berulang kali dan agak jauh dan ini meletihkan aku.. Namun di sebalik keletihan itu aku terasa nikmat bekerja kerana kerja sememangnya memerlukan kudrat kita.. Dan yang paling lucu apabila orang melaka sendiri boleh sesat di melaka. Pecah berderai aku ketawa tatkala aku dan abang faredh sesat di melaka sedangkan abang faredh sendiri sudah hampir 5 tahun disini dan selok belok jalan disini sudah diingatinya. Namun dek pemanduan yang konfident yang di tunjukkan dari aku dia terus membiarkan aku membawa van.. Anehnya dia tidak sedikit pun menunjukkan reaksi yang bahwa kami sedang sesat malah senyuman masih jelas terpancar dari bibirnya..Lucu.. selepas menyedari kami telah sesat kami sama2 menjerit memarahi sesama sendiri.. Ya Allah ini juga pengalaman berharga aku di tempat orang.. Memang akan menjadi ingatan aku sepanjang aku berada di sini..
Hurm.. Hari ini sekali lagi aku akan merasakan kepenatan kerana hari ini aku ingin menjalankan lagi kesemua tugas mereka supaya aku dapat membuktikan yang aku adalah seorang PEKERJA yang UNGGUL dimata mereka semua.. InsyaAllah.. Huhuhuhu.. Peace!!!

Khamis, 17 Jun 2010
Sakitnya Hatiku!!!
Salam,
Alhamdulillah sudah hampir sebulan aku bekerja di Melaka, dan keadaan semakin baik dan semangat untuk bekerja dalam diriku juga semakin bertambah. Cuma kebelakangan ini aku terlalu di himpit pelbagai situasi yang kurang menyenangkan aku. Sedih bagi diri aku sendiri namun bagi aku setiap pekerjaan harus ada pengorbanannya sendiri. begitu juga dalam pekerjaan aku, dalam usaha aku untuk meniti ruang kerjaya aku, aku harus memegang hampir lima jawatan dalam satu-satu masa.. Satu bebanan yang perlu aku pikul dan itu memang menjadi tanggungjawab aku supaya semuanya berjalan dengan keadaan yang sebaiknya.
Namun disebalik segala yang ingin aku lakukan masih belum dapat memuaskan hati semua orang. Contohnya hari ini sudah masuk hari yang ketiga untuk aku menyiap satu " Event Order" (mereka yang bergelumang dalam bidang perhotelan pasti arif). Berbundle2 kertas terpaksa aku guna demi menyiapkan satu event order, namun setiap kali aku mengikut arahan setiap kali itulah aku terpaksa untuk merubanya kembali, ini kerana setiap arahan yang diberikan memang tidak pernah lengkap dan sering kali berubah. Apa yang aku boleh katakan cuma sakit hati... Namun bagi aku itu semua hanyalah di bibir tidak pernah terlintas dihati untuk tidak sesekali mengendahkan sebarang arahan dari orang atasan.
Hari sekali lagi aku dikejutkan oleh satu berita yang agak mengejutkan aku, mana taknya sudah hampir empat tahun aku berjaya memboloskan diri dari PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) namun sekarang aku telah dipanggil untuk menjalani latihan tersebut di kem cheneh kemaman. Hati begitu melonjak gembira untuk kesana namun tergambar juga sedikit keresahan di dalam hati, kerana sekarang aku baru sahaja memulakan kerja aku disini dan aku terpaksa mengambil cuti selama 3 bulan tanpa gaji untuk menghadiri latihan tersebut. Boss aku sedaya upaya akan berusaha untuk mendapatkan pengesahan doktor untuk membolehkan aku tidak dapat menjalani kem tersebut. Harap ianya berjaya. Dulu aku terpilih namun terpaksa di tangguhkan dek kerana aku ingin meneruskan pelajaran aku dan sekarang aku sekali lagi memaksa diri untuk menyahut kembali panggilan dari kerajaan.
Aku sekarang sudah hampir tidak lagi mengenali diri aku lagi. Siapakah aku? Sampai bila aku harus berterusan sebegini? Ya Allah Kau mudahkan perjalanan hidup aku dan jauhi aku dari segala sengsara dunia yang tidak sesekali pun aku ingin merasainya.

Selasa, 8 Jun 2010
Aku Rindu Sayang Kamu..
Mengapa tatkala aku ingin beradu Tuhan akan menghadiahkan aku dengan wajah-wajah insan yang aku sayangi? Adakah aku merindui mereka atau mereka yang merindui aku? Berbaloikah aku dirindui sedangkan ketika aku wujud dihadapan mereka, aku langsung tidak menunjukkan yang aku begitu menghargai mereka. Maklumlah aku pada dasarnya ini adalah seorang yang pendiamdan teramat keseorangan. Aku jarang keluar dari bilik malah untuk berinteraksi diantara ahli keluarga pun aku amat susah apa lagi dengan mak ayah. Biasanya mereka akan memulakan dahulu pertanyaan dan akan dijawab oleh aku seringkas yang mungkin. Ayah aku selalu menegur aku “Tanya sepatah, jawab sepatah”. Nak buat macam mana itulah hakikatnya aku dimana diluarnya akan nampak segala keriangan. Malah aku pernah dianugerahkan sebagai student “termurai” disekolah, berbezakan personaliti aku. Aku sebenarnya seorang yang amat suka pada kedamaian dan seboleh-bolehnya ingin mengelakkan dari sebarang perhubungan dengan semua orang. Namun begitu terdapat beberapa orang-orang yang begitu penting dalam hidup aku sekarang ini selain dari keluarga aku sendiri. Kehadiran mereka sebenarnya mewarnai kehidupan aku sepanjang aku mengenali mereka. Begitu banyak mereka merubah nilai hidup aku dari kekosongan kepada penuh dengan nilai kasih sayang. Begitu kagum aku dengan mereka, walaupun bukan dari darah daging aku sendiri mereka tetap mencurahkan kasih saying mereka terhadap aku. Wah, sekarang aku adalah insan yang paling beruntung dalam dunia, mendapat kasih sayang percuma dari insan-insan yang begitu bermakna dalam hidup aku. Ya Allah aku begitu berterima kasih kepada Engkau kerana telah menemukan aku dengan insan-insan yang begitu prihatin terhadap aku. Ingin juga aku berterima kasih kepada Mohd Abi Bukri Zakaria, Suriya Kamaruddin, Al-Bakri, Mohd Izzul Faiz, Mohd Muiz, Nor Jannah, Syuhada, Mohd Arif Yaacob, Mohammad Sabri Abdullah, dan terutama kepada Marhafiza. Terima kasih kalian kerana sudi menerima aku walaupun aku bukanlah insan yang boleh dikatakan yang terbaik namun aku ingin mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk korang semua. Semoga perjalanan kita bersama tidak akan berhenti disini dan tidak akan sesekali menemui nokhtah penghujungnya. Andai ada kesilapan aku bersamamu MAAFKANLAH kerana aku hanya seorang insan yang tidak pernah sempurna dan penuh dengan kekhilafan.
Lagenda Budak Setan
Demam Lagenda Budak Setan sedang melanda di Malaysia. Sebuah karya novel dari Ahadiat Akashah yang diterbitkan pada tahun 1986(kalau tak silap) namun baru sekarang diterjemahkan kepada filem. Apa yang hebat sangat tentang cerita ini? Mungkinkah setanding dengan cerita Ali Setan lakonan Ogy Ahmad Daud? Bagaimana garapan pengarah terhadap cerita ini?
Semua persoalan ini membuatkan aku pun turut menonton cerita ini. Macam mana aku nak mulakan nukilan aku terhadap cerita ini. Mengikut tajuk cerita sepatutnya memang boleh dikategorikan sebagai filem terulung 2010 namun segalanya bertukar menjadi satu persoalan apabila tayangan bermual. Mula diperkenalkan dengan watak Akshah(Farid Kamil)sebagai budak setan di sebuah IPTS/IPTA. Kebersanan farid membawa watak memang tidak dapat disangkal dengan perangai yang amat menimbulkan perasaan benci terhadap watak tersebut. Kemudian muncul pula watak Ayu (Lisa Surhani), dengan wajah yang cukup pakej ayu begitu hidup dalam wataknya yang tersendiri. Berbanding dengan farid kamil, lisa cuma muncul dipermulaan filem sahaja kerana akhirnya watak ayu dilakonkan oleh seorang pelakon wanita yang lain. Ini adalah kerana Ayu telah terlibat dalam kemalangan dan mengubah wajahnya secara total(logik akal ker). Bermula dari titik ini filem ini menjadi semakin suram dan layu dek kerana plot-plotnya tidak dapat dikembangkan dengan baik dan ditambah dengan kekayuan lakonan Ayu. Semakin ke penghujung, adunan bunyinyer semakin bercelaru. Bunyi gagak ketika Akashah mendapat tahu tentang perkahwinan Ayu dengan Azmi (perlukah bunyian sedemikian) dengan out of no where GAGAK ini muncul.. Bunyi monyet ketika membawa Ayu pulang dari hospital walaupun kawasan rumah Ayu nampak seperti hutan namun perlukah runut sedemikian dimasukkan? Tangisan baby(anak Ayu) dengan shoot baby dalam keadaan tidur, wajarkah? Perkara2 ini menambahkan lagi kekeliruan dalam plot cerita. Tidak lupa isu gay yang ditimbulkan di penghujung cerita, motivenya? Apakah semua ini dipandang enteng oleh pengarah? atau memang sengaja dimasukkan?
Apa yang boleh dibanggakan dalam filem ini adalah kebersanan Que Haidar melakonkan watak Azmi. Hidup!! Itu sahaja apa yang boleh diperkatakan. Namun menjadi persoalan yang besar bagi adalah dimanakah SETANnya dalam cerita ini? Terlampau lemah dan mendatar garapan yang dihasilkan oleh pengarahnya. Mungkin nukilan hati saya tidak sama dengan mereka yang mengatakan cerita ini bagus, namun bagi cerita ini cuma BOLEH LA....
Hope In Future,
Cerita yang menarik,
Di kembangkan dengan cara yang paling baik,
Supaya tak membazir beli tiket,
untuk menyokong industri tempatan...
Sekian..

Hatiku untuk Aku...
Sejuta rasa sukar untuk ku mengertikan,
Menghimpit dihati meresahkan fikiran,
Aku sememangnya insan tiada daya,
Untuk mememutar masa menebus segala,
Mengapa ini terjadi diakhir waktu,
Kala percintaan kita menuju gerbang,
Berkali ku memujuk berkali ku merayu,
Teguh pendirian mu sukar digoyah,
Ku tangisi khilafnya diri,
Sungguh aku bukan insan sempurna,
Ku akui sakitnya hati,
Menyakiti hatimu berulang kali,
Penyesalan kini tiada berguna,
Ku melangkah dengan sejuta rasa,
Rasa yang hanya ku seorang tahu,
Semoga pengajaran bererti ini,
Bisa menguatkan diri dan hatiku,
Merenung hikmah,
DisebaliNYA....
Menghimpit dihati meresahkan fikiran,
Aku sememangnya insan tiada daya,
Untuk mememutar masa menebus segala,
Mengapa ini terjadi diakhir waktu,
Kala percintaan kita menuju gerbang,
Berkali ku memujuk berkali ku merayu,
Teguh pendirian mu sukar digoyah,
Ku tangisi khilafnya diri,
Sungguh aku bukan insan sempurna,
Ku akui sakitnya hati,
Menyakiti hatimu berulang kali,
Penyesalan kini tiada berguna,
Ku melangkah dengan sejuta rasa,
Rasa yang hanya ku seorang tahu,
Semoga pengajaran bererti ini,
Bisa menguatkan diri dan hatiku,
Merenung hikmah,
DisebaliNYA....
Ahad, 6 Jun 2010
Milo ader?
Salam...
Dikejutkan dengan deringan telefon bimbit di pagi membuatkan aku menjadi malas untuk bangkit dari lenaku.. Namun aku gagahi bangkit dari tidurku dan mengejutkan Abang Faredh supaya beliau dapat memulakan tugasnya. Namun ini bukan masa bagi aku untuk memulakan tugas aku.. So dari aku tidak berbuat apa-apa lebih baik aku menyambung tidurku supaya badan aku dapat merehatkan diri aku yang agak letih semalam.
Terbuai dek mimpi yang indah aku dikejutkan oleh sinaran matahari yang sudah membasahi ruangan kamar tidurku. Namun kehangatannya tidak pernah aku rasai kerana kamar aku telah dipenuhi dengan wap wap kesejukkan akibat putaran angin sejuk dari kipas dan aircond. Perasaan begitu malas telah merayap ke jiwa aku ketika itu. COba menghalang dari terus merajai diri aku, aku terus bangkit dan terus ke kamar mandi. Bermandikan dengan pancuran air panas mmebuatkan tubuh badan dan jiwa terus menjadi segar, sesegar kuntuman bunga yang mulai kembang.
Masa yang terluang dikamar mandi itu terlalu lama bagi aku sehinggakan secara sedarnya jam telah pun menghampiri 12.30 tengah hari.. Fuh.. memang terlampau lama.. hampir ke dua jam aku dibuai oleh pancuran air panas yang begitu mengasyikkan. Berseiap ke tempat kerja dengan hati yang penuh kuntuman senyuman. Namun dibatasi dengan kelaparan aku enggan memulakan tugas aku.

Sabtu, 5 Jun 2010
New Chapter Of My Life
Salam...
Semenjak aku telah berjauhan dari keluarga aku main terasa kosong dalam hati.. Rutin harian aku telah berubah dari A-Z.. Segalanya tidak sama seperti dahulu... Aku cuba ingin melupakan segalanya dan ingin membuktikan kepada keluarga aku akan aku berjaya membuat mereka berbangga dengan aku. Namun kadang-kadang aku merasakan seolah-olah satu perasaan yang aneh setiap aku teringatkan keluarga aku. Mungkin aku jarang berjauhan dengan mereka namun aku ingin mencuba setakat mana yang aku mampu.. Salahkah aku berjauhan dengan mereka demi masa depan ku dan masa depan mereka juga.. Aku tidak pernah mengharapkan mereka memahami keputusanku namun cukuplah sekadar mereka merelai kehidupan aku disini.
Aku merasakan kehadiran aku disini amatlah dialu-alukan, tidak pernah aku begitu mesra dengan mereka yang berada disekelilingku dengan sekelip mata. Aneh tapi itulah hakikatnya, seolah-olah aku telah lama mengenali mereka semua.. Mulanya kehadiran aku disini ternyata amatlah tidak seperti anggapan aku namun aku terus berusaha untuk tidak berpatah semangat untuk meneruskannya. "Alah bisa tegal biasa", aku dahulu pun sudah pernah berjauhan dengan keluarga tatkala meneruskan pengajian aku di IPTA, namun kenapa perasaan aku berbeza tika ini... Saat menaiki bas ke sini hatiku melonjak kegembiraan namun menjejakkan kaki ke bumi melaka hati ku terus berubah, terlampau mahu berada di zon selamat aku.. Kuatkan hati.. Akhirnya aku telah berjaya menakluki perasaan itu dengan kemesraan orang-orang disekeliling ku.. Ya Allah semoga KAU tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus berjuang disini.
Jika ternyata rezeki aku disini kau peliharakanlah hambaMu ini dengan sewajarnya.

Langgan:
Catatan (Atom)