Al kisahnya pocong di Jalan Balai Besar~
Kejadian penampakan pocong ini bermula pada hari khamis yakni pada malam jumaat, dikatakan malam ini segala penunggu, jin-jin, setan2 semuanya keluar untuk berparti termasuklah si POCONG!!
Saat itu terlihat kelibat lampu cahaya kenderaan sedang ingin melintasi jalan dengan penuh gaya perlahan disebabkan keadaan yang baru lepas hujan, jalannya masih basah dan dingin sampai ke tulang.. Namun lain pula dengan keadaan si Pocong yang semakin galak dengan kehadiran pelanggan pertamanya. Dibawah sinaran lampu jalan yang menerangi si Pocong mula mengorak langkah kehadapan tanpa lagi menoleh kebelakang. Dengan keadaan yang susah bergerak si Pocong mula meloncat ke bahu jalan dengan harapan agar pelanggan pertamanya merasa gerun dengan kehadirannya. Tanpa bersuara si Pocong mengoyangkan badan sambil menjenggilkan mata kearah pelanggannya, dengan tidak semena-mena kelajuan motorsikal ditingkatkan dan tidak lagi menoleh kemana mana arah.. Mungkinkah terkencing pemandu motorsikal itu???? tidak diketahui jawapannya...
Senyuman terukir di wajah pocong tanda kepuasan.. Begitulah keadaan pocong buat kali seterusnya apabila wujudnya pelanggan yang ingin mendapat khidmat Si Pocong... Tapi keadaan yang meng'happy'kan pocong itu tidak bertahan lama kerana pada suatu ketika, saat Pocong itu dengan megahnya melompat kegembiraan kearah sebuah kereta satria, dengan penuh semangat si Pocong itu mensergah pemandu kereta itu namun apa yang diharapkan oleh pocong itu tidak menjadi kerana sergahannya itu dibalas kembali dengan nada yang lebih kuat..Pocong itu mengundurkan diri namun si pemandu kereta itu tidak berpuas hati dan menbuat u-turn untuk mencari si Pocong.. Tanpa berlengah lagi si Pocong itu terus mencuba bagi menghilangkan diri dari pandangan namun kuasa ghaibnya tidak menjadi(dek baru sudah makan burger...
Terpaksalah pocong itu meloncat-loncat melarikan diri dari kereta itu. Setelah keadaan hampir reda dan selamat si pocong sekali lagi meneruskan aktiviti berfaedahnya. Namun perkara sama masih berulang dimana kereta yang sama melalui jalan yang di takluki oleh pocong itu.. Oleh itu pocong sekali lagi ingin menakutkan pemandu tersebut namun yang sebaliknya berlaku, pemandu itu yang menakutkan pocong sehingga bertempiaran meloncat sehingga kain yang membalutinya tercabut satu persatu. Rupanya yang mengejar pocong itu adalah polis yang melakukan rondaan sekitar kampung. Apabila mendapat tahu bahawa pemandu itu adalah polis si pocong jadik takut dan memutuskan untuk tidur sahaja. Sekian.
Cerita ini adalah benar yang berlaku di Jalan Balai Besar. Diharap penduduk di kampung ini berhati2 untuk keluar malam supaya tiada yang akan bertemu dengan POCONG durjana ini....
0 comments:
Catat Ulasan