Penatnyer bekerja...
itulah apa yang boleh aku katakan, setiap hari akan aku mengulangi sesuatu perkara yang sama.Namun sebenarnya inilah yang dipanggil dugaan bekerja. Dulu selepas waktu bekerja seringkali akan aku keluar melepak dengan kawan-kawan namun sekarang sudah tidak lagi. Kehidupan social aku telah direntap begitu sahaja kerana sekarang aku mempunyai 7 orang anak untuk dijaga dalam suatu masa. Penat melayan kerenah mereka lagi, penat dengan bekerja lagi namun disebalik ini Allah memberikan aku kekuatan yang luar biasa bagi aku yakni kesabaran. Sesungguhnya aku bukanlah seorang insan yang penyabar namun bila sudah mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik ini aku akan tetap bersabar. Saat-saat yang sepatutnya terluang untuk diriku kini akan dikongsi bersama anak-anak aku. Papa itulah panggilan yang mampu membuatkan aku tersenyum tatkala dalam kesedihan atau dalam amarah.. Cukup aku berterima kasih pada Allah kerana memberikan aku peluang untuk bergelar seorang ayah.. Barulah aku kini mengerti betapa besarnya pengorbanan ayah untuk aku!!!
0 comments:
Catat Ulasan