Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Sabtu, 20 November 2010

Cerita yang tiada berkesudahan...

Hasan masih binggung akan perhubungannya dengan Hassanah yang masih belum punya nokhtah penghujung. Seringkali Hasan mengajukan soalan yang sama kepada Hassanah namun Hassanah belum pernah memberikan ata putus. Namun kerana sayangkan Hassanah, Hasan terus menunggu dengan penuh kesabaran.
Hampir setahun Hasan menunggu dengan penuh kesabaran namun Hassanah masih begitu dengan keputusannya. Hasan tahu yang dirinya bukanlah seorang insan pilihan hati Hassanah dan Hasan juga mengetahui Hassanah masih lagi berhubungan dengan kekasihnya Husin. Namun Hassanah juga seolah-olah ingin menyatakan perasaannya kepada Hasan tentang kegoyahan perhubungannya dengan Husin. Perhubungan antara Hasan dan Hassanah boleh dikatakan sebagai teman tapi mesra dan hubungan Hassanah dengan Husin sebagai kekasih. Hasan pernah menyatakan hasratnya untuk bersama Hassanah namun Hassanah seringkali memberikan alasan yang sama iaitu dia masih bersama Husin walaupun sudah berkali-kali Husin melukakan hati Hassanah, dek kerana sayangnya Hassanah kepada Husin, Hassanah sanggup menunggu dan memberikan peluang kepada Husin untuk berubah. Hasan masih setia menunggu walaupun harapan untuk mengukuhkan perhubungan dengan Hassanah amat pudar dan tipis.
Setiap malam Hasan akan menerima sms dari Hassanah, dan setiap kali itulah Hasan akan merasakan yang dia masih mempunyai peluang untuk bersama dengan Hassanah. Sesungguhnya perasaan cinta dan kasih sayang diantara insane tidak dapat dipaksa dan kerana factor itulah Hasan tidak pernah mendesak Hassanah. Pernah Hasan ingin mengundurkan diri dari permainan cinta ini, namun perasaan Hasan kepada Hassanah begitu utuh dan ini memudarkan perasaan untuk menjauhkan diri dari Hassanah. Tidak pernah terlintas dihati Hasan untuk melupakan Hassanah namun sedar akan kedudukkan dirinya yang masih tidak berstatus ini Hasan hanya menyandarkan perasaannya sebagai kawan dan masih berharap untuk dapat menjalinkan perhubungan dengan Hassanah.
Selalu juga Hasan meluangkan waktu bersama dengan Hassanah, dan Hassanah selalu menceritakan pelbagai masalah kepada Hasan yang merupakan seorang pendengar masalah yang setia. Hasan juga selalu menasihatkan kepada Hassanah supaya bersabar dengan semua masalah yang menimpa dirinya dari segi percintaan mahupun karier.

0 comments: