Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Selasa, 23 November 2010

Antara Cinta,Kasih dan Sahabat..

Ermmm....

Selalu ada pertembungan dalam sesuatu perhubungan, cinta, kasih & sahabat... Mana satu yang perlu dipilih?? Semuanya perlukan satu tafsiran sendiri.. Susah seandainya kita membiarkan diri kita terhanyut dalam ketiga-tiganya sekali gus..

Perlu bagi mencari nokhtah bagi tiga perkara tersebut. Dimana batasnya CINTA, batasnya bagi KASIH, batasnya bagi SAHABAT dalam setiap perhubungan. Kadang2 kita selalu terkeliru antara cinta, kasih dan sahabat.

Aku pun sekarang dalam dilema, "ditelan mati mak diluah mati bapak".. Nak di ignore takut melarat.. Nak diubat takut tak sembuh.. Apa lagi yang harus aku buat? Ayoyoyo...

Isnin, 22 November 2010

Dukaku berdarah

Keheningan malam yang selalu membuai perasaan
Belum terjaga aku dari lena
Meskipun disisiku wujudnya dosa dan pahala
Belum tentu ia akan menepuk bahu jahilku
Tertanam didasar kegelapan suatu kekhilafan yang menebal
Belum bisa dikikis oleh senyuman dan kebaikkan
Bahkan dengan permata nilam sekalipun
Takkan goyah akan kedudukkannya
Kekuatan hanya terletak pada nama
Bukan pada sifat zahirnya
Keikhlasan hanya pada ukiran
Bukan pada bentuknya
Dimana nilai estetika sebuah keinsafan
Mungkinkah hanya pada hurufnya sahaja
Atau turutan huruf yang bisa dibentuk suatu perkataan yang bergumpal
Tiada keadaban yang boleh menggarap lima noktah yang akhirnya
Bakal mewujudkan suatu gengaman yang utuh
Pakaikan aku plastik duniawi yang mengufuk kejernihan
Agar bisa aku menjadi penyelamat bukannya
Dajal yang bisa mengemparkan dunia dengan gempitan teriakkannya
Semoga uhud dan tauhid yang dilemparkan dengan kalimah
Fisabilillah
Bisa menjadi penawar kedukaan yang berdarah.........

Nukilan hati,
Mohd Sabree Iman Zachos

Mungin???

Mungkinkah masih bukan takdir kita menguasai cinta
Mungkinkah masih bukan milik cinta kita
Ku pasti akan ada bahagia
Tak akan ku berhenti berharap
Tak akan ku berhenti berdoa
Biarpun hidupku penuh duka
Biar pun hidupku penuh lara
Disini masih ada cinta
Disini masih ada kasih
Untuk difahami
Hilangkanlah segala kekosonganku
Hilangkanlah segala keasinganku
Ku tak ingin melara lagi
Walaupun tak bisa ku menggapai bintang yang gemerlapan
Dan menerangi malam yang penuh kegelapan
Meskipun suluh yang ku sinarkan hanyalah kesuraman
Namun dijiwa tetap berseri walaupun tidak bercahaya
Kabut yang memesongkan segalanya
Namun disebalik kehitaman yang muncul dalam sedih pagi
Masih wujud akan kebenaran suatu percintaan
Yang menuntut suatu perjuangan tentang kewarasan diri
Fi kulli makan
Fi kulli zaman
Akhirnya membuahkan sesuatu yang amat berharga buat diri sendiri iaitu sebuah
“KEBAHAGIAAN ZAHUD” bukannya sebuah permainan DUNIAWI......

Nukilan hati,
Mohd Sabree Iman Zachos

Ahad, 21 November 2010

Aku GANYANG Kau!!!

Ni dah musim hujan=musim sejuk=musim tidow...

kalau dah tiba musim macamni ramailah yang terperuk kat rumah... yelah bagi mereka yang tiada kerendaan beroda 4 ni susahlah nak keluar, kalau keluar mesti basah kuyup kene hujanlah dik non ooi.. tapi bagi kanak2 time nilah the best mana taknya, seharungan dengan cuti sekolah lagilah MALATOP keriuhan.. Kene plak ada yang jenis "kebal" penyakit.. sah2 bertimbun baju nak dibasuh yelah.. tiap2 hari main hujan..

suka-suka jugak time hujan ni.. ada satu bab yang perlu kita ganyang time2 hujan ni.. penyakit of course lah memang datang bertubi2 tpi sekarang ni issue demam denggi sedang up and down.. so kenelah kita ganyang nyamuk2 ni.. maklumlah hujan2 ni banyaklah air jernih yang bertakung.. takkan nak harap kan pejabat kesihatan datang dan bagi surat penghargaan kerana berjaya mengambil bahagian dalam membiakkan nyamuk... lau kene kompaun lagi best.. melayang jer duit tuh..

jomlah sama2 kita ganyang tempat pembiakan nyamuk, dan jangan biarkan diri kita dan keluarga menjadi sebahagian mangsa nyamuk ini.. nyawa satu je tiada galang ganti dik ooi.. lau dah sakit nanti kita jugak yang susah.. lau masuk hospital lagi jadi parah.. sebelum parah dan K.O baik amik inisiatif untuk menghalang dan mencegah... ingatlah kata2 nyamuk ini(dalam iklan tv2)"Tiada Aedes, Tiada Denggi"!!!

Evil VS Satan

Being such a jerk person can make you realized that there's someone really cares about you and yet she/he didn't bother about your behavior either attitude. For example me, myself who's always being a jerk to anybody around me just because for one purpose that's I want to know how far people can accept others behavior or attitude that 100 percent contra to his/her behavior. Here (office), I tried to make everybody realized that I really an evil person although sometimes I can't resist to say No to the word Help yet if I'm trying to help the person I wouldn't do it sincerely. Why? There’s always some explanation for the things that happened around you each day rite? So, same goes to me, for everything that I've done to the people around me, especially at the work place must have reasons behind it. Most of the people can't bear to accept the person which is contra to his/her behavior because when they met each other there’s must be problems that occurred. Believe it or not? Recently I read a book about how to create a good or positive atmosphere around you even though most of the people around you not 100 percent like you! I mean behavior. How? First of all, you need to recognized or make an analysis on everyone around you. About what? About can they accept you as 'you' or they have another attention/purpose why they become a friend of yours. And you need to analysis about their behavior! How? You need to become someone which is totally different in-term of personalities, behaviors, and most of all life styles. Like being mentioned before people always feel annoying when comes to the things that not being liked by them but up to some points they have to pretend that they like it because they have intention to do something out of it. Others are crying while they keep smiling. Turn out from this point; I’m now being the smiling person which I’ll take advantages from others if they don’t realize it. “I saw many DUMB peoples walking around us and they just like us but THEY don’t know that they are the DUMB people”. Trying to solve problems but didn’t know how to solve it merely just like adding some more stupid problems into the problems. “Stupid Question comes with Stupid Answer”. And those who trying to ask the stupid question is not the stupid person but I’ll say the bravest person because not everybody has the braveness to ask a stupid question rite? For the life time that really short, we must have braveness to call our self as the Question Man yet try not to be the Stupid Man.

Iktibar

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap. .......Asyhadual lailahaillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... .. Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin..... .".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu.......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi......" . Ayah.......kau datang ayah......." . "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah. .....".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah....... ".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".

"Assalamualaikum. .....". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya. .....jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji........ ..".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!". Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku' ,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!!

Sabtu, 20 November 2010

FeNim!!!

Perubahan yang berlaku semakin ketara dan aku sudah tidak sanggup lagi untuk menanggung semua kepedihan yang asyik merajai dalam hati aku. Tak tahu dimana silap aku sehingga aku merasakan diri aku sudah tidak lagi berguna. Apa yang patut aku lakukan lagi? Dimana kesilapannya? Semakin hari aku merasakan semua ini semakin jauh dari diri aku, semakin aku mendekati semakin aku merasakan dia akan menjauhi. Aku ingin sekali memutarkan kembali ke masa lalu agar aku lebih ‘dekat’ dengannya. Namun aku tidak terdaya untuk melakukan semua itu lagi. Aku masih mencuba dan berharap untuk semuanya untuk kembali sediakala namun mungkinkah itu semua akan berlaku lagi? Sekarang ini sudah bergumpal gumpal masalah dalam diriku namun tidak sesekali aku bertindak untuk menyelesaikannya bahkan aku membiarkan ianya semakin berbelit dan memakan diriku. Ya Allah andainya ini yang Kau inginkan aku redha namun berikanlah aku sedikit peluang untuk memperbaiki keadaan sebelum apa apa terjadi pada diriku.

Cerita yang tiada berkesudahan...

Hasan masih binggung akan perhubungannya dengan Hassanah yang masih belum punya nokhtah penghujung. Seringkali Hasan mengajukan soalan yang sama kepada Hassanah namun Hassanah belum pernah memberikan ata putus. Namun kerana sayangkan Hassanah, Hasan terus menunggu dengan penuh kesabaran.
Hampir setahun Hasan menunggu dengan penuh kesabaran namun Hassanah masih begitu dengan keputusannya. Hasan tahu yang dirinya bukanlah seorang insan pilihan hati Hassanah dan Hasan juga mengetahui Hassanah masih lagi berhubungan dengan kekasihnya Husin. Namun Hassanah juga seolah-olah ingin menyatakan perasaannya kepada Hasan tentang kegoyahan perhubungannya dengan Husin. Perhubungan antara Hasan dan Hassanah boleh dikatakan sebagai teman tapi mesra dan hubungan Hassanah dengan Husin sebagai kekasih. Hasan pernah menyatakan hasratnya untuk bersama Hassanah namun Hassanah seringkali memberikan alasan yang sama iaitu dia masih bersama Husin walaupun sudah berkali-kali Husin melukakan hati Hassanah, dek kerana sayangnya Hassanah kepada Husin, Hassanah sanggup menunggu dan memberikan peluang kepada Husin untuk berubah. Hasan masih setia menunggu walaupun harapan untuk mengukuhkan perhubungan dengan Hassanah amat pudar dan tipis.
Setiap malam Hasan akan menerima sms dari Hassanah, dan setiap kali itulah Hasan akan merasakan yang dia masih mempunyai peluang untuk bersama dengan Hassanah. Sesungguhnya perasaan cinta dan kasih sayang diantara insane tidak dapat dipaksa dan kerana factor itulah Hasan tidak pernah mendesak Hassanah. Pernah Hasan ingin mengundurkan diri dari permainan cinta ini, namun perasaan Hasan kepada Hassanah begitu utuh dan ini memudarkan perasaan untuk menjauhkan diri dari Hassanah. Tidak pernah terlintas dihati Hasan untuk melupakan Hassanah namun sedar akan kedudukkan dirinya yang masih tidak berstatus ini Hasan hanya menyandarkan perasaannya sebagai kawan dan masih berharap untuk dapat menjalinkan perhubungan dengan Hassanah.
Selalu juga Hasan meluangkan waktu bersama dengan Hassanah, dan Hassanah selalu menceritakan pelbagai masalah kepada Hasan yang merupakan seorang pendengar masalah yang setia. Hasan juga selalu menasihatkan kepada Hassanah supaya bersabar dengan semua masalah yang menimpa dirinya dari segi percintaan mahupun karier.

Isnin, 1 November 2010

POCONG!!!

Al kisahnya pocong di Jalan Balai Besar~

Kejadian penampakan pocong ini bermula pada hari khamis yakni pada malam jumaat, dikatakan malam ini segala penunggu, jin-jin, setan2 semuanya keluar untuk berparti termasuklah si POCONG!!

Saat itu terlihat kelibat lampu cahaya kenderaan sedang ingin melintasi jalan dengan penuh gaya perlahan disebabkan keadaan yang baru lepas hujan, jalannya masih basah dan dingin sampai ke tulang.. Namun lain pula dengan keadaan si Pocong yang semakin galak dengan kehadiran pelanggan pertamanya. Dibawah sinaran lampu jalan yang menerangi si Pocong mula mengorak langkah kehadapan tanpa lagi menoleh kebelakang. Dengan keadaan yang susah bergerak si Pocong mula meloncat ke bahu jalan dengan harapan agar pelanggan pertamanya merasa gerun dengan kehadirannya. Tanpa bersuara si Pocong mengoyangkan badan sambil menjenggilkan mata kearah pelanggannya, dengan tidak semena-mena kelajuan motorsikal ditingkatkan dan tidak lagi menoleh kemana mana arah.. Mungkinkah terkencing pemandu motorsikal itu???? tidak diketahui jawapannya...

Senyuman terukir di wajah pocong tanda kepuasan.. Begitulah keadaan pocong buat kali seterusnya apabila wujudnya pelanggan yang ingin mendapat khidmat Si Pocong... Tapi keadaan yang meng'happy'kan pocong itu tidak bertahan lama kerana pada suatu ketika, saat Pocong itu dengan megahnya melompat kegembiraan kearah sebuah kereta satria, dengan penuh semangat si Pocong itu mensergah pemandu kereta itu namun apa yang diharapkan oleh pocong itu tidak menjadi kerana sergahannya itu dibalas kembali dengan nada yang lebih kuat..Pocong itu mengundurkan diri namun si pemandu kereta itu tidak berpuas hati dan menbuat u-turn untuk mencari si Pocong.. Tanpa berlengah lagi si Pocong itu terus mencuba bagi menghilangkan diri dari pandangan namun kuasa ghaibnya tidak menjadi(dek baru sudah makan burger...

Terpaksalah pocong itu meloncat-loncat melarikan diri dari kereta itu. Setelah keadaan hampir reda dan selamat si pocong sekali lagi meneruskan aktiviti berfaedahnya. Namun perkara sama masih berulang dimana kereta yang sama melalui jalan yang di takluki oleh pocong itu.. Oleh itu pocong sekali lagi ingin menakutkan pemandu tersebut namun yang sebaliknya berlaku, pemandu itu yang menakutkan pocong sehingga bertempiaran meloncat sehingga kain yang membalutinya tercabut satu persatu. Rupanya yang mengejar pocong itu adalah polis yang melakukan rondaan sekitar kampung. Apabila mendapat tahu bahawa pemandu itu adalah polis si pocong jadik takut dan memutuskan untuk tidur sahaja. Sekian.

Cerita ini adalah benar yang berlaku di Jalan Balai Besar. Diharap penduduk di kampung ini berhati2 untuk keluar malam supaya tiada yang akan bertemu dengan POCONG durjana ini....