Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Rabu, 30 Mac 2011

Tinggi, Panjang, Lonjong, Galah....

Busank aku dengan panggilan tersebut.. Manakan tidak kemana sahaja aku pergi mesti dan wajib ada panggilan tersebut... Penat aku untuk mengendahkannya... Namun hari ini aku terasa amat tercabar dengan kutukan tersebut.. Ya Allah dugaannya hanya aku sahaja yang dapat merasai..

Sepanjang hari ini aku telah merasakan ketidak enakkan untuk meneruskan hari aku, sediah geram dan segala yang negatif telah meresapi aku.. Mood persekitaran aku menjadi hampeh, seolah2 aku just mahu menidurkan diriku buat hari ini..

Saat aku tengah menjalankan tangungjawab aku, datanglah sekor mamat nim, cuba membuat lawat sakarstiknya.. mula2 tu kira boleh layan jugak lawak bodoh mamat ni tapi bila dia cuba menyamakan aku dengan beruk dan sewaktu dengannya, hati aku mula membenci mamat ini.. aku malas untuk menjawabnya, just ignore sahaja but manakan boleh nak ignore perasaaan nak marah bila dia mengeluarkan statement orang yang tidak berakal mengatakan aku ini keturunan BERUK.. bodoh banggang dan sial!!

Andai aku beruk, pasti dia pun beruk dan sekalian kita pun beruk.. manakan tidak, aku juga mempunyai anggota yang sama sahaja dengan kamu dan dia, aku juga mempunyai akal yang hanya dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia yang membezakan kita dengan makhluk yang dipanggil BINATANG... Namun, aku hanya bersabar kerana aku tidak mahu menzahirkan amarah aku.. Terima kasih kepada kak za, yang sepantas kilat mengetahui tentang amarah aku dan puncanya... namun disebalik amarah aku ini masih ada insan yang turut tersiksa dan terseksa kerana TIDAK dapat makan tengah hari.. Maafkan aku, bukan aku sengaja namun sehingga saat sekarang ini aku masih belum menjamah sesuatu lagi..

Aku bersyukur kerana telah dianugerahakan oleh Allah dengan ketinggian yang mencecah 185cm.. bukan senang kita dapat melihat orang "melayu" mempunyai ketinggian tersebut namun ada sahaja mulut "neraka" yang selalu menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap ciptaan Allah s.w.t. Buat 3 insan yang selalu berada disamping aku setiap hari kecuali hari JUMAAT aku, ingin sekali aku ingin memohon ampun dan maaf seandainya kesunyian hari kalian hari ini telah menimbulkan perasaan yang tidak best terhadap diriku..

Ya Allah, andai ini sekali lagi dugaan dari Mu buat aku, dengan redha aku menerimanya, namun aku berdoa kepada Mu agar Kau membuka hati insan yang mempunyai akal supaya berfikir terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu kerana percakapannya amat mengguris hati hambaMU ini...

Dan buat semua, ingatlah, seandainya kita mengeluarkan sesuatu perkataan yang tidak disukai oleh seseorang wajiblah kita meminta maaf kerana ianya boleh menjadi DOSA.. jangan topup dosa kita dengan perkara yang remeh dan temeh ini... sekian....

1 comments: