Mengukir Senyuman Bersama..

Foto saya
Dungun, Terengganu, Malaysia
Penulisan adalah lebih tajam dari Mata Tajam.. Penulisan aku adalah ikhlas dan tidak mempunyai propaganda tersendiri.. Yang penting aku ENJOY menulis... Selamat Berkenalan Dunia Bloggers!!!

Pengikut

Selasa, 29 Mac 2011

Jom Main Air!!!

Tetibe jer kat Terengganu ini dilanda hujan yang teramat lebat.. Selama hampir 48 jam hujan turun tanpa henti dan telah menyebabkan banjir kilat berlaku. Aku secara langsung telah menjadi salah seorang mangsa banjir -walaupun tidak dipindahkan ke pusat penempatan banjir- merasakan banjir kali ini telah TIDAK sama sekali mengikut seperti yang selalunya.

Manakan tidak, jikalau dahulunya banjir hanya akan terjadi pada bulan December ataupun January saban tahun namun sekarang hujan dan banjir boleh terjadi pada bila bila masa sahaja. Mengimbau kembali keadaan banjir yang lepas, seorang budak perempuan ditemui mati lemas akibat banjir yang mayatnya hanya ditemui setelah sekian lama usaha mencari dijalankan. Natijahnya, musim banjir ini mungkin menjadi satu musim kegembiraan bagi kanak-kanak namun kita sebagai orang dewasa WAJIBlah memantau keadaan semasa anak-anak mahupun adik-adik kita.

Hari ini, perjalanan aku menuju ke tempat kerja hanya ditemanai dengan deraian hujan, namun disuatu saat aku dikejutkan oleh banjir yang telah berlaku hanya kurang 5OO meter dari tempat kerja aku. Ada yang terpaksa menaiki pacuan empat roda yang berat untuk melintasi banjir tersebut dan tidak kurang yang mengharungi banjir tersebut dengan meredah menggunakan kaki ayam sahaja. Satu kenangan indah tercipta... Hahahahaha...



Balik rumah aku tengok rumah aku pulak dah jadik macam pulau dikelilingi oleh air. Hujan2 perut lapar, nak makan jer kerja tapi aku ni malas bab2 makan so kira tidak makan sangatlah. Sampai time ni dah sampai time aku nak tidow.. So c ya all.. NitezZZZzzzz

3 comments:

Suriada Sulong berkata...

lame dh sy x rase banjir! 6 tahun di tmpt org x same mcm kg kite ! sini ujan lebat pun x sedar.. dikelilingi konkrit sume.. owh alangkah indah nyer dgr bunyi ujan...... rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !

Suriada Sulong berkata...

rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ujan !

zachosmee berkata...

awak: jangan diminta banjir tuh... tapi kalau nak main air, dah tak sempat dah sebab dah kering pom air banjir... nanti hujan awak main hujan puas yer.. tapi hujan bandar dengan hujan kampung lain... Bestnyer tidow lam hujan.. sejuk!!!!!